Makan Di Rumah Makanan Pak Long Lunas Kulim Kedah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beberapa hari selepas hari raya, mungkin raya ke 6 atau ke 7, aku bersama keluarga ke pusat beli belah terbesar di daerah Kulim iaitu Kulim Central. Tujuan utamanya adalah untuk membuat cermin mata baru mak aku yang patah. Okay, seperti biasa memang ramai orang di pusat beli belah itu

Dah selesai urusan cermin mata tersebut, selepas maghrib kami sekeluarga ke arah Lunas untuk makan malam. Sebenarnya mereka pernah makan di restoran ini sebelum ini tanpa aku. Baiklah, restoran yang aku nak ceritakan dalam artikel santai kali ini adalah dikenali sebagai Rumah Makanan Pak Long

MAKAN DI RUMAH MAKANAN PAK LONG, LUNAS, KEDAH

Dari jauh memang dah nampak restoran ini yang memanjang dan meriah dengan lampu berwarna hijau serta papan tandanya yang jelas dengan tulisan. Anda boleh lihat sendiri melalui papan tanda dibahagian atas tertulis makanan apa yang menjadi keutamaan disini. 
"Mee Udang, Kari Semilang, Ikan Bakar, Western Food, Satay"
"Kari Kepala Ikan, Ikan Bakar, Mee Udang dan Ketam"
"Ikan Bakar Sambal Petai dan Sambal Biasa"
Aku berpendapat menu yang tertera pada papan tanda merupakan signature bagi pelanggan yang selalu makan di sini. Kalau ikutkan hati sebenarnya macam-macam jenis menu yang aku nak makan dan cuba tetapi disebabkan perut tidaklah lapar sangat serta makan disini untuk santai-santai sahaja, jadi kami memilih menu yang sangat minimum tetapi masih mengenyangkan

Menanti makanan siap dimasak
Sementara menunggu makanan siap dimasak, aku sempatlah bergambar dan berborak bersama keluarga tentang isu semasa, hiburan dan pelbagai lagi. Macam yang aku beritahu di atas, mood beraya masih kuat dimana sanak saudara yang berada di kota pulang ke kampung. Bermakna memang ramai manusia di daerah Kulim ini termasuklah direstoran ini juga

Ketika kami tiba di restoran ini, meja di bahagian dalam restoran sudah penuh. Penuh dengan pelanggan dan juga ada meja yang sudah ditempah. Jadi, kami memilih untuk makan dibahagian luar, dibawah langit malam dengan kerdipan bintang yang jauhnya tidak terkira

Menunggu makanan yang agak lambat sampai.
Disebabkan pelanggan yang sememangnya makin ramai, itu tidak termasuk yang sudah menempah meja dan sebagainya, makanan sampai agak lambat. Tapi tak mengapa sebab aku faham akan situasi itu. Untuk aku walaupun makanan lambat sampai, minuman perlulah datang awal untuk membasahkan tekak dan sebagainya

Selang beberapa minit kemudian, titisan air hujan mula membasahi secara perlahan-lahan. Pelanggan yang berada di luar mula risau termasuklah aku dan keluarga. Alhamdulillah, nasib baik ada ruang kosong dibawah bumbung dimana kami dapat berteduh daripada hujan yang semakin lebat. Ada mereka yang tidak dapat tempat duduk dan pulang dengan hampa


CERITA TENTANG MAKANANMacam banyak pula merepek, jadi aku teruskan dengan bercerita tentang makanan. 

Berikut adalah harga bagi makanan laut yang anda boleh pilih direstoran ini. Mak aku pula memilih untuk makan ikan siakap bakar yang perlu ditimbang. Ikan siakap bakar sambal itu merupakan menu utama manakala menu-menu lain adalah seperti telur dadar, kailan ikan masin, sambal belacan dan nasi putih. Simple bukan

Sebenarnya bagi aku makanan sebegini pun dah cukup mengenyangkan. Boleh sahaja kalau nak tambah macam daging masak merah, sotong goreng tepung dan pelbagai lagi, cuma ini adalah pilihan mak aku sendiri. Berjimat cermat katanya. 😅
Telur Dadar
Telur dadar ini macam biasa yang anda boleh dapat dimana-mana restoran makanan siam. Aku tak tahu nak ulas macam mana lagi pasal telur dadar ini. ✌

Kailan Ikan Masin
Kailan ikan masin pun antara yang wajib dipesan kalau makan macam ini direstoran makanan siam. Tetapi untuk kailan ikan masin yang kami terima ini, aku rasa macam ada sesuatu yang kurang. Tapi aku tak pasti apa yang kurang cuma rasanya sangat berbeza berbanding kailan ikan masin di tempat-tempat lain. Mungkin tukang masaknya baru pertama kali menghasilkan menu ini.😅

Ikan bakar sambalnya pula bagi aku memang terbaik. Maaf gambar penuh tiada sebab ada orang yang dah cungkil isinya sebelum sempat aku mengambil gambarnya. Tapi  anda boleh lihat bagaimana isinya dengan sambalnya dibalut dengan daun pisang dan bilamana dibuka sahaja memang harum semerbak

Untuk menu ini memang aku berpuas hati terutamanya dengan sambalnya. Sebenarnya ada dua jenis sambal iaitu sambal biasa dan sambal petai tetapi disebabkan aku dan adik beradik kurang makan petai jadi pilihannya adalah sambal biasa sahaja

KESIMPULANNYA , pengalaman makan di Rumah Makanan Pak Long ini bagi aku berpuas hati. Berpuas hati dengan suasan di restorannya terutama dibahagian terbuka dengan langit malam, cuma cuaca yang agak tidak mengizinkan. Berpuas hati dengan ikan bakar sambalnya yang sangat menyelerakan sehinggakan sambalnya habis dimakan. 
Cuma yang agak kurang dan mungkin boleh ditambah baik adalah pada menu kailan ikan masin. Untuk tempoh masa yang agak lama menunggu mungkin disebabkan musim perayaan. In shaa Allah kalau ada kesempatan untuk makan disini dilain kali aku akan cuba makanan lain pula.✌
 RUMAH MAKANAN PAK LONG 

Lokasi : Jalan Cekur Manis, Taman Cekur Manis, 09600 Lunas, KedahWaktu Operasi : Setiap Hari (Kecuali Rabu) 4 Petang -12 Tengah Malam
SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/05/makan-di-rumah-makanan-pak-long-lunas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Durian Tembaga Siam D15 Di Baling Kedah

Makan Durian Tembaga Siam D15 Di Baling Kedah

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 350 hits
Mood mama masih di lautan sana Tapi harini mama nak cerita yang mama ada Makan Durian Tembaga Siam D15 Di Baling Kedah bulan lepas Sebenarnya mama tak teringin nak makan durian sebab masa ni tengah hari cuaca pula panas tapi en hubby yang t...
Lepas Makan Di Rumah Terbuka Jangan Lupa Baca Ini

Lepas Makan Di Rumah Terbuka Jangan Lupa Baca Ini

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 198 hits
Koleksi HADITH SHAHIH DOA TAMU KEPADA TUAN RUMAH YANG MENGHIDANGKAN MAKANAN Terjemahan Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Al Mutsanna Al Anazi Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja far Telah menceritakan kepada kami Syu bah d...
Tak Nak Diet Hancus Lepas Makan Makanan Berminyak Try Tips Nie

Tak Nak Diet Hancus Lepas Makan Makanan Berminyak Try Tips Nie

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 221 hits
Ada tak yang tengah diet biarpun sana sini penuh dengan open house Namapun open house memang rugilah kalau tak menjamah setiap makanan yang ada Tak kira makanan berminyak ataupun berkalori tinggi makan tetap makan Bukan tak tahu makanan kay...
Ramai Simpati Pak Cik Tunjuk Rumah Usang Sekali Terkejut Tengok Luar Setinggan Dalam Macam Hotel

Ramai Simpati Pak Cik Tunjuk Rumah Usang Sekali Terkejut Tengok Luar Setinggan Dalam Macam Hotel

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 273 hits
Tidak dinafikan yang ramai suka menghakimi seseorang tanpa mengenali diri mereka terlebih dahulu Pepatah lama iaitu dont judge book by its cover itu selalu digunakan apabila kita hendak memberitahu supaya jangan tengok luaran sahaja tetapi ...
Nikmati Menu Makanan Jepun Di Rumah Dengan Rangkaian Kanika Frozen Food

Nikmati Menu Makanan Jepun Di Rumah Dengan Rangkaian Kanika Frozen Food

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 286 hits
Kak ana percaya ramai di kalangan kita ni penggemar menu makanan Jepun Dah jadi trend sekarang ni kan anak anak muda menggemari menu makanan Jepun dan untuk kak ana sendiri pun anak anak antara penggemar sushi Menu makanan Jepun ni kebanyak...
Ini 4 Jenis Idea Makanan Anak Hfmd Yang Tak Mahu Makan Minum Susu

Ini 4 Jenis Idea Makanan Anak Hfmd Yang Tak Mahu Makan Minum Susu

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 200 hits
Anak yang mengalami HFMD akan berasa tak selesa dan serba tak kena Tambah pula dalam mulut ada ulcer yang menganggu selera makan Apa yang dibimbangkan HFMD ini mudah berjangkit pada anak anak yang lain Apabila anak dijangkiti HFMD semestiny...
Hello Ph Dah Bersedia Ke Belum Pak Long Mail Nak Tiup Semboyan Sangkakala Dia Kata Sesaat Pun Tak Mau Tunggu Dah

Hello Ph Dah Bersedia Ke Belum Pak Long Mail Nak Tiup Semboyan Sangkakala Dia Kata Sesaat Pun Tak Mau Tunggu Dah

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 197 hits
PRU15 bila bila masa dari sekarang PM seru BN bersediaHasimi MuhamadJun 1 2022 16 21 MYTPerdana Menteri berkata martabat BN perlu diangkat semula sebagai wadah politik yang berupaya mengembalikan kegemilangan negara dan bangsa Gambar Astro ...
Kesian Tuan Rumah Sepetang Tunggu Tak Seorang Pun Tetamu Datang Open House Akhirnya Tong Sampah Makan Mi Rebus

Kesian Tuan Rumah Sepetang Tunggu Tak Seorang Pun Tetamu Datang Open House Akhirnya Tong Sampah Makan Mi Rebus

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 214 hits
TUNGGU tunggu tapi tak kunjung tiba Begitulah situasi yang dihadapi keluarga ini apabila majlis rumah terbuka yang dianjurkan mereka pada Ahad sepi tanpa kehadiran tetamu Menurut Nur Syiratul Jihan 22 dia sed1h melihat situasi itu memandang...
Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm