Bnm Perlu Pantau Bank Tempatan Beri Pinjaman Tanpa Cagaran Getaran 05 02 2022




BANGI - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pinjaman tanpa cagaran diberikan bank kepada syarikat Genting Hong Kong (GHK), baru-baru ini.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berpandangan, terdapat keperluan untuk Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan pemantauan dan lebih berhati-hati terhadap tindakan bank tempatan yang dibenarkan memberi pinjaman tanpa jaminan serta cagaran.
“Sekiranya dipandang sepi, bank tersebut akan mengambil kesempatan dengan memberi bebanan tinggi kepada pelanggan mahupun peminjam bagi mengaut keuntungan semula akibat mengalami kerugian.
“Perkara itu akan menyebabkan masalah sosial berlaku di mana orang akan mula meminjam daripada ah long. Kenyataan Tengku Zafrul juga seolah-olah beliau masih seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) walaupun kini memegang jawatan Menteri Kewangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Getaran selepas majlis pelancaran Forum Malaysia Sejahtera Tanpa Arak di Bangi Resort Hotel di sini, hari ini.
Terdahulu, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, bank boleh meluluskan pinjaman tanpa cagaran kepada GHK kerana ia dibuat sebelum pandemik COVID-19.
Malah, beliau menegaskan, isu pinjaman tanpa cagaran bukan sesuatu yang luar biasa dalam sektor perbankan.
Beliau berkata, bank boleh meluluskan pinjaman tanpa cagaran berdasarkan kesanggupan institusi kewangan tersebut mengambil risiko di peringkat dalaman (risk appetite), penilaian kredit yang memenuhi kriteria dan kelulusan berdasarkan proses tadbir urus dalaman.
Tengku Zafrul memaklumkan, apa harus diingat adalah bukan sahaja bank tempatan yang memberikan pinjaman tanpa cagaran kepada GHK, malah membabitkan bank dari luar negara.
Katanya, semua bank itu juga perlu mematuhi garis panduan dalaman dan garis panduan bank pusat masing-masing sebelum memberikan pinjaman.
Dalam pada itu, ditanya pelaksanaan berkenaan pelaksanaan caj RM1 bagi setiap pengeluaran wang tunai antara bank (MEPS) di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), Nadzim berkata, tindakan berkenaan dilihat sebagai tidak prihatin kepada keadaan semasa rakyat.
Menurut beliau, orang ramai ketika ini masih bergelut dengan kekurangan tunai dan peluang pekerjaan rendah serta peningkatan harga barangan keperluan secara berterusan.
“BNM dan semua bank tempatan perlu wujudkan elemen kemanusiaan bagi kita membantu mereka yang dalam kesusahan walaupun jumlah itu dilihat sedikit.
“Isu ini adalah perkara utama perlu dipandang serius pihak bank. Bukan tahu nak cari keuntungan sahaja, namun perlu ada sifat kemanusiaan dalam menolong mereka yang terbeban akibat kesan COVID-19,” katanya.
Tambah beliau, terdapat keperluan mewujudkan peruntukan undang-undang bagi membela nasib mereka yang ditindas oleh institusi perbankan terbabit.
“Ia sebagai langkah untuk membantu golongan peminjam teraniaya dan kaedah bagi melaksanakannya perlu dikaji,” katanya. - Getaran, 5 Januari 2022.


Artikel oleh: Getaran
BNM PERLU PANTAU BANK TEMPATAN BERI PINJAMAN TANPA CAGARAN
https://www.getaran.my/artikel/semasa/18780/bnm-perlu-pantau-bank-tempatan-beri-pinjaman-tanpa-cagaran


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/02/bnm-perlu-pantau-bank-tempatan-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Persoal Pinjaman Tanpa Cagaran Genting Hk Berita 757 28 01 2022

Ppim Persoal Pinjaman Tanpa Cagaran Genting Hk Berita 757 28 01 2022

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 258 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyifatkan tindakan tiga bank milik negara iaitu Maybank RHB dan CIMB yang memberi pinjaman tanpa cagaran bernilai RM2 51 bilion kepada Genting Hong Kong adalah tidak wajar Menurut kenyataan yang dikeluark...
Peniaga Kecil Bank Mahu Cagaran Tapi Genting Hk Yang Bankrap Tak Payah Ppim Samudera My 28 01 2022

Peniaga Kecil Bank Mahu Cagaran Tapi Genting Hk Yang Bankrap Tak Payah Ppim Samudera My 28 01 2022

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR 28 Januari 2022 Persatuan Pengguna Islam Malaysia terkejut apabila dimaklumkan bahawa sebuah syarikat cruise Genting Hong Kong telah diisytihar bankrap berikutan tidak boleh meneruskan perniagaan akibat pandemik COVID 19 Kesan ...
Kenapa Bank Malaysia Beri Pinjaman Tanpa Cagaran Syarikat Judi

Kenapa Bank Malaysia Beri Pinjaman Tanpa Cagaran Syarikat Judi

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 251 hits
Keruntuhan syarikat Genting Hong Kong menyeret tiga buah bank besar dari Malaysia seperti Malayan Banking Berhad Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad ke kancah kerugian berbilion ringgit kerana memberi pinjaman mudah kepada syarikat ter...
Pinjaman Tanpa Cagaran Ghk Bank Harus Tuntut Balik Pinjaman Abdullah Sani

Pinjaman Tanpa Cagaran Ghk Bank Harus Tuntut Balik Pinjaman Abdullah Sani

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 104 hits
Sitaan ke atas kapal pesiar Crystal Symphony dan Crystal Serenity yang digunakan oleh syarikat Genting Hong Kong dalam perniagaan mereka oleh pihak berkuasa Bahamas kerana gagal membayar kos bahan api membuka polemik adakah hutang yang dibu...
Jurang Digital Semakin Melebar Jika Data 5g Lebih Mahal Daripada 4g Getaran 03 02 2022

Jurang Digital Semakin Melebar Jika Data 5g Lebih Mahal Daripada 4g Getaran 03 02 2022

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR Kumpulan berpendapatan rendah di Malaysia akan semakin tercicir dalam jurang digital jika harga akses kepada rangkaian 5G lebih tinggi daripada 4G kata aktivis pengguna Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan persatuan Pengguna Mala...
100 Pelanggan Bank Desak Akaun Mereka Dikembalikan Berita Harian 05 02 2022

100 Pelanggan Bank Desak Akaun Mereka Dikembalikan Berita Harian 05 02 2022

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 140 hits
KUALA LUMPUR Kira kira 100 pemegang akaun yang berdaftar dengan sebuah bank tempatan semalam meminta akaun mereka yang dibekukan bank berkenaan sejak seminggu lalu dikembalikan Jurucakap kumpulan itu Mohd Aimullah Mohd Zain 26 menyifatkan p...
Zafrul Dikatakan Ceo Cimb Yang Meluluskan Pinjaman Tanpa Cagaran Kepada Genting Hong Kong Sila Jawab

Zafrul Dikatakan Ceo Cimb Yang Meluluskan Pinjaman Tanpa Cagaran Kepada Genting Hong Kong Sila Jawab

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 202 hits
Kamukah Zafrul CEO CIMB yang luluskan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong Zafrul kata bank boleh luluskan pinjaman tanpa cagaran Dan dia kata pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat Genting Hong Kong yang bankrap itu telah dibuat...
Isu Pinjaman Tiga Bank Rm2 5b Perlu Penjelasan Najib

Isu Pinjaman Tiga Bank Rm2 5b Perlu Penjelasan Najib

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 248 hits
satuberita myBy February 2 2022 GENTING Hong Kong Ltd mencatatkan kerugian berjumlah AS 1 7 bilion pada Mei laluBAGAIMANA pinjaman sebanyak RM2 5 bilion tanpa cagaran kepada syarikat berkaitan judi iaitu Genting Hong Kong Ltd pada tahun 201...
Akaun Dibeku Bank Cimb Caj Tanpa Sebab Munasabah Ppim 05 02 2022

Akaun Dibeku Bank Cimb Caj Tanpa Sebab Munasabah Ppim 05 02 2022

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 227 hits
Tindakan pihak bank membekukan akaun pelanggan tanpa alasan munasabah mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dalam satu sidang media hari ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata pihaknya mahu bank yang terlibat khususnya C...
As Menuju Bangkrap Lihat Komen Rakyat Dalam Blog Ini

Netizen Tertanya Tanya Apa Kelulusan Calon Pn

Mengenal Apa Itu Operasi Lasik Dan Biayanya

Bidoglio Mahu Jdt Beraksi Lebih Ganas

12 Power Bank Terbaik Paling Nipis Tahan Lama 2024

Birthday Party Aryana Arash

Kdn Utamakan 2 Kategori Permohonan Kewarganegaraan Kata Menteri

Seorang Wali Nikah Menumbuk Pengantin Lelaki Selepas Majlis Akad Nikah



5 Kes Jenayah Melibatkan Kanak Kanak di Malaysia Yang Tak Boleh Kita Lupakan

Biodata Ezra Kairo Penyanyi Gandingan Zubir Khan Dalam Lagu OMK Oh My Kadhale

10 Fakta Biodata Aniq Durar Pelakon Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3 Gandingan Sharifah Rose

Info Dan Sinopsis Hierarchy Netflix TV Series Kdrama 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3


Efficiency And Transparency The Hallmarks Of Property Management In Nj

Pemuda Ini Hilang Selepas Pergi Hiking Di Bukit Dinding

Dua Rakan Karib Maut Motosikal Dinaiki Terbabas

Cara Basuh Bantal Busuk Anak Dengan Betul Supaya Tidak Rosak

Adakah Hanya Pembangkang Peduli Tentang Etika Pilihan Raya

The Use And Abuse Of Taxes