Jpj Yang Uji Pemandu Bukan Kami Kata Institut Memandu



JPJ yang uji pemandu, bukan kami, kata institut memandu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima kecaman kerana bercadang menghukum institut memandu atas kesalahan lalu lintas dan nahas jalan raya yang disebabkan bekas pelajar mereka.
Pengarah Operasi Safety Driving Centre CT Balan berkata, JPJ tidak berhak berbuat demikian kerana pegawainya sendiri adalah penilai akhir pelajar.
Baru-baru ini, JPJ mengumumkan ia merancang untuk menggantung atau membatalkan permit institut memandu di mana ramai pesalah trafik menamatkan latihan.
Ketua Pengarah JPJ Zailani Hashim berkata, kod akan diletakkan di lesen memandu bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan di mana pesalah itu menerima latihan pemanduan.
Balan berkata, tindakan JPJ menghukum institut memandu yang mematuhi sukatan pelajaran dan garis panduan yang disediakan jabatan itu adalah salah.
“Bagaimana JPJ boleh hukum institut memandu apabila kami ikut sukatan pelajarannya?
“Malah, penilai terakhir yang memeriksa kecekapan pemandu dan pematuhan kepada semua peraturan jalan raya adalah daripada JPJ sendiri,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, JPJ dan pihak berkuasa lain berkaitan harus menumpukan pada penambahbaikan penguatkuasaan, bukan menyalahkan institut memandu atas bilangan nahas dan kesalahan jalan raya yang tinggi.
“Penguatkuasaan sangat longgar dan pesalah jalan raya dengan mudah terlepas dengan hukuman ringan atau tiada langsung,” katanya.
“Pihak berkuasa mesti lebih tegas dan konsisten dalam menguatkuasakan undang-undang.”
Antara Jan dan Sept 2021, sebanyak 255,532 nahas jalan raya dan 3,302 kematian akibatnya dilaporkan.
Balan berkata, JPJ harus menangani jumlah nahas dan kesalahan jalan raya yang tinggi dengan memperkenalkan kursus pemanduan defensif mandatori bagi semua pemandu selepas tempoh lesen percubaan selama dua tahun.
“Jika pemandu dikehendaki kembali untuk mengambil kursus pemanduan defensif, mereka boleh menyegarkan ilmu tentang peraturan jalan raya dan berasa lebih yakin ketika mengendalikan kenderaan dan mengenai pengetahuan tentang keselamatan jalan raya,” katanya.
Law Teik Hua, yang mengetuai Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, bersetuju bahawa langkah JPJ untuk menghukum institut memandu tidak adil.
Beliau berkata, langkah sedia ada untuk menangani isu itu perlu dilaksanakan dengan lebih baik.
“Kita perlu fikir mengenai Sistem Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA), yang masih wujud tetapi nampaknya tidak berkesan,” katanya.
“Alatnya wujud. Mengapa tidak memperbaikinya dan menampakkannya kepada orang ramai?” FMT
JPJ yang uji pemandu, bukan kami, kata institut memandu
Baca Artikel Menarik :
Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery Fitnah PM: SetPol buat laporan polis Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’ Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu? Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’? Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

The post JPJ yang uji pemandu, bukan kami, kata institut memandu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/01/jpj-yang-uji-pemandu-bukan-kami-kata-institut-memandu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ugutan Untuk Batal Permit Institut Memandu Pendapat Kp Jpj Bukannya Dasar Kementerian

Ugutan Untuk Batal Permit Institut Memandu Pendapat Kp Jpj Bukannya Dasar Kementerian

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR Ugutan untuk menghukum atau membatalkan permit institut memandu bagi kesalahan lalu lintas yang dilakukan bekas pelajar mereka adalah sekadar pendapat Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan kata Menteri Pengangkutan Wee Ka S...
Shafee Berniat Lengahkan Saman Tuntut Tunggakan Cukai Rm9 41 Juta Kata Lhdn

Shafee Berniat Lengahkan Saman Tuntut Tunggakan Cukai Rm9 41 Juta Kata Lhdn

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 201 hits
BERNAMALHDN juga mendakwa peguam Muhammad Shafee Abdullah telah menyalahgunakan proses mahkamah dalam afidavit yang difailkan 26 Januari lalu Peguam Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober lalu Gambar Bernama Lembaga Hasil Dalam ...
Gst Lebih Baik Untuk Tangani Hutang Isi Rumah Yang Tinggi Kata Pakar Ekonomi

Gst Lebih Baik Untuk Tangani Hutang Isi Rumah Yang Tinggi Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 260 hits
Pelaksanaan GST berlapis akan meringankan beban golongan berpendapatan rendah kata ahli ekonomi Carmelo Ferlito PETALING JAYA Cukai barangan dan perkhidmatan yang dilaksanakan dengan baik boleh menghalang perbelanjaan tidak perlu yang memba...
Kata Kata Buruk Itu Akan Berbalik Pada Awak Yoo Jaesuk Ulas Tentang Komen Jahat

Kata Kata Buruk Itu Akan Berbalik Pada Awak Yoo Jaesuk Ulas Tentang Komen Jahat

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 241 hits
Pada 27 Januari rancangan variasi MBC Hangout with Yoo telah membuat siaran langsung di YouTube Pada siaran langsung itu Yoo Jae suk pada awalnya bertanya kepada ahli tentang aktiviti yang akan mereka lakukan semasa cuti Jung Joon ha menjaw...
Tiada Keperluan Pindah Orang Asli Terkesan Ancaman Harimau Kata Tmb Kelantan

Tiada Keperluan Pindah Orang Asli Terkesan Ancaman Harimau Kata Tmb Kelantan

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 230 hits
BERNAMA Menurut Mohd Amar berdasarkan pengalaman sebelum ini kebanyakan Orang Asli tidak mahu pindah ke tempat lain kerana mahu kekal di kampung mereka Harimau Malaya dianggarkan kurang dari 200 ekor kini dimasukkan ke dalam senarai merah I...
Isu Pelantikan Mb Jangan Langkau Kuasa Sultan Kata Maszlee

Isu Pelantikan Mb Jangan Langkau Kuasa Sultan Kata Maszlee

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 175 hits
Maszlee Malik tidak mengetahui khabar angin beliau akan bertanding di DUN Layang layang pada PRN Johor nanti PETALING JAYA Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik tidak mahu pihak tertentu melangkaui kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Is...
Itulah Dia Anwar Yang Di Kata Tidak Relevan Yang Di Kata Gila Nak Jadi Pm

Itulah Dia Anwar Yang Di Kata Tidak Relevan Yang Di Kata Gila Nak Jadi Pm

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 209 hits
MMMSItulah dia Anwar yang di kata tidak relevan yang di kata gila nak jadi PM Tapi masa berkuasapun dia masih menjaga amanah rakyat dan berprinsip selama 22 tahun walaupun yang minta itu kawan kawan Tak ada dengar pun anak beranak Anwar yan...
Khaled Tak Tanding Kerana Takut Kalah Tapi Kata Bersatu Tak Kuat

Khaled Tak Tanding Kerana Takut Kalah Tapi Kata Bersatu Tak Kuat

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 276 hits
agendaily com29 1 2022Khaled Nordin yang layak bertanding pada PRN Johor atas kapasiti Naib Presiden UMNO tidak mahu merampas kembali kerusi DUN Permas kerana mengetahui rakyat tidak lagi mahu menerimanya dan golongan muda juga bosan dengan...
Kah Kah Sebenarnya Dua Dua Parti Penipu Melayu Pas Kata Umno Umno Kata Pas Dua Dua Hampas

Kah Kah Sebenarnya Dua Dua Parti Penipu Melayu Pas Kata Umno Umno Kata Pas Dua Dua Hampas

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 201 hits
Rundingan kerusi PRN Johor Pas kata Umno menipuJanuary 27 2022 PAS berpendapat sebarang dakwaan daripada parti lain mengenai rundingan pembahagian kerusi melibatkan mereka di Johor adalah suatu pembohongan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Mu...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Monday Morning

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust

Zlenir Headquarter A Bold Vision By Urbanjobs For Contemporary Office Spaces

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt