K Jaan Tanggung Rm600j Akibat Src Gagal Bayar Pinjaman Kwap


Hidir Reduan dan Hariz Mohd 
   
KES NAJIB | Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sejak 2016 berulang kali menegaskan kepada media bahawa SRC International Sdn Bhd telah membuat bayaran secara tetap sebanyak RM4 bilion yang dipinjam daripada dana persaraan itu.

Bagaimanapun, seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa bekas anak syarikat 1MDB itu gagal membayar faedah daripada dua bahagian pinjaman iaitu masing-masing sebanyak RM2 bilion sejak 2015.

Ketua Penolong Setiausaha Kanan di Seksyen Penilaian Bahagian Pelaburan Strategik, Afidah Azwa Abdul Aziz sebaliknya berkata bayaran faedah itu dibayar daripada dana awam.

Beliau berkata demikian ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak hari ini.

Afidah berkata, antara Disember 2015 dan Disember 2017, hampir RM600 juta pinjaman diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada SRC International supaya ia boleh membayar faedah dan bayaran pinjaman RM4 bilion daripada KWAP, yang dijamin oleh kerajaan.

Sehingga kini katanya kerajaan masih membayar hutang pinjaman SRC dengan KWAP dan bayaran akan berterusan sehingga selesai bayaran balik secara penuh.

Ketika membacakan keterangannya, Afidah berkata SRC International telah meminjam kepada KWAP tetapi berhenti berbuat demikian mulai bulan Mac 2015.

Pada Ogos 2015, KWAP telah memaklumkan kepada SRC International bahawa dana itu akan mengisytiharkan "event of default" jika syarikat itu tidak dapat menyelesaikan bayaran tertunggak.

Pada September 2015, SRC International, KWAP dan Kementerian Kewangan mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Mohd Irwan Serigar.
Mesyuarat itu dimaklumkan bahawa SRC International tidak dapat membayar pinjaman berikutan akaunnya di Switzerland telah dibekukan.

Kerajaan akhirnya bersetuju memberikan pinjaman RM92 juta kepada SRC International untuk membantu syarikat itu membayar balik hutang kepada KWAP.

Pinjaman baru itu diluluskan pada 6 November 2015 untuk mengelakkan "Event of default" yang akan menyebabkan kerajaan perlu menyelesaikan bayaran penuh pinjaman sebanyak RM4 bilion itu.

"Dalam pengetahuan saya, SRC tidak membuat bayaran balik kepada MOF bagi pinjaman RM92 juta yang telah diberikan.

"SRC juga tidak membuat bayaran lanjutan bagi hutang faedah kepada KWAP.

"Ini adalah kerana SRC sekali lagi telah memohon bantuan daripada MOF untuk mendapatkan pinjaman jangka pendek kedua bagi tujuan membayar hutang kepada KWAP," katanya.

Afidah berkata Kementerian Kewangan bersetuju agar kerajaan persekutuan memberikan satu lagi pinjaman sebanyak RM250 juta kepada SRC International yang ditandatangani pada 27 September 2016.

Afidah berkata, SRC International juga tidak membayar balik RM250 juta pinjaman ini dan meminta pinjaman ketiga pada tahun 2017.

Kali ini, pinjaman RM300 juta diberikan kepada SRC oleh kerajaan persekutuan.

Ini menjadikan tiga pinjaman yang diluluskan berjumlah RM642 juta tetapi hanya sekitar RM595 juta telah digunakan.
"Ketiga-tiga pinjaman yang diluluskan oleh MOF kepada SRC telah dibayar terus daripada MOF kepada KWAP," katanya.

Afidah berkata pinjaman RM92 juta itu telah diluluskan oleh kabinet manakala pinjaman yang berikutnya sebanyak RM250 juta dan RM300 juta diterima dengan persetujuan Najib.

Beliau tidak menyebut mengenai kelulusan kabinet bagi pinjaman kedua dan ketiga itu.

Afidah berkata bagi projek selain SRC, kebiasaannya MOF akan bersedia lebih awal kerana tahu akan menanggung bayaran pembiayaan kerana kebanyakan projek adalah projek infrastruktur yang tidak dapat menjana hasil mencukupi untuk membayar hutang.

"Tetapi bagi SRC, pinjamannya adalah untuk tujuan pelaburan di mana sepatutnya SRC memperolehi keuntungan hasil daripada pelaburan tersebut," jelasnya.

SRC perlu melangsaikan sepenuhnya pinjaman KWAP menjelang 2022

Najib kini menghadapi tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta SRC International.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/kjaan-tanggung-rm600j-akibat-src-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Src International Gagal Bayar Balik Pinjaman Rm4 Bilion Kepada Kwap

Src International Gagal Bayar Balik Pinjaman Rm4 Bilion Kepada Kwap

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 231 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Src Gagal Lunas Hutang Kepada Kwap

Src Gagal Lunas Hutang Kepada Kwap

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu SRC International Sdn Bhd gagal melunaskan hutang kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan membabitkan pinjaman berjumlah RM4 bilion kerana akaun syarikat itu di Switzerland telah...
Sumber Kewangan Src Rm4 Bilion Dari Kwap Geran Rm20 Bilion Dari K Jaan

Sumber Kewangan Src Rm4 Bilion Dari Kwap Geran Rm20 Bilion Dari K Jaan

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 446 hits
Bekas ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd Tan Sri Ismee Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa sumber kewangan SRC adalah daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan dan geran permulaan daripada keraj...
Nama Anda Akan Masuk Dalam Ctos Jika Gagal Bayar Hutang Semua Syarikat Pinjaman Akan Reject Bila Ada Rekod Ni

Nama Anda Akan Masuk Dalam Ctos Jika Gagal Bayar Hutang Semua Syarikat Pinjaman Akan Reject Bila Ada Rekod Ni

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 471 hits
JANGAN BUANG MASA APPLY KALAU DAH PERNAH LARI HUTANG Kalau pernah LARI DARI BAYAR HUTANG dengan syarikat Pinjaman Berlesen yang berdaftar nama anda akan di rekodkan dalam sistem CTOS semua syarikat Pinjaman Berlesen kalau nampak rekod ni me...
Src International Bayar Faedah Guna Dana Awam

Src International Bayar Faedah Guna Dana Awam

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 326 hits
Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan sejak 2016 berulang kali menegaskan kepada media bahawa SRC International Sdn Bhd telah membuat bayaran secara tetap sebanyak RM4 bilion yang dipinjam daripada dana persaraan itu Bagaimanapun seorang sa...
Lembaga Pengarah Src Akan Disingkir Jika Gagal Patuhi Najib Saksi

Lembaga Pengarah Src Akan Disingkir Jika Gagal Patuhi Najib Saksi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 227 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa ahli ahli lembaga pengarah SRC International Sdn Bhd yang enggan mematuhi minit yang mengandungi nasihat bekas perdana menteri Najib Razak akan disingkir atau diminta meletak jawatan I...
Lembaga Pengarah Src Mungkin Tahu Cadangan Pinjaman Rm3 95 Bilion

Lembaga Pengarah Src Mungkin Tahu Cadangan Pinjaman Rm3 95 Bilion

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd mungkin mengetahui tentang cadangan permohonan pinjaman berjumlah RM3 95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini Tan Sri Ismee...
Saksi Kata Najib Gagal Isytihar Kepentingan Dalam Src

Saksi Kata Najib Gagal Isytihar Kepentingan Dalam Src

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 282 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Najib Razak tidak mengisytiharkan kepentingannya dalam SRC International Sdn Bhd semasa mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri yang membincangkan pinjaman syarikat itu Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Ba...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik