Shafee Berniat Lengahkan Saman Tuntut Tunggakan Cukai Rm9 41 Juta Kata Lhdn


 BERNAMA
LHDN juga mendakwa peguam Muhammad Shafee Abdullah telah menyalahgunakan proses mahkamah dalam afidavit yang difailkan 26 Januari lalu.

Peguam Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober lalu. Gambar: Bernama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memohon Mahkamah Tinggi menolak permohonan peguam Muhammad Shafee Abdullah untuk menggantung prosiding kes saman berhubung tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta, atas alasan peguam itu sememangnya berniat untuk melengah-lengahkan tuntutan saman berkenaan.
Perkara itu dinyatakan di dalam afidavit jawapan yang diikrarkan oleh Ketua Penolong Pengarah di Unit Kawalan, LHDN Shamsul Effendi Khamis, yang diperoleh pihak media menerusi carian sistem mahkamah.
LHDN yang memfailkan afidavit itu pada 26 Januari lepas bagi pihak kerajaan Malaysia selaku plaintif mendakwa Shafee juga telah menyalahgunakan proses mahkamah.
“Sekiranya perkara ini berlaku (penggantungan prosiding dibenarkan) hak plaintif dan rakyat Malaysia akan dinafikan serta diprejudiskan secara serius.
“Ini adalah kerana kerajaan memerlukan hasil yang secukupnya untuk pembangunan dan kelancaran pentadbiran negara selain untuk menjaga kebajikan rakyat serta menangani impak pandemik Covid-19 yang menyebabkan krisis kesihatan dan ketidaktentuan ekonomi kepada negara,” menurut Shamsul dalam afidavit berkenaan.
Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Noordura Mohamed Din secara dalam talian pada 16 Februari ini.
Pada 3 November tahun lepas, Shafee memfailkan permohonan untuk menggantung prosiding kes saman itu sementara menunggu pelupusan rayuannya di Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan Malaysia, antara lain atas alasan wujud keadaan istimewa untuk menggantung prosiding berkenaan.
Peguam itu berkata permohonan itu juga difailkan sementara menunggu permohonan Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin untuk mendapatkan kebenaran merayu berhubung pembayaran cukai pendapatan masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN didengar di Mahkamah Persekutuan pada 16 Februari ini.
Pada 27 September 2021, LHDN memohon supaya kes saman terhadap Shafee diputuskan melalui penghakiman terus iaitu mahkamah memutuskan kes melalui afidavit dan hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan. Permohonan itu masih belum didengar mahkamah.
LHDN memfailkan saman itu pada 6 Mei 2021 mendakwa sehingga kini, peguam tersebut masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan yang dikenakan.
Shafee yang merupakan peguam Najib dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib serta dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/shafee-berniat-lengahkan-saman-tuntut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Zuraida Kena Saman Keadilan Rm10 Juta Bermula 29 Mac

Kes Zuraida Kena Saman Keadilan Rm10 Juta Bermula 29 Mac

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 211 hits
Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR 31 Jan Kes saman KEADILAN sebanyak RM10 juta terhadap bekas naib presidennya Zuraida Kamaruddin kerana meninggalkan parti itu ditetapkan untuk perbicaraan mahkamah selama dua hari mulai 29 Mac ini Peguam KE...
Bung Tak Minta Komisen Rm3 5 Juta Supaya Felcra Buat Pelaburan Kata Saksi

Bung Tak Minta Komisen Rm3 5 Juta Supaya Felcra Buat Pelaburan Kata Saksi

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 295 hits
Pada 3 Mei 2019 Bung Moktar Radin mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2 2 juta dan RM262 500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual...
Menjadi Hak Bekas Hakim Kemuka Saman Terhadap Kerajaan Kata Wan Junaidi

Menjadi Hak Bekas Hakim Kemuka Saman Terhadap Kerajaan Kata Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 343 hits
Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan akan menyerahkan perkara terbabit kepada Pejabat Peguam Negara selepas saman dikemukakan oleh bekas hakim termasuk tujuh balu dan tanggungan mereka diterima PETALING JAYA Menjadi hak kumpulan hakim...
Dakwa Difitnah Lokman Adam Ketua Pengarah Syariah Saman Rm30 Juta

Dakwa Difitnah Lokman Adam Ketua Pengarah Syariah Saman Rm30 Juta

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 271 hits
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam disaman sebanyak RM30 juta susulan fitnahnya berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seseorang yang bergelar Datin Tuntutan saman tersebut dibuat Ketua Pen...
Hiburan Harga Boleh Kurang Sajat Lelong Banglo Rm9 5 Juta

Hiburan Harga Boleh Kurang Sajat Lelong Banglo Rm9 5 Juta

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 377 hits
Usahawan kosmetik yang kini menetap di Australia memaklumkan bahawa dia berhasrat untuk melelong banglo mewah miliknya yang terletak di Kota Damansara pada harga RM 9 5 juta Perkara tersebut dimaklumkan Sajat menerusi sebuah hantaran di Ins...
Rm150 Juta Buat Prn Johor Lagi Bazir Biar Kerajaan Tak Stabil Terus Tadbir Kata Puad

Rm150 Juta Buat Prn Johor Lagi Bazir Biar Kerajaan Tak Stabil Terus Tadbir Kata Puad

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 354 hits
Persoalan mengenai keperluan mengadakan pilihan raya negeri tidak lagi relevan kerana Dewan Undangan Negeri Johor sudah dibubarkan menurut Mohd Puad Zarkashi PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi menafikan peruntukan ...
Abu Syafiq Mahu Saman Balas Kj Rm500 Juta

Abu Syafiq Mahu Saman Balas Kj Rm500 Juta

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 223 hits
FMT ReportersMohd Rasyiq Mohd Alwi menerusi hantaran di Instagramnya hari ini mahu menyaman balas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebanyak RM500 juta PETALING JAYA Pendakwah bebas Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau lebih dikenali sebagai Abu Sy...
Sedekah Duit Kemenangan Saman Fitnah Rm1 Juta Kepada Anak Yatim Masjid

Sedekah Duit Kemenangan Saman Fitnah Rm1 Juta Kepada Anak Yatim Masjid

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 266 hits
Oleh ROSLIZA MOHAMED DR Mohd Hannan Mohd Yusof menunjukkan dokumen berkaitan saman fitnah terhadap bekas pekerjanya di Kota Bharu hari ini UTUSAN ROSLIZA MOHAMEDKOTA BHARU Sebuah pusat kecantikan Hannan Medispa Sdn Bhd merancang menyalurkan...
Kos Rm150 Juta Buat Prn Johor Bukan Satu Pembaziran Kata Ahli Mt Umno

Kos Rm150 Juta Buat Prn Johor Bukan Satu Pembaziran Kata Ahli Mt Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 459 hits
AGENDA DAILY Datuk Mohd Puad Zarkashi Belanja RM150 juta yang bakal digunakan untuk menampung kos mengadakan Pilihan Raya Negeri Johor bukan satu pembaziran kata seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi Malah Puad tidak meliha...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Namplawan Dan Colek Garam Thai Sedap

Tak Perlu Banyak Bahan Resipi Ayam Rebus Ni Memang Sedap Mudah

Dari Mana Asalnya Air Kelapa