Gst Lebih Baik Untuk Tangani Hutang Isi Rumah Yang Tinggi Kata Pakar Ekonomi


Danial AzharPelaksanaan GST berlapis akan meringankan beban golongan berpendapatan rendah, kata ahli ekonomi Carmelo Ferlito. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan dengan baik boleh menghalang perbelanjaan tidak perlu yang membawa kepada hutang, kata seorang ahli ekonomi.
Carmelo Ferlito daripada Pusat Pendidikan Pasaran berkata, beliau menyokong GST diperkenalkan semula sebagai sebahagian daripada reformasi cukai yang lebih holistik untuk membantu menangani hutang isi rumah yang tinggi.
“GST adalah cukai penggunaan. Oleh itu, ia cenderung tidak menggalakkan penggunaan dan mendorong penjimatan,” katanya
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini bahawa terdapat kemungkinan GST dikembalikan disebabkan kelemahan dalam sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.
Carmelo Ferlito.Ferlito berkata, jika pengguna terpaksa membayar cukai ke atas harga asas bagi barangan dan perkhidmatan, mereka akan lebih prihatin mengenai tabiat berbelanja mereka.
“Ini penting memandangkan Malaysia adalah negara yang mempunyai nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi di Asia,” katanya.
Nisbah hutang kepada KDNK digunakan untuk menentukan kesihatan ekonomi sesebuah negara. Semakin tinggi nisbahnya, semakin besar hutang sesebuah negara berbanding dengan jumlah keluaran ekonominya.
Hutang isi rumah Malaysia kepada KDNK berada pada kadar 89.6%.
Untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah, Ferlito mencadangkan pelaksanaan GST secara berlapis.
“Sebagai contoh, 0% untuk barangan asas seperti beras, 3% untuk barangan biasa dan 6% untuk barangan mewah,” katanya.
Tambahnya, golongan berpendapatan rendah boleh mengurus kewangan mereka dengan lebih baik jika mereka tidak perlu membayar cukai untuk keperluan asas harian.
Tengku Zafrul sebelum ini menyatakan bahawa banyak ketirisan berlaku selepas sistem SST diperkenalkan pada 2018 sekali gus menyukarkan usaha kerajaan untuk mengesan mereka yang cuba mengelak cukai.
Mengulas isu sama, Barjoyai Bardai daripada Universiti Tun Abdul Razak berkata, GST akan membolehkan pemantauan dan pencegahan pengelakan cukai yang lebih baik.
“Terbukti apabila kita ada GST, kita ada rekod yang baik mengenai sektor swasta dan keseluruhan aktiviti sektor runcit.
“Kita dapat memantau prestasi sektor tersebut serta menentukan sama ada cukai dibayar atau tidak,” katanya.
Beliau berkata, jika GST tidak dikembalikan, SST perlu disusun semula secara berperingkat.
Terdapat gesaan daripada ahli ekonomi dan ahli politik tertentu supaya kerajaan memperkenalkan semula GST di tengah-tengah kebimbangan bahawa nisbah hutang kepada KDNK Malaysia akan meningkat tanpa aliran masuk yang stabil dan aliran keluar perbelanjaan kerajaan yang tinggi.
GST 6% diperkenalkan pada 2015 tetapi dimansuhkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan digantikan dengan sistem SST pada 2018

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/gst-lebih-baik-untuk-tangani-hutang-isi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lebih Baik Putus Vellinchu

Lirik Lebih Baik Putus Vellinchu

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 284 hits
kasih kini tiba waktunyakuharus melepaskan kamukarena kita sudah tak bisamengarungi hidup bersamadan jangan lagi cari akukutak bisa menemui muanggap bagai bingkisan kalbukisah kita telah berlalulebih baik putus dari pada terus nanti sakit h...
Kes Hilang Kerja Tahun 2020 Lebih Tinggi Berbanding 2019

Kes Hilang Kerja Tahun 2020 Lebih Tinggi Berbanding 2019

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 369 hits
Tahun 2020 mencatatkan jumlah kes kehilangan pekerjaan yang tinggi berbanding tahun 2019 Antara sebab utama kes kehilangan pekerjaan adalah penutupan operasi syarikat VSS MSS dan juga faktor kewangan syarikat Jika anda salah seorang daripad...
Lebih Baik Barisan Dan Perikatan Bercerai Sajalah

Lebih Baik Barisan Dan Perikatan Bercerai Sajalah

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 252 hits
Nampak sangat yang Umno tidak lagi boleh berkawan dengan Perikatan Nasional Jadi lebih baik bercerai saja daripada kutuk mengutuk kata mengata dan cabar mencabar tiap tiap hari tak habis habis
Lebih Rm300 Bilion Diperlukan Bagi Selesaikan Fenomena Banjir Kata Menteri

Lebih Rm300 Bilion Diperlukan Bagi Selesaikan Fenomena Banjir Kata Menteri

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 174 hits
BERNAMA Kos itu termasuk projek pembangunan infrastruktur air seperti tebatan banjir pembinaan benteng ban dan pencegahan hakisan pantai Suasana banjir di Balakong bulan lalu Beberapa negeri terjejas akibat banjir yang bermula 18 Disember l...
Serangan Jantung Tak Kira Usia Berkait Gaya Hidup Dan Pemakanan Kata Pakar

Serangan Jantung Tak Kira Usia Berkait Gaya Hidup Dan Pemakanan Kata Pakar

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 197 hits
Seorang pakar kesihatan berkata golongan muda lingkungan umur bawah 40 tahun juga kini sudah menghidapi penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi kolestrol dan kencing manis PETALING JAYA Seorang pakar kesihatan mengakui statistik golongan...
Beli Barang Eletrik Secara Online Lebih Baik Dari Beli Di Kedai Barang Letrik

Beli Barang Eletrik Secara Online Lebih Baik Dari Beli Di Kedai Barang Letrik

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 264 hits
Selama ini bila nak beli barangan eletrik hanya perlu pergi keKedai barangan eletrik seperti Seng Heng atau apa saja kedai berhampiran kawasan rumah Beli di pasaraya membeli belah macam Giant atau AEONSekarang kedua dua perniagaan di atas d...
Pengguna Cimb Dakwa Akaun Bank Ada Masalah Terpaksa Bayar Hutang Tak Wujud Lebih Rm28k

Pengguna Cimb Dakwa Akaun Bank Ada Masalah Terpaksa Bayar Hutang Tak Wujud Lebih Rm28k

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 350 hits
Pengguna CIMB Dakwa Akaun Bank Ada Masalah Terpaksa Bayar Hutang Tak Wujud Lebih RM28K Menurut NST CIMB memaklumkan terdapat masalah pemprosesan pada sistem perbankan mereka sehingga menyebabkan beberapa akaun pengguna dibekukan BY JANUARY ...
Lebih Baik Umno Solo Selepas Ditikam Bersatu Puad Kesal Pas Dah Hanyut

Lebih Baik Umno Solo Selepas Ditikam Bersatu Puad Kesal Pas Dah Hanyut

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 218 hits
Puad Zarkashi berkata PAS nampaknya tidak peduli Bersatu menikam belakang Umno seperti yang berlaku di Sabah PETALING JAYA Lebih baik Umno bergerak solo daripada bersama Perikatan Nasional kerana tiada kejujuran politik dalam gabungan itu A...
Ambilan 10 000 Pembantu Rumah Indonesia Pertengahan Feb Kata Menteri

Ambilan 10 000 Pembantu Rumah Indonesia Pertengahan Feb Kata Menteri

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 288 hits
Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata isu berhubung struktur kos pengambilan akan dikaji setiap enam bulan bagi memastikan ia seiring dengan perkembangan semasa mengambil kira antaranya seperti kos penerbangan dan kuarantin PETALING JA...
Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Tidak Semua Perlu Ditanggapi Bedakan Antara Taghaful Dan Tajahul

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Resepi Sup Bayam Dengan Cendawan

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Malaysian Travellers In 2025 Smart Digital Intentional


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Huawei Mungkin Dahului Apple Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi

Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta

Al Quran Khadeeja Naskhah Ibrah Keindahan Jiwa Wanita Muslimah