Jurang Digital Semakin Melebar Jika Data 5g Lebih Mahal Daripada 4g Getaran 03 02 2022


 

KUALA LUMPUR - Kumpulan berpendapatan rendah di Malaysia akan semakin tercicir dalam jurang digital jika harga akses kepada rangkaian 5G lebih tinggi daripada 4G, kata aktivis pengguna
Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Saravanan Tambirajah berkata penyedia telekomunikasi di negara ini harus menawarkan kadar dan pakej termurah, kerana kebanyakan rakyat Malaysia adalah pekerja bergaji yang sedang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.
Secara purata, pengguna di Malaysia membayar kira-kira RM2 setiap gigabait data jalur lebar 4G, manakala pengendali rangkaian mudah alih (MNO) menyelenggara rangkaian generasi ini dengan caj di antara 45 hingga 55 sen setiap gigabait.
Walau bagaimanapun, kos 5G setiap gigabait yang dicadangkan oleh penyedia rangkaian borong tunggal kendalian kerajaan, Digital Nasional Bhd (DNB), adalah jauh lebih rendah, kerana dihadkan pada sekitar 20 sen setiap gigabait.
“Kebanyakan pengguna telefon mudah alih menggunakan pelan pra bayar kerana mereka tidak mahu membuat komitmen bulanan.
“Mereka menggunakan pendekatan ‘bayar sepertimana yang digunakan’ dalam menggunakan data mudah alih, tetapi mereka akhirnya membayar harga mahal untuk jumlah data yang lebih sedikit,” kata Saravanan kepada The Vibes.
Mengambil kira kos inflasi dan kenakan harga barang keperluan seperti makanan, Saravanan berkata kumpulan B40 dan berpendapatan sederhana sedang menghadapi masalah kewangan yang diakibatkan oleh pandemik COVID-19.
Saravanan Thambirajah Tambahan pula, katanya dengan harga peranti telefon pintar berdaya 5G yang tidak mampu untuk dimiliki oleh kebanyakan segmen miskin dan kelas pertengahan negara, hanya pelanggan daripada kumpulan T20 akan dapat menikmati kemudahan rangkaian mudah alih yang lebih pantas.
“Kebanyakan peranti ini dibeli dengan pinjaman ataupun pelan ansuran. Ini akan memberi tekanan kepada perbelanjaan bulanan isi rumah.
“Kita hanya akan melihat kenaikan dalam langganan 5G apabila ia dilancarkan dengan sempurna, tetapi pada kadar sekarang ia akan mengambil masa empat hingga lima tahun sebelum golongan berpendapatan rendah dapat menikmati kemudahan 5G,” tambah Saravanan.
Terdahulu penganalisa menyatakan adalah mustahil untuk rangkaian borong berganda yang dicadangkan oleh pihak MNO sebelum ini boleh mengikut harga jaminan 20 sen atau kurang yang dicadangkan oleh DNB.
Ini kerana DNB sebagai syarikat milik kerajaan, ia beroperasi atas dasar tanpa mengaut keuntungan, membenarkan ia menjual data pada hampir harga kos.
Satu lagi faktor kenapa mustahil bagi pembekal telekomunikasi untuk mengikut harga jaminan DNB adalah kerana mereka perlu melabur besar dalam pembangunan infrastruktur.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan menyokong pandangan Saravanan berkata kerajaan perlu mengutamakan keperluan para pengguna sebelum syarikat telekomunikasi.
Ini kerana syarikat-syarikat itu sudah mengaut keuntungan berbilion ringgit setiap tahun, manakala para pengguna “ditindas” dan terpaksa menerima sahaja perkhidmatan yang disediakan, sama ada baik atau buruk.
“Kadangkala talian langsung terputus dan kita tidak dapat mendengar apa-apa pun.
“Kerajaan harus memastikan sebab di sebalik syarikat telekomunikasi mahu membina rangkaian 5G mereka sendiri bukan berteraskan ketamakan,” katanya kepada The Vibes bila dihubungi.  
Datuk Nadzim Johan Nadzim juga menambah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen untuk komunikasi mudah alih, harus memastikan syarikat telekomunikasi dipertanggungjawabkan dan dikenakan denda atas sebarang kesalahan.
“Walaupun mereka membeli data 5G daripada DNB pada harga 20 sen, bagaimana kita tahu caj yang perlu dibayar oleh pengguna?
“Sebenarnya, mereka mengenakan bayaran RM2 dan melakukannya sesuka hati, manakala pengguna pula yang terkesan dengan langkah-langkah ini.
“Dan mengapa membuat menara baharu apabila ia boleh dikongsi? Ia tidak masuk akal.” - The Vibes, 3 Februari 2022


Artikel oleh: Getaran
JURANG DIGITAL SEMAKIN MELEBAR JIKA DATA 5G LEBIH MAHAL DARIPADA 4G
https://www.getaran.my/artikel/semasa/18674/jurang-digital-semakin-melebar-jika-data-5g-lebih-mahal-daripada-4g


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/02/jurang-digital-semakin-melebar-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Digital Divide Could Widen If 5g Data Costs More Than 4g Consumer Groups Warn The Vibes 03 02 2022

Digital Divide Could Widen If 5g Data Costs More Than 4g Consumer Groups Warn The Vibes 03 02 2022

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 246 hits
KUALA LUMPUR Malaysia s lower income groups would be further left behind in the digital divide if access requirements to 5G broadband are financially higher than the current 4G spectrum said consumer advocates Federation of Malaysian Consum...
Ramai Terkorban Akibat Pemandu Mabuk Bukti Undang Undang Berkaitan Arak Perlu Diperkasakan Getaran 05 02 2022

Ramai Terkorban Akibat Pemandu Mabuk Bukti Undang Undang Berkaitan Arak Perlu Diperkasakan Getaran 05 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 153 hits
BANGI Ikatan Muslimin menggesa kerajaan memperkasakan dan memperketatkan undang undang sedia ada berkaitan arak atau minuman beralkohol Naib Presidennya Mohd Noor Azib Asmangi berkata usaha itu dan pemantauan lebih tegas terhadap pemandu ma...
Adakah Program Program Pendidikan Lebih Berbahaya Daripada Gejala Rasuah Yang Semakin Berleluasa Di Negara Kita

Adakah Program Program Pendidikan Lebih Berbahaya Daripada Gejala Rasuah Yang Semakin Berleluasa Di Negara Kita

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 179 hits
DR MAZLEE MALEKPusat Khidmat Rakyat Parlimen P151 Simpang Renggam sentiasa komited dalam melakukan aktiviti aktiviti dan program program demi kesejahteraan dan kebajikan warga Parlimen Simpang Renggam Baru baru ini juga Parlimen Simpang Ren...
Bnm Perlu Pantau Bank Tempatan Beri Pinjaman Tanpa Cagaran Getaran 05 02 2022

Bnm Perlu Pantau Bank Tempatan Beri Pinjaman Tanpa Cagaran Getaran 05 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 201 hits
BANGI Persatuan Pengguna Islam Malaysia mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pinjaman tanpa cagaran diberikan bank kepada syarikat Genting Hong Kong baru baru ini Ketua Aktivisnya Dat...
Cimb Digesa Nyahbeku Akaun Pelanggan Getaran 05 02 2022

Cimb Digesa Nyahbeku Akaun Pelanggan Getaran 05 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR Tindakan CIMB Bank Berhad membekukan ribuan akaun pelanggan mereka tanpa sebarang notis bukan sahaja menjejaskan malah tidak wajar dilakukan bank berkenaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Agenda Reset Malaysia yang mengec...
Mgnews Amaran Banjir Penggunaan Sms Lebih Berkesan Dan Praktikal Berbanding Siren Ngo Malaysia Gazette Tv 27 01 2022

Mgnews Amaran Banjir Penggunaan Sms Lebih Berkesan Dan Praktikal Berbanding Siren Ngo Malaysia Gazette Tv 27 01 2022

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 963 hits
Amaran Banjir Penggunaan SMS Lebih Berkesan Dan Praktikal Berbanding Siren Sumber Malaysia Gazette TV MGNEWS AMARAN BANJIR PENGGUNAAN SMS LEBIH BERKESAN DAN PRAKTIKAL BERBANDING SIREN NGO
Data Terbaru Kasus Covid 19 Di Indonesia Per 13 Februari 2022

Data Terbaru Kasus Covid 19 Di Indonesia Per 13 Februari 2022

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 211 hits
Total akumulatif kasus Covid 19 di Indonesia mencapai 4 807 778 orang sejak virus corona terdeteksi pada bulan Maret 2020
Cameron Highlands 2022

Cameron Highlands 2022

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 332 hits
Assalammualaikum Dunia Heheee Apakah tak de tempat lain cikbunga oiii Intro maaaaLet s take memory haaa githew Tahun 2022 adalah pembukaan bagi cikbunga sefamily untuk bersantai santai ke Cameron Highlands Oleh kerana pada masa dahulu kiran...
Hiburan Desperate Nak Views Ke Merosakkan Industri Penonton Tutup Tv Nampak Iqbal Di Big Stage 2022

Hiburan Desperate Nak Views Ke Merosakkan Industri Penonton Tutup Tv Nampak Iqbal Di Big Stage 2022

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 211 hits
Tidak dinafikan ramai terkejut apabila Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli diumumkan sebagai salah seorang peserta program realiti Big Stage 2022 semalam Bukan hanya penonton malah juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah