Src Gagal Lunas Hutang Kepada Kwap


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu SRC International Sdn Bhd., (SRC) gagal melunaskan hutang kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) membabitkan pinjaman berjumlah RM4 bilion kerana akaun syarikat itu di Switzerland telah dibekukan.
Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategi, Kementerian Kewangan, Afidah Azwa Abdul Aziz, 44, berkata perkara tersebut telah dimaklumkan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, pada September 2015.

Loading… (function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})(); “Saya turut hadir dalam mesyuarat antara SRC, KWAP dan Kementerian Kewangan itu,” katanya ketika membacakan penyataan saksi pada hari ke-28 perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tujuh pertuduhan berhubung kes penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Afidah Azwa berkata mesyuarat juga telah meminta SRC mengemukakan kedudukan kewangan syarikat dan menjelaskan mengenai pembekuan akaun di Switzerland.
“Beberapa surat telah dihantar dan diterima tetapi tiada dokumen atau maklumat dibekalkan oleh SRC mengenai perkara itu,” kata saksi ke-41 pendakwaan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim.
Afidah Azwa juga berkata beliau terlibat dalam urusan pemberian dua surat jaminan kerajaan kepada KWAP berhubung pinjaman SRC, masing-masing berjumlah RM2 bilion pada 2011 dan 2012.
“Kebiasaannya, bagi permohonan jaminan kerajaan, setelah menerima permohonan daripada syarikat yang memohon, bahagian saya akan memanggil syarikat untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai keperluan pembiayaan dan syarikat perlu menyatakan tujuan pinjaman, latar belakang projek, bentuk pinjaman dan unjuran aliran tunai atau ‘cash flow’ syarikat.
“Namun bagi permohonan SRC, syarikat tidak dipanggil oleh Kementerian Kewangan untuk mengemukakan keterangan lanjut kerana syarikat yang diwakili Nik Faisal Ariff Kamil dan Zahid Taib serta dua lagi yang saya tidak ingat nama, telah datang sendiri ke kementerian untuk membincangkan keperluan segera jaminan kerajaan yang ingin dipohon pada 15 Ogos 2011, iaitu Isnin,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa bagi surat Jaminan Kerajaan kedua yang membabitkan pinjaman tambahan berjumlah RM2 bilion, wakil SRC, Nik Faisal telah datang sendiri ke kementerian untuk membincangkan keperluan segera jaminan kerajaan itu.
Saksi itu berkata beliau kemudian diarah menyediakan satu memo dalaman bertarikh 2 Feb 2012 daripada Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) kepada Perdana Menteri melalui Menteri Kewangan II.
“Memo dalaman itu menjelaskan tujuan mengemukakan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) yang turut disediakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri supaya memberikan jaminan kepada SRC untuk pinjaman tambahan sebanyak RM2 bilion juga.
“Memo itu juga menjelaskan yang SRC mempunyai hutang berjumlah RM2 bilion yang diperoleh daripada KWAP pada 29 Ogos 2011 dan dengan pemberian jaminan baharu ini, hutang SRC yang dijamin kerajaan telah meningkat kepada RM4 bilion,” katanya.
Menurut Afidah Azwa, draf memo dalaman serta draf MJM telah dikemukakan kepada Setiausaha Bahagiannya, Maliami Ahmad, dan setelah diluluskan, memo itu dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) sebelum dikemukakan kepada Menteri Kewangan II iaitu Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
“Memo itu telah disokong oleh Menteri Kewangan II pada 2 Feb 2012 iaitu pada hari sama memo disediakan. Memo dan MJM kemudian dikemukakan kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan telah dipersetujui pada 3 Feb 2012. Bagi memo ini, kelulusan adalah daripada Menteri Kewangan sendiri iaitu Najib,” katanya.
Afidah Azwa turut memaklumkan bahawa beliau telah diarah oleh setiausaha bahagiannya untuk mengemukakan memo dalaman dan MJM untuk kelulusan serta tandatangan Menteri Kewangan, namun tidak dimaklumkan sebab beliau perlu berbuat demikian.
Saksi itu berkata Kementerian Kewangan juga telah menghantar surat kepada KWAP bertarikh 28 Mac 2012 untuk memaklumkan mengenai kelulusan jaminan kerajaan kedua bagi pinjaman tambahan oleh Jemaah Menteri.
“Surat sama turut memohon KWAP mempertimbang agar pengeluaran wang pinjaman dapat dilakukan terlebih dahulu dan Kementerian Kewangan memberikan aku janji untuk menyerahkan surat jaminan kerajaan selewat-lewatnya dalam tempoh sepuluh hari.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); “Sepanjang saya berkhidmat di Unit Jaminan Kerajaan di Kementerian Kewangan, setahu saya ini adalah kali pertama kementerian meminta pembiaya berbuat demikian.
“Kebiasaannya, wang pinjaman akan diserahkan kepada peminjam hanya setelah surat jaminan kerajaan diserahkan kepada pembiaya,” katanya sambil menambah surat jaminan kerajaan bermaksud bahawa pihak kerajaan, melalui Kementerian Kewangan, bersetuju dan memberikan jaminan untuk menanggung apa-apa kemungkiran pembayaran prinsipal serta faedah oleh SRC kepada pembiaya, iaitu KWAP, sepanjang tempoh perjanjian.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/06/src-gagal-lunas-hutang-kepada-kwap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
K Jaan Tanggung Rm600j Akibat Src Gagal Bayar Pinjaman Kwap

K Jaan Tanggung Rm600j Akibat Src Gagal Bayar Pinjaman Kwap

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 246 hits
KES NAJIB Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan sejak 2016 berulang kali menegaskan kepada media bahawa SRC International Sdn Bhd telah membuat bayaran secara tetap sebanyak RM4 bilion yang dipinjam daripada dana persaraan itu Bagaimanapun ...
Src International Gagal Bayar Balik Pinjaman Rm4 Bilion Kepada Kwap

Src International Gagal Bayar Balik Pinjaman Rm4 Bilion Kepada Kwap

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 188 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Amalan Doa Rezeki Lancar Lunas Hutang Dan Kaya Raya

Amalan Doa Rezeki Lancar Lunas Hutang Dan Kaya Raya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1354 hits
Amalan doa ini merupakan kiriman dari sdr Adi di KWA Beliau mengirimkan amalan ini karena banyaknya orang yang mengeluhkan sulitnya membayar hutang dan agar rejeki menjadi lancar Tidak dipungkiri bahwa masalah seperti ini memang banyak meni...
Sumber Kewangan Src Rm4 Bilion Dari Kwap Geran Rm20 Bilion Dari K Jaan

Sumber Kewangan Src Rm4 Bilion Dari Kwap Geran Rm20 Bilion Dari K Jaan

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 402 hits
Bekas ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd Tan Sri Ismee Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa sumber kewangan SRC adalah daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan dan geran permulaan daripada keraj...
Lembaga Pengarah Src Akan Disingkir Jika Gagal Patuhi Najib Saksi

Lembaga Pengarah Src Akan Disingkir Jika Gagal Patuhi Najib Saksi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 180 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa ahli ahli lembaga pengarah SRC International Sdn Bhd yang enggan mematuhi minit yang mengandungi nasihat bekas perdana menteri Najib Razak akan disingkir atau diminta meletak jawatan I...
Ijazah Amalan Wirid Lunas Hutang Dengan Surat Al Ikhlas

Ijazah Amalan Wirid Lunas Hutang Dengan Surat Al Ikhlas

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 734 hits
Ijazah amalan tuntas hutang ini disampaikan oleh seseorang di blog KWA Sebelum menyampaikan ijazah amalan ini yang bersangkutan banyak bercerita tentang latar belakang didapatkannya amalan ini Serangkaian perjalanan hidup yang baik maupun y...
Saksi Kata Najib Gagal Isytihar Kepentingan Dalam Src

Saksi Kata Najib Gagal Isytihar Kepentingan Dalam Src

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 235 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Najib Razak tidak mengisytiharkan kepentingannya dalam SRC International Sdn Bhd semasa mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri yang membincangkan pinjaman syarikat itu Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Ba...
Nama Anda Akan Masuk Dalam Ctos Jika Gagal Bayar Hutang Semua Syarikat Pinjaman Akan Reject Bila Ada Rekod Ni

Nama Anda Akan Masuk Dalam Ctos Jika Gagal Bayar Hutang Semua Syarikat Pinjaman Akan Reject Bila Ada Rekod Ni

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 411 hits
JANGAN BUANG MASA APPLY KALAU DAH PERNAH LARI HUTANG Kalau pernah LARI DARI BAYAR HUTANG dengan syarikat Pinjaman Berlesen yang berdaftar nama anda akan di rekodkan dalam sistem CTOS semua syarikat Pinjaman Berlesen kalau nampak rekod ni me...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan