Jungle House Cafe Makanan Berasaskan Madu Terletak Di Bangsar



JUNGLE HOUSE RASMIKAN "HONEY LIFESTYLE OUTLET" PERTAMA DI MALAYSIA DI BANGSAR | Pada 17 Mac 2022 yang lalu, saya dan rakan-rakan telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran jenama Jungle House secara rasmi di Malaysia. Sebagai 'store' produk berasaskan madu pertama di Malaysia, Jungle House menyerlahkan keunikannya dengan cogan kata “All Things Honey” (Segalanya Mengenai Madu) – menggalakkan orang ramai untuk menghargai madu dan membudayakan amalan menikmati madu dalam kalangan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kesihatan

Bangsar Retail StorefrontUntuk pengetahuan korang, majlis tersebut turut meraikan pembukaan cawangan ke-9 Jungle House tau; dan yang pertama untuk membawakan konsep kafe di Jalan Telawi 3, Bangsar. Cawangan mereka di Bangsar, menampilkan suasana tersendiri dengan ruang gaya hidup serba santai yang terbuka dan juga tertutup



Kafe best sangat sebab diorang ada menyajikan pelbagai jenis makanan dan minuman berasaskan madu termasuk Honey Breakfast Oats, Russian Honey cakes, pelbagai jenis Croffles (gabungan croissant dan wafel), kopi madu, teh dan jus – semestinya semua ni digandingkan dengan jenis dan perisa madu yang khusus

Croffles (gabungan croissant dan wafel)Sejujurnya, saya suka sangat dengan Russian Honey cakes yang ada dijual kat sini. Bukan saja sedap, kalau korang nak beli dan tapau pun packaging dia sangatlah cantik

Russian Honey cakes
Selain tu, pelanggan yang datang juga boleh membeli-belah di kedai runcit Jungle House yang ada menawarkan segala jenis produk madu, minuman, honeycombs dan juga pelbagai set hadiah bertemakan madu yang direka anggun dan juga produk penjagaan peribadi seperti sabun madu, pelitup muka dan juga cenderahati lain. Tengok pada produk-produk diorang, memang sesuai sangat kalau nak buat hadiah atau buah tangan kalau pergi ziarah keluarga atau kawan-kawan

Honey GiftSemasa majlis pelancaran media hari tu, pengasas dan pemilik bersama Jungle House, Encik Paul Poh dan Cik Ashley Lam ada memperkenalkan hidangan terbaharu dalam menu, iaitu “Honey-misu” – sejenis manisan yang sihat yang sangat sedap, selain madu-madu terkenalnya – Royal Black & Royal White dan Signature Honey Variety

Honey-misuUntuk pengetahuan korang, Jungle House mempunyai lebih daripada 10 jenis madu asli, monofloral, mentah, tulen, tanpa sebarang perisa tiruan termasuk Royal Black (nektar iaitu madu bunga yang diekstrak daripada pokok Mahoni), Royal White (nektar bunga Kiawe), Jungle’s Heart (nektar bunga Strawberi), Yellow Love (nektar bunga Linden), Sweettooth (nektar bunga mangga), Jungle’s Eye (nektar bunga longan), Pink Lady (nektar bunga kapas), Roast Cube (nektar bunga kopi), Citrus Bloom (nektar bunga oren) & Fruit Boss (nektar bunga durian)

“Kami menawarkan produk madu biasa dan juga madu hutan liar premium kepekatan tinggi seperti Royal Black dan Royal White yang sangat jarang ditemui dan mengandungi khasiat perubatan tinggi yang memberikan manfaat kesihatan. Sesungguhnya setiap titisan madu amat berharga dan jarang ditemui kerana bekalan rendah daripada hutan liar dan tidak diperolehi dari ladang. Oleh yang demikian, kita perlu memulihara koloni madu supaya ekosistem dan juga perniagaan adalah lestari,” jelas Paul.Selain di Bangsar ni, Jungle House juga mempunyai beberapa cawangan lain di Pusat Beli-Belah One Utama, Mid Valley Mega Mall, Pavilion Elite, Central I-City, D Pulses, IOI City Mall, & Queensway Mall, dan hanya menawarkan produk runcit

Gunakan kod promo "MAWARDI20" untuk diskaun sebanyak 20%, sah sehingga 31 Ogos 2022. Untuk maklumat lanjut tentang Jungle House atau memesan produk madu di dalam talian, sila layari laman web: www.junglehouse.com.my dan FB & IG : https://www.facebook.com/JungleHouseMY/ & www.instagram.com/junglehousemy/ atau hubungi +6012 203 0317


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2022/06/cafe-makanan-berasaskan-madu-jungle.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jugle House Membawakan Khasiat Madu Dalam Produk Kesihatan Makanan Dan Minuman

Jugle House Membawakan Khasiat Madu Dalam Produk Kesihatan Makanan Dan Minuman

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 300 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Kita tahu memang banyak makanan sunnah yang sering diceritakan dan boleh search kat mana mana antara makanan sunnah yang baik untuk d...
Cafe Tersorok Tepi Sungai Di Jeli Kelantan Miena Cafe Hidang Pelbagai Jenis Makanan

Cafe Tersorok Tepi Sungai Di Jeli Kelantan Miena Cafe Hidang Pelbagai Jenis Makanan

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 641 hits
Cafe Tersorok di Jeli Kelantan Miena Cafe Hidang pelbagai Jenis Makanan Kalau korang nak tahu Miena Cafe berada di tepi jalan menuju ke bandar jeli berdekatan dengan MRSM Jeli dan Universiti Malaysia Kelantan tapi aku tak pernah nampak seba...
Makanan Laut Berasaskan Tumbuhan Yang Berkualiti Hanya Dari Pacific West Foods

Makanan Laut Berasaskan Tumbuhan Yang Berkualiti Hanya Dari Pacific West Foods

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 180 hits
Lebih dari dua dekad produk makanan dari Pacific West dikenali ramai di pasaran yang menghasilkan produk berkualiti dan inovatif Produk Pacific West boleh di dapati di lebih 28 negara seluruh dunia seperti kedai runcit kedai barangan makana...
Jungle House Lancar Outlet Ke 9 Dengan Konsep Kafe

Jungle House Lancar Outlet Ke 9 Dengan Konsep Kafe

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 213 hits
Jungle House Lancar Outlet Ke 9 Dengan Konsep Kafe Assalamualaikum semua Madu ada yang manis dan ada yang pahit Eh ni bukan cerita madu dalam perkahwinan tu tau Ni cerita pasal madu dari lebah tu Ye sis pun baru tau rupanya memang wujud mad...
Kedai Makanan Korea Cu Di Brinchang Cameron Highlands

Kedai Makanan Korea Cu Di Brinchang Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 412 hits
Pusat beli belah Cameron Centrum Brinchangkedai makanan korea CUKat brinchang Cameron Highland ada satu pasaraya Cameron Centrum yang ada banyak gerai gerai jualan dan pasaraya Kat sini juga aku jumpa kedai CU yang jual makan korea makcik m...
Video Gelagat Kucing Minta Makanan Buat Ramai Terhibur

Video Gelagat Kucing Minta Makanan Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 210 hits
Tak dinafikan ramai yang suka membela kucing di rumah kerana kecomelan mereka ini Namun ada kalanya kucing sering melakukan perkara perkara di luar jangkaan dan memeningkan kepala pemilik mereka Haiwan kesayangan seperti kucing ini sudah te...
P Pinang Sedia Pertimbang Tanaman Jagung Untuk Makanan Ayam Di Tanah Tol

P Pinang Sedia Pertimbang Tanaman Jagung Untuk Makanan Ayam Di Tanah Tol

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 194 hits
May 24 2022 Penanaman bijirin atau jagung untuk makanan ayam berskala besar tidak sesuai di Pulau Pinang yang mempunyai keluasan tanah yang kecil kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang bersedia mempe...
5 Makanan Yang Boleh Mengundang Sakit Kepala Dan Migrain

5 Makanan Yang Boleh Mengundang Sakit Kepala Dan Migrain

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 467 hits
Korang selalu tak diserang sakit kepala Kadang kadang tetiba jer munculnya Sakit kepala berbeza dengan migrain Selalunya sakit kepala berlaku disebabkan stress dan rasa sakit di belah kanan dan kiri kepala tetapi tidak disertai rasa mual mu...
Makan Di Rumah Makanan Pak Long Lunas Kulim Kedah

Makan Di Rumah Makanan Pak Long Lunas Kulim Kedah

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 427 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBeberapa hari selepas hari raya mungkin raya ke 6 atau ke 7 aku bersama keluarga ke pusat beli belah terbesar di daerah Kulim iaitu Kulim Central Tujuan utamanya adalah untuk membuat cermin mata baru mak a...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik