Src International Bayar Faedah Guna Dana Awam


Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sejak 2016 berulang kali menegaskan kepada media bahawa SRC International Sdn Bhd telah membuat bayaran secara tetap sebanyak RM4 bilion yang dipinjam daripada dana persaraan itu

Bagaimanapun, seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa bekas anak syarikat 1MDB itu gagal membayar faedah daripada dua bahagian pinjaman iaitu masing-masing sebanyak RM2 bilion sejak 2015

Ketua Penolong Setiausaha Kanan di Seksyen Penilaian Bahagian Pelaburan Strategik, Afidah Azwa Abdul Aziz sebaliknya berkata bayaran faedah itu dibayar daripada dana awam

Beliau berkata demikian ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak hari ini

Afidah berkata, antara Disember 2015 dan Disember 2017, hampir RM600 juta pinjaman diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada SRC International supaya ia boleh membayar faedah dan bayaran pinjaman RM4 bilion daripada KWAP, yang dijamin oleh kerajaan

Sehingga kini katanya kerajaan masih membayar hutang pinjaman SRC dengan KWAP dan bayaran akan berterusan sehingga selesai bayaran balik secara penuh

Ketika membacakan keterangannya, Afidah berkata SRC International telah meminjam kepada KWAP tetapi berhenti berbuat demikian mulai bulan Mac 2015

Pada Ogos 2015, KWAP telah memaklumkan kepada SRC International bahawa dana itu akan mengisytiharkan "event of default" jika syarikat itu tidak dapat menyelesaikan bayaran tertunggak

Pada September 2015, SRC International, KWAP dan Kementerian Kewangan mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Mohd Irwan Serigar


Mesyuarat itu dimaklumkan bahawa SRC International tidak dapat membayar pinjaman berikutan akaunnya di Switzerland telah dibekukan

Kerajaan akhirnya bersetuju memberikan pinjaman RM92 juta kepada SRC International untuk membantu syarikat itu membayar balik hutang kepada KWAP

Pinjaman baru itu diluluskan pada 6 November 2015 untuk mengelakkan "Event of default" yang akan menyebabkan kerajaan perlu menyelesaikan bayaran penuh pinjaman sebanyak RM4 bilion itu

"Dalam pengetahuan saya, SRC tidak membuat bayaran balik kepada MOF bagi pinjaman RM92 juta yang telah diberikan

"SRC juga tidak membuat bayaran lanjutan bagi hutang faedah kepada KWAP

"Ini adalah kerana SRC sekali lagi telah memohon bantuan daripada MOF untuk mendapatkan pinjaman jangka pendek kedua bagi tujuan membayar hutang kepada KWAP," katanya

Afidah berkata Kementerian Kewangan bersetuju agar kerajaan persekutuan memberikan satu lagi pinjaman sebanyak RM250 juta kepada SRC International yang ditandatangani pada 27 September 2016

Afidah berkata, SRC International juga tidak membayar balik RM250 juta pinjaman ini dan meminta pinjaman ketiga pada tahun 2017. 
Kali ini, pinjaman RM300 juta diberikan kepada SRC oleh kerajaan persekutuan

Ini menjadikan tiga pinjaman yang diluluskan berjumlah RM642 juta tetapi hanya sekitar RM595 juta telah digunakan

"Ketiga-tiga pinjaman yang diluluskan oleh MOF kepada SRC telah dibayar terus daripada MOF kepada KWAP," katanya

Afidah berkata pinjaman RM92 juta itu telah diluluskan oleh kabinet manakala pinjaman yang berikutnya sebanyak RM250 juta dan RM300 juta diterima dengan persetujuan Najib

Beliau tidak menyebut mengenai kelulusan kabinet bagi pinjaman kedua dan ketiga itu

Afidah berkata bagi projek selain SRC, kebiasaannya MOF akan bersedia lebih awal kerana tahu akan menanggung bayaran pembiayaan kerana kebanyakan projek adalah projek infrastruktur yang tidak dapat menjana hasil mencukupi untuk membayar hutang

"Tetapi bagi SRC, pinjamannya adalah untuk tujuan pelaburan di mana sepatutnya SRC memperolehi keuntungan hasil daripada pelaburan tersebut," jelasnya

SRC perlu melangsaikan sepenuhnya pinjaman KWAP menjelang 2022

Najib kini menghadapi tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta SRC International. - mk


Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/



Iklan














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/06/src-international-bayar-faedah-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Src International Gagal Bayar Balik Pinjaman Rm4 Bilion Kepada Kwap

Src International Gagal Bayar Balik Pinjaman Rm4 Bilion Kepada Kwap

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 186 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Kes Src International Saksi Nafi Babitkan Ds Najib L

Kes Src International Saksi Nafi Babitkan Ds Najib L

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 194 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
K Jaan Tanggung Rm600j Akibat Src Gagal Bayar Pinjaman Kwap

K Jaan Tanggung Rm600j Akibat Src Gagal Bayar Pinjaman Kwap

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 244 hits
KES NAJIB Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan sejak 2016 berulang kali menegaskan kepada media bahawa SRC International Sdn Bhd telah membuat bayaran secara tetap sebanyak RM4 bilion yang dipinjam daripada dana persaraan itu Bagaimanapun ...
Ahli Lembaga Pengarah Src Lawat Bsi Untuk Pastikan Dana Src Selamat

Ahli Lembaga Pengarah Src Lawat Bsi Untuk Pastikan Dana Src Selamat

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa semua Ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd membuat lawatan ke sebuah bank di Lugano Switzerland untuk memastikan dana milik syarikat itu disimpan dengan selamat pada...
Najib Trial Day 29 Najib Didn T Walk Out When Cabinet Discussed Src International

Najib Trial Day 29 Najib Didn T Walk Out When Cabinet Discussed Src International

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 360 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 29th day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of...
Skandal Homoseksual Tutup Skandal Najib Src International

Skandal Homoseksual Tutup Skandal Najib Src International

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 214 hits
Skandal homoseksual tutup skandal Najib SRC International Posted By on June 18 2019Adakah pendedahan skandal terbaharu video semburit membabitkan menteri kanan kerajaan Pakaran Harapan direkayasa untuk menutup skandal kewangan yang melibatk...
Lebai Kena Bayar Husam Kes Fitnah Terima Dana Dari Dap

Lebai Kena Bayar Husam Kes Fitnah Terima Dana Dari Dap

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 301 hits
Naib Presiden Amanah Husam Musa menang kes saman fitnah terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan Dr Wan Zawawi Wan Ismail di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini Saman itu berkenaan kenyataan di l...
Dana Src Dokumen Lebih 200 Muka Surat Diserah Kepada Pembelaan

Dana Src Dokumen Lebih 200 Muka Surat Diserah Kepada Pembelaan

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 209 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan dalam tiga kes pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta telah menyerahka...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Pemilik Tanah Aina Perlu Akur Dengan Undang Undang Tidak Perlu Keluar Kenyataan Seolah Olah Dizalimi

Tuntutan Khairat Kematian Madani

Salam Nuzul Al Quran 1445h

Sotong Masak Hitam Tak Hitam

Kata Nak Berlakon 5 Bulan Keluar Running Man Ramai Persoal Kehilangan Jeon Somin

Setelah Kes Dibawa Ke Mahkamah Kini Giliran Dr Akmal Tunjuk Islam Itu Pemaaf