Ramai Terkorban Akibat Pemandu Mabuk Bukti Undang Undang Berkaitan Arak Perlu Diperkasakan Getaran 05 02 2022


 
BANGI - Ikatan Muslimin (ISMA) menggesa kerajaan memperkasakan dan memperketatkan undang-undang sedia ada berkaitan arak atau minuman beralkohol.

Naib Presidennya, Mohd Noor Azib Asmangi berkata, usaha itu dan pemantauan lebih tegas terhadap pemandu mabuk perlu dilakukan segera berikutan ia memberi risiko kematian kepada insan tidak bersalah.
Menurut beliau, pihaknya menuntut kerajaan menetapkan polisi komuniti bebas arak supaya tiada lagi program yang menghidangkan arak secara umum dan terbuka.
“Kita menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) agar memperkemas undang-undang berkaitan arak dan memperketatkan lagi syarat membeli serta menjual arak, di samping melakukan pemantauan lebih tegas terhadap pemandu mabuk, khususnya pada waktu malam.
“Kita turut menuntut PBT agar tidak membenarkan penjualan arak di kedai serbaneka di kawasan majoriti muslim,” katanya kepada media selepas Pelancaran Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak di Bangi Resort Hotel di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Sebanyak 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bergabung menerusi kempen itu bagi menggesa penjualan minuman keras secara berleluasa dihentikan di negara ini.
Antara NGO terbabit adalah Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID), Malaysia Allieance of Civil Society Organisation (MACSA) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Selain itu, Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) dan Pemuda Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).
Mohd Noor Azib berkata, mengikut statistik pihak berkuasa pada 2017, sebanyak 212 kemalangan berkait dengan pengambilan arak dan daripada jumlah itu, sebanyak 58 kematian dicatatkan.
Manakala pada 2018, katanya, sebanyak 191 kemalangan dengan 54 kematian direkodkan berpunca daripada pengambilan alkohol secara bebas.
“Rekod tersebut adalah sahih seperti dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Banyak lagi kes seperti pergaduhan, perceraian, keganasan rumah tangga dan penderaan berpunca daripada pengambilan arak, namun tidak dimasukkan secara rasmi dalam rekod pihak berkuasa,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Noor Azib menjelaskan, kempen tersebut yang berakhir pada 5 Mac depan, bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat Islam dan rakyat Malaysia mengenai kemudaratan arak daripada sudut agama, kesihatan serta undang-undang.
“Antara strategi kempen berkenaan adalah melancarkan petisyen dengan menyasarkan sejuta tandatangan melalui talian dan fizikal dalam membantah penjualan arak secara berleluasa,” katanya. - Getaran, 5 Febuari 2022


Artikel oleh: Getaran
RAMAI TERKORBAN AKIBAT PEMANDU MABUK BUKTI UNDANG-UNDANG BERKAITAN ARAK PERLU DIPERKASAKAN

https://www.getaran.my/artikel/semasa/18796/ramai-terkorban-akibat-pemandu-mabuk-bukti-undang-undang-berkaitan-arak-perlu-diperkasakan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/02/ramai-terkorban-akibat-pemandu-mabuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alza Rempuh Khemah Kahwin Pemandu Dipercayai Mabuk

Alza Rempuh Khemah Kahwin Pemandu Dipercayai Mabuk

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 273 hits
Tular dimedia sosial sebuah video memaparkan khemah perkahwinan dirempuh sebuah kenderaan Menerusi perkongsian yang tular di Tiktok seorang pengguna bernama Fatma Niyaz berkongsi video situasi cemas sebuah khemah perkahwinan secara tiba tib...
Empat Kerajaan Abai Nasib 1 2 Juta Pemandu Wacanakini 08 02 2022

Empat Kerajaan Abai Nasib 1 2 Juta Pemandu Wacanakini 08 02 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR 8 Feb Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia meluahkan kekecewaan terhadap empat kerajaan terdahulu yang dilihat mengabaikan nasib 1 2 juta rakyat yang pemandu dan pengusaha pengangkutan darat Ketua Ak...
1 157 Pemandu Mabuk Ditahan Di Kuala Lumpur Sepanjang Tahun Lepas

1 157 Pemandu Mabuk Ditahan Di Kuala Lumpur Sepanjang Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 216 hits
Oleh POLIS menahan seramai 1 558 individu atas pelbagai kesalahan trafik termasuk memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan menunggang motosikal secara berbahaya menerusi pelbagai operasi yang diadakan di sekitar ibu negara tahun lepa...
Jurang Digital Semakin Melebar Jika Data 5g Lebih Mahal Daripada 4g Getaran 03 02 2022

Jurang Digital Semakin Melebar Jika Data 5g Lebih Mahal Daripada 4g Getaran 03 02 2022

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 209 hits
KUALA LUMPUR Kumpulan berpendapatan rendah di Malaysia akan semakin tercicir dalam jurang digital jika harga akses kepada rangkaian 5G lebih tinggi daripada 4G kata aktivis pengguna Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan persatuan Pengguna Mala...
Gadis Cantik Ini Dipandang Rendah Tidak Cerdik Akan Bukti Kejayaan Dalam Bidang Undang Undang

Gadis Cantik Ini Dipandang Rendah Tidak Cerdik Akan Bukti Kejayaan Dalam Bidang Undang Undang

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 194 hits
Gadis Cantik Ini Dipandang Rendah Tidak Cerdik Akan Bukti Kejayaan Dalam Bidang Undang Undang GADIS ini bukan sahaja berwajah jelita malah memiliki latar belakang akademik yang cukup bagus Giulie 24 yang juga pelajar bidang undang undang me...
Bnm Perlu Pantau Bank Tempatan Beri Pinjaman Tanpa Cagaran Getaran 05 02 2022

Bnm Perlu Pantau Bank Tempatan Beri Pinjaman Tanpa Cagaran Getaran 05 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 254 hits
BANGI Persatuan Pengguna Islam Malaysia mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pinjaman tanpa cagaran diberikan bank kepada syarikat Genting Hong Kong baru baru ini Ketua Aktivisnya Dat...
Cimb Digesa Nyahbeku Akaun Pelanggan Getaran 05 02 2022

Cimb Digesa Nyahbeku Akaun Pelanggan Getaran 05 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR Tindakan CIMB Bank Berhad membekukan ribuan akaun pelanggan mereka tanpa sebarang notis bukan sahaja menjejaskan malah tidak wajar dilakukan bank berkenaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Agenda Reset Malaysia yang mengec...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Gelombang Phk Landa Industri Media Kenapa

Replant Pokok Daun Rama Rama