Jpj Umum Nombor Plat Gold Jpj Dan Cara Bida Nombor Gold Melalui Jpjebid


Pengumuman terbaru daripada JPJ berkenaan nombor plat GOLD JPJ yang sedia dibuka untuk dibida oleh peminat nombor pendaftaran istimewa. Bidaan untuk Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 dilaksanakan pada 1 hingga 5 Februari ini.
Hal ini telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata mengenai bidaan itu boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid untuk orang awam dan keputusan akan diumumkan pada 6 Februari.
Pengumuman Mengenai Bidaan Nombor Plat GOLD JPJ Apakah itu Nombor Plat GOLD JPJ? Menurut pihaj JPJ, Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) ialah tanda indeks yang mempunyai prefix pada hadapan iaitu siri GOLD yang merupakan nombor plat sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.
Tempoh Bidaan Nombor Plat GOLD JPJ Nombor plat GOLD JPJ dibuka untuk bidaan bermula pada 1 Februari bermula 12 tengah hari hingga 10 malam, 5 Februari.
Berapa Harga Nombor Plat GOLD JPJ? Harga bidaan bagi nombor plat Gold JPJ dalam JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang telah ditetapkan. Berikut adalah merupakan harga bidaan bagi nombor plat GOLD JPJ:
Nombor bernilai utama bermula RM20,000. Nombor menarik bermula RM3,000 Nombor popular bermula RM800 Nombor biasa bermula RM300 Bidaan Boleh Dibuat Di Sistem JPJeBid Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata penawaran melalui Sistem JPJeBid ini juga adalah usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam merealisasikan penyampaian perkhidmatan pendigitalan sepenuhnya.
Orang ramai yang berminat boleh membuat bidaan secara atas talian segera sebelum 6 Februari 2024. Boleh juga rujuk cara-cara untuk membuat bidaan di JPJeBid dibawah.
Panduan Bida Nombor Plat GOLD JPJ Secara Online Melalui JPJeBid Cara Bida Nombor Plat Melalui Sistem JPJeBid Anda perlu log masuk mySIKAP terlebih dahulu. Kemudian, boleh mendaftar bagi menggunakan sistem JPJeBid. Berikut adalah cara untuk bida nombor plat di JPJeBid:
Sila daftar masuk portal JPJeBid. Bagi pengguna kali pertama, perlu klik Daftar Baharu. Bagi permohon yang ingin mendaftar dibawah JPJeBid perlu melampirkan dokumen seperti: Salinan kad pengenalan (individu) Salinan sijil dan lesen perniagaan (syarikat).
Kemudian semak e-mel bagi membuat pengesahan pendaftaran. Sila log masuk portal JPJeBid (JPJeBid login) dengan guna ID dan kata laluan yang telah ditetapkan. Anda boleh melakukan carian no plate kereta pilihan anda, Taip “GOLD”. Klik sahaja di nombor pendaftaran yang ingin dibida dan klik ‘Bida’. Anda perlu masukkan maklumat kad kredit untuk membuat pembayaran caj perkhidmatan. Kemudian, sila masukkan amaun untuk bida. Paparan pembayaran akan muncul dan anda perlu sedia maklumat kad kredit untuk amaun bidaan anda. Untuk makluman kepada anda, setiap nombor yang dibida akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM10 sahaja.
Hasil Bidaan Orang Awam Akan Digunakan Bagi Inisiatif Rakyat Bidaan untuk siri NPI GOLD ini adalah bertujuan untuk menambah hasil negara iaitu kesemua hasil bidaan NPI nanti akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripada hasil tersebut yang akan dikembalikan semula kepada Kementerian Pengangkutan.
Pihak Kementerian Pengangkutan akan gunakan dana tersebut untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat antaranya seperti bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FLYsiswa.
Hasil bidaan ini juga akan menjadi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi semua pemandu teksi seluruh negara selepas menerima hasil bidaan NPI siri GOLD ini. Perincian mengenai caruman Perkeso juga akan diumumkan kemudian selepas memperoleh hasil bidaan NPI siri GOLD.
Rekod Bidaan Nombor Plat Paling Tinggi Terdapat rekod yang dicatat bahawa pihak JPJ pernah menerima bidaan paling tinggi adalah untuk siri FF iaitu sebanyak RM35 juta.
Bagi siri GOLD ini lebih ramai peminatnya dan Anthony Loke mengharapkan hasil daripada GOLD lebih tinggi dari FF. Begitulah tujuan utama pihak Kementerian Pengangkutan mengadakan sesi bidaan bagi siri GOLD adalah untuk menambahkan hasil negara dan menampung inisiatif untuk rakyat Malaysia dari segi pengangkutan.
Diminta bagi orang ramai yang mempunyai minat dalam membuat bidaan boleh membuat bidaan segera selagi nombor plat GOLD JPJ masih tersedia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/01/nombor-plat-gold-jpj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jpj Lancar Nombor Plate Siri Gold

Jpj Lancar Nombor Plate Siri Gold

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 97 hits
Nombor plate siri GOLD dibuka bidaan Makin meriah industri nombor plate di Malaysia bila JPJ lancar nombor plate siri GOLD pulak selepas Malaysia Merdeka Ogos 2023 Jarang nak nampak nombor pendaftaran yang mempunyai prefix 4 alphabet di Mal...
Insentif Rm500 Setahun Melalui Cara Daftar I Saraan Kwsp Syarat Syarat I Saraan Dan Kelebihan I Saraan

Insentif Rm500 Setahun Melalui Cara Daftar I Saraan Kwsp Syarat Syarat I Saraan Dan Kelebihan I Saraan

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 205 hits
Insentif RM500 Setahun Melalui Cara Daftar i Saraan KWSP Syarat Syarat i Saraan dan Kelebihan i Saraan 7 Ada satu inisiatif dari KWSP iaitu i Saraan KWSP 2024 Ia adalah merupakan jenis skim caruman sukarela yang ditawarkan kepada pekerja se...
Cara Tukar Alamat Hotel Penginapan Dekat K Eta Sebelum Travel Ke Korea

Cara Tukar Alamat Hotel Penginapan Dekat K Eta Sebelum Travel Ke Korea

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 140 hits
Masa mohon K ETA buat kali pertama kita guna alamat hotel atau penginapan yang lain Tapi bila ingin travel ke Korea kita tempah hotel yang lain Jadi sudah tentang info k eta kena tukar Jadi macam mana nak tukar alamat hotel penginapan di k ...
Semakan Bantuan Sara 2024 Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon

Semakan Bantuan Sara 2024 Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 185 hits
Pada bajet 2024 bantuan SARA 2024 telah diluaskan kepada hampir 700 000 penerima STR dengan bayaran sebanyak RM100 sebulan bagi 12 bulan disalurkan melalui langkah yang sama iaitu melalui MyKad Alhasil daripada Kementerian Kewangan bermula ...
Pelajari Cara Penjagaan Kucing Dan Tips Penjagaan Kucing

Pelajari Cara Penjagaan Kucing Dan Tips Penjagaan Kucing

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 112 hits
Pelajari Cara Penjagaan Kucing dan Tips Penjagaan Kucing 12 Mahu cara penjagaan kucing Memelihara haiwan peliharaan tak kisah haiwan apapun memerlukan perhatian dan komitmen yang baik serta konsisten Maksudnya kita kena sentiasa peka tentan...
Mengenal Fitur Bonus Dalam Mesin Slot Cara Memaksimalkan Kemenangan Anda

Mengenal Fitur Bonus Dalam Mesin Slot Cara Memaksimalkan Kemenangan Anda

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 142 hits
Mengenal Fitur Bonus dalam Mesin Slot Cara Memaksimalkan Kemenangan Anda Siapa yang tidak suka mendapatkan bonus Terutama ketika bermain mesin slot di kasino Fitur bonus dalam mesin slot adalah kesempatan bagi Anda untuk mendapatkan kemenan...
10 Khasiat Daun Pegaga Untuk Kesihatan Dan Cara Penyediaan Teh Pegaga Yang Betul

10 Khasiat Daun Pegaga Untuk Kesihatan Dan Cara Penyediaan Teh Pegaga Yang Betul

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 178 hits
10 Khasiat Daun Pegaga untuk Kesihatan dan Cara Penyediaan Teh Pegaga yang Betul 14 Daun pegaga adalah salah satu tumbuhan yang dikenali dengan pelbagai kebaikan daripada sudut kesihatan Daun pegaga telah digunakan sejak beratus tahun dahul...
Cara Hilangkan Jerawat Di Belakang Badan Jangan Dibiar Takut Makin Melarat

Cara Hilangkan Jerawat Di Belakang Badan Jangan Dibiar Takut Makin Melarat

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 97 hits
Kalau nak hilangkan jerawat di belakang badan anda kena pastikan bersihkan diri dan waspada dengan bahan sabun yang anda gunakan Ada banyak faktor yang menjadi punca jerawat antaranya hormon terutama perempuan dalam lingkungan umur subur Se...
Bagaimana Cara Buat Duit Dengan Facebook

Bagaimana Cara Buat Duit Dengan Facebook

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 181 hits
Platform media sosial Facebook boleh memainkan peranan yang lebih luas dan tidaklah terhad sekadar untuk memastikan kita terus berhubung dengan ahli keluarga saudara mara termasuklah dengan mereka yang kita kenali namun tak begitu rapat Jik...
Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Flexibility In Business Operations

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Sbdj Siri 201 Tak Dapat Kawal Perasaan

Panduan Pilih Ketam Segar

Perbanyakkan Niat Yang Baik

Sambut Birthday Maira

Declutter Your Life Minimalist Cabinetry Solutions

Zubir Khan Feat Ezra Kairo Omk Chord