Bagaimana Cara Buat Duit Dengan Facebook


Platform media sosial Facebook boleh memainkan peranan yang lebih luas, dan tidaklah terhad sekadar untuk memastikan kita terus berhubung dengan ahli keluarga, saudara mara termasuklah dengan mereka yang kita kenali, namun tak begitu rapat.
 
Jika anda merupakan seorang yang berjiwa usahawan, freelancer atau mungkin anda sekadar mencari peluang untuk buat duit tambahan di internet, anda mungkin berminat nak tahu, macam mana cara nak buat duit melalui platform Facebook ini.

Buat duit melalui media sosial Facebook bukanlah sesuatu yang baru. Hakikatnya, sejak dari awal lagi, dah ramai yang berjaya menjana pendapatan dengan bantuan laman web Facebook.
 
Bila kita sebut boleh buat duit dengan Facebook, bukanlah bermaksud Facebook itu memberikan duit kepada penggunanya, tetapi pendapatan itu terhasil melalui cara bagaimana penggunanya memanfaatkan fungsi yang terdapat pada platform ini.
 
Kalau masih ada yang kurang jelas, dan masih lagi tanya soalan-soalan seperti
“Betul ke boleh buat duit dengan Facebook?”
“Macam mana nak buat duit dengan Facebook?”

 
Perkongsian ini memang saya hasilkan untuk anda. Kalau betul minat nak tahu, sila teruskan pembacaan.

 
Ada beberapa cara yang boleh digunakan, bagi tujuan menjana pendapatan menerusi platform Facebook. Jom kita bincangkan satu per satu.
 
(1) Menjual melalui Facebook Marketplace Facebook Marketplace adalah merupakan satu ciri tambahan yang disediakan oleh Facebook bagi memudahkan penggunanya untuk melakukan aktiviti jual dan beli melalui platform media sosial tersebut.
 
Sudah tentu, Facebook juga sedia maklum ada macam-macam sebab kenapa pengguna membuka akaun media sosial. Salah satu sebabnya adalah untuk menjual barang.
 
Dengan wujudnya fungsi marketplace ini, mungkin pihak Facebook itu sendiri mengharapkan agar penggunanya tidak lagi mencampur adukkan posting berbentuk peribadi dengan posting untuk menjual.
 
Jika ada mana-mana pengguna, yang berminat untuk menjual sesuatu menerusi platform Facebook, mereka boleh gunakan fungsi marketplace.
 
Fungsi marketplace ini juga adalah untuk memudahkan penjual dan pembeli berurusan, tanpa perlu bersusah-payah berhubung melalui medium luar seperti panggilan telefon, sistem mesej ataupun terus berjumpa.
 
Segala urusan jual dan beli boleh dilakukan hanya melalui platform Facebook sahaja.
 
Untuk mula menjual menerusi platform Facebook Marketplace ini, anda boleh bermula dengan menekan klik pada pautan marketplace.

Paparan seperti diatas akan kelihatan.
 
Untuk mula menjual, tekan klik pada butang “Create new listing”.

Anda akan diminta untuk memilih apakah kategori atau jenis senaraian (listing) yang anda ingin lakukan.
 
Adakah anda ingin menjual barangan umum, kenderaan atau unit hartanah.
 
Katakanlah, anda nak jual jam tangan G-Shock, kamera ataupun mungkin laptop, maka anda pilihlah opsyen Item for sale.

Untuk langkah seterusnya, seperti biasa anda perlu
1. Upload gambar-gambar produk yang anda ingin jual
2. Masukkan keterangan mengenai produk, sama ada ianya baru atau terpakai
3. Masukkan harga barang
4. Masukkan lokasi dimana barang tersebut berada
 
Masukkan penerangan yang jelas mengenai produk tersebut. Untuk lebih meyakinkan lagi, cubalah gunakan kaedah penulisan copywriting yang baik.
 
Dengan ini, prospek yang melihat iklan anda akan lebih yakin untuk menghubungi anda dan bertanya berkenaan dengan barangan yang anda ingin jual.
 
Sekiranya anda terjumpa mana-mana produk atau barangan yang menarik minat anda, dan anda berminat untuk beli, anda boleh terus klik pada iklan barang tersebut dan bertanya kepada si penjual.
 
Cubalah dulu klik pada mana-mana iklan dan bertanya kepada penjual maklumat tambahan mengenai produk tersebut. Bukannya untuk buat pembelian, sebaliknya adalah untuk anda lebih faham bagaimana sistem Facebook marketplace ini berfungsi.
 
(2) Facebook Ads Facebook Advertising atau ringkasnya FBAds adalah salah satu strategi pemasaran digital yang mampu memberikan hasil yang lumayan. Dengan syarat, ianya dilakukan dengan strategi dan perancangan yang benar-benar rapi.
 
Kalau beriklan secara rambang, risikonya ialah iklan yang anda hasilkan itu nanti mungkin tidak memberikan sebarang pulangan dalam bentuk jualan.

Ini situasi yang biasa terjadi.
 
Iklan yang dihasilkan ada banyak views, ada klik, tapi tak ada yang convert kepada prospek atau jualan.
 
Dengan menggunakan FB Ads, kita boleh mensasarkan konten ataupun iklan yang kita hasilkan di platform Facebook kepada golongan audiens yang kita sasarkan.
 
Fungsi FB Ads ini adalah untuk membantu kita mendekati golongan yang tepat untuk melihat iklan yang kita hasilkan. Sudah tentu, semua ini ada kosnya.
 
Fahami cara beriklan di Facebook Oleh kerana ini merupakan kaedah iklan berbayar, maka anda perlu betul-betul faham bagaimana kaedah pengiklanan ini dijalankan.
 
Facebook menawarkan model iklan jenis Pay Per Click (PPC) atau Cost Per Impression (CPM).
 
Pengguna boleh membida untuk meletakkan iklan milik mereka berdasarkan kepada profil dan latar belakang audiens mereka supaya dapat menepati objektif pengiklanan tersebut.
 
Sebagai contoh, jika anda ingin menjual produk untuk haiwan peliharaan misalnya kucing, sudah pasti anda akan mensasarkan pengguna Facebook yang mempunyai latar belakang seperti
i. Pemilik haiwan peliharaan
ii. Pernah follow atau like page tentang haiwan peliharaan
 
Dengan ini, iklan yang anda hasilkan akan jadi lebih relevan dengan audiens yang disasarkan.
 
Iklan yang bagus adalah iklan yang tak kelihatan seperti terlalu terdesak nak menjual. Iklan yang baik adalah iklan yang langsung tak nampak seperti iklan sebaliknya ia kelihatan seperti posting FB yang biasa.
 
Langkah untuk menghasilkan iklan FB Ads Jom kita lihat pula langkah demi langkah untuk hasilkan iklan yang berkesan.
 
1. Tentukan objektif iklan
Mulakan dengan menetapkan apakah matlamat atau objektif yang anda ingin capai.
 
Bercakap tentang objektif ini, lazimnya ada beberapa iaitu
i. Mendapatkan trafik ke laman web
Facebook merupakan sebuah platform media sosial yang mempunyai pengguna yang ramai.
 
Apa yang kita cuba capai adalah untuk mengajak pengguna Facebook untuk melayari laman web kita.
 
Kadang-kadang pengguna Facebook ni, apabila dia sudah berada di situ, mereka agak malas untuk buka laman web lain. Melainkan ada orang yang mengajak mereka untuk buka laman web lain pula.
 
Itupun kalau laman web yang dimaksudkan itu benar-benar menarik. Jika mereka merasakan yang laman web tersebut tak cukup menaraik, biasanya mereka akan abaikan sahaja ajakan tersebut.
 
Maklumlah, semua sudah ada di Facebook. Pengguna sudah selesa meluangkan masa di Facebook dan mereka tidak mahu keluar dari halaman tersebut.
 
ii. Memperkenalkan jenama, produk, servis dan perniagaan
Konten dalam bentuk artikel, imej dan juga video adalah bentuk konten yang biasa digunakan. Matlamatnya adalah supaya konten tersebut jadi viral.
 
Lebih ramai orang lihat kandungan yang dihasilkan, maka lebih banyak orang yang akan mengetahui mengenai perniagaan, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
 
iii. Mendapatkan jualan
Kempen iklan untuk mendapatkan jualan selalunya mengandungi ayat call to action yang jelas dan mempunyai urgency factor dalam copywriting yang digunakan.
 
Contohnya, ayat call to action adalah
a. Dapatkan diskaun sehingga 60% jika anda whatsapp sekarang.
b. Isikan nama dan nombor telefon anda untuk dapatkan harga special VIP.
 
Manakala untuk urgency factor pula kita akan sebut
a. Tawaran hanya sah untuk 100 pelanggan terawal.
b. Tawaran hanya sah untuk sekian tarikh sahaja.
 
2. Sasarkan audiens yang spesifik
Facebook mempunyai sistem yang berupaya membantu kita untuk mensasarkan iklan kita kepada audiens yang spesifik.
 
Audiens ini menepati profil, demografi, minat dan tingkah laku tertentu yang menunjukkan mereka mungkin berminat dengan tawaran kita.
 
Kalau beriklan di Google, kita mensasarkan kata kunci tertentu. Namun, dalam konteks iklan di media sosial, sasaran kita adalah audiens yang menepati profil, demografi, dan tingkah-laku tertentu.
 
Selain itu, kita juga boleh mensasarkan audiens yang sebelum ini pernah berinteraksi dengan laman web atau page milik kita. Konsep ini merujuk kepada konsep retargeting.
 
3. Cipta kandungan iklan yang menarik dan memukau
Ini merupakan bahagian yang sangat penting.
 
Iklan anda perlulah mempunyai kandungan atau konten yang benar-benar menarik. Anda perlu bijak menggunakan teknik copywriting, penggunaan imej, video dan audio.
 
Kita mahukan supaya golongan yang kita sasarkan itu nanti melihat dan berinteraksi dengan iklan kita dari mula sampai habis.
 
Kalau iklan dalam bentuk teks, kita mahu mereka baca dari mula sampai habis.
Kalau iklan dalam bentuk video, kita mahu mereka tonton video tersebut sehingga minit yang terakhir.
 
Tapi kalau iklan kita kurang menarik, agak sukar untuk kita capai tahap hasil seperti itu.
 
4. Tetapkan bajet pengiklanan dan jadual iklan disiarkan
Tetapkan berapa jumlah yang anda bersedia untuk bayar kepada Facebook bagi tujuan pengiklanan ini.
 
Sama ada bajet mengikut hari, atau bajet secara lump sum atau dikenali dengan istilah lifetime budget.
 
5. Pantau dan buat perubahan jika perlu
Satu kelebihan menggunakan iklan berbayar seperti FB ads ini ialah mereka menyediakan sistem laporan yang kita boleh jadikan rujukan, bagi mengetahui prestasi iklan kita.
 
Ada beberapa metrik yang kita boleh rujuk, antaranya adalah seperti
a. Click through rate (CTR)
b. Conversion Rate
c. Return on Ads Spend (ROAS)
 
Berdasarkan kepada laporan dan data-data yang tersedia, anda boleh lakukan beberapa perubahan dan penambahbaikkan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.
 
Perlu ke gunakan FB Ads?
Sebenarnya ia bergantung kepada individu tersebut.
 
Jika anda merupakan seorang yang mempunyai pengaruh yang begitu kuat di media sosial, dan posting anda sentiasa mendapat sambutan oleh pengikut anda, ada banyak yang jadi viral, maka FB Ads ini mungkin tak begitu penting.
 
Sebaliknya, kalau posting anda biasanya sendu, tak ramai yang nampak posting yang anda lakukan, maka anda patut pertimbangkan untuk guna FB Ads ini.
 
Personally, saya tak suka guna FBAds, sebabnya kalau saya tersalah tulis iklan (copywriting) duit saya akan hangus begitu sahaja! Tapi kalau anda menjalankan perniagaan dan mempunyai bajet khas untuk tujuan pengiklanan berbayar, maka ini mungkin boleh dijadikan satu strategi yang bagus.
 
(3) Facebook Group Facebook menyediakan sebuah lagi fungsi yang mempunyai potensi untuk memberikan hasil yang baik jika anda tahu menggunakannya.
 
Fungsi yang dimaksudkan adalah “facebook group”.
 
Facebook group memberikan peluang untuk para penggunanya berinteraksi dan bersosial dengan pengguna lain yang mempunyai cara fikir dan minat yang sama, berkongsi pengalaman serta kepakaran dan yang penting sekali, menerusi FB Group, anda boleh mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda jual dan boleh mendapatkan hasil yang lebih baik berbanding hanya buat promosi di wall sendiri.
 
Jika anda merupakan admin bagi sesebuah FB Group, maka tidak menjadi satu masalah untuk anda mempromosikan apa-apa produk secara terbuka dan direct.
 
Sebaliknya, jika anda hanyalah seorang ahli biasa yang berminat untuk menyertai sesuatu group, maka anda perlu gunakan kaedah soft-selling dalam setiap usaha pemasaran dan jualan yang anda ingin lakukan.
Baca juga: Hard selling vs Soft selling – Guna yang mana?
 
Tips menyertai Group Facebook Diluar sana terdapat banyak pilihan FB Group yang kita boleh sertai. Persoalannya ialah, kita nak join group yang mana satu?
 
Disini ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan.
 
i. Kenalpasti apakah niche anda
Buat carian menggunakan fungsi carian yang disediakan oleh pihak FB.
 
Sebagai contoh, dibawah ini saya buat carian menggunakan kata kunci “kucing” dan berikut adalah hasil carian yang saya perolehi.

Ada banyak group berkaitan dengan kucing yang saya boleh sertai. Ada group yang bersifat terbuka, dan ada juga yang private.
 
Kalau anda ada menjual produk berkaitan dengan haiwan peliharaan, ini adalah antara group yang patut anda sertai.
 
ii. Beri sumbangan dan nilai tambah
Fahamkan betul-betul, matlamat serta objektif kenapa group tersebut ditubuhkan.
 
Jika group tersebut ditubuhkan bagi berkongsi maklumat, maka buatlah seperti yang dimahukan oleh admin group tersebut.
 
Kita buat posting bukan semata-mata sebab nak iklankan produk yang kita jual. Kalau kita nak promosikan sesuatu produk sekalipun, buatlah secara halus.
 
Saya syorkan gunakan pendekatan soft selling.
 
iii. Elakkan perangai spammer
Buang jauh-jauh mentaliti seorang spammer apabila ingin menghasilkan posting dalam group milik orang lain.
 
Lebih baik anda guna pendekatan begini.
“Kalau tak ada benda baik lagi bermanfaat yang anda ingin sampaikan, lebih baik anda menahan diri daripada membuat sebarang posting.”
 
Tak perlu nak paksa diri nak copy paste iklan yang sama dalam semua group yang anda sertai. Percayalah, cara ini tak berkesan. Anda berisiko kena banned dari group yang anda sertai.
 
Tips menjadi admin Group Facebook Kita tak boleh bergantung kepada group percuma semata-mata.
 
Kita juga perlu bina group kita sendiri. Bila kita ada group sendiri, setidak-tidaknya kita mempunyai kawalan penuh terhadap bentuk posting yang boleh diterbitkan.
 
Bila kita join group orang lain ni, kadang-kadang akan berlaku situasi dimana posting kita tidak di approve ataupun kena delete dengan admin. Biasalahkan, bila benda bukan dalam kawalan kita, macam-macam boleh berlaku.
 
Maka dekat sini, kita juga perlu bina group FB kita sendiri. Kalau anda bercadang untuk bina group anda sendiri, disini ada beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda.
 
Kalau anda minat nak baca dengan lebih lanjut, tips untuk jadi admin group yang profesional, saya syorkan baca posting saya sebelum ini.
Baca: Strategi pemasaran menerusi FB Group – Langkah demi langkah
 
(4) Affiliate marketing Anda nak buat duit melalui platform Facebook?
Tapi masalahnya, anda tidak mempunyai sebarang produk ataupun perkhidmatan untuk anda tawarkan.
 
Pada masa yang sama, anda juga tak mempunyai masa untuk menjalankan apa-apa bisnes secara full time.
 
Kalau boleh, anda nak buat sesuatu yang tidak memerlukan komitmen yang terlalu tinggi, tak perlu melayan pelanggan, dan hanya perlu buat konten sahaja.
 
Kalau buat konten di media sosial ini, kadang-kadang ada antara kita yang buat konten copy and paste, atau sekadar share konten orang lain dengan sedikit komen tambahan.
 
Asalkan ada konten.
 
Jika anda menepati ciri yang seperti ini, maka adakah masih ada peluang untuk anda jana pendapatan menerusi platform Facebook?
Jawapannya sudah tentu masih ada peluang.
 
Anda boleh sertai program affiliate dan menjalankan kerja-kerja pemasaran menggunakan platform Facebook sahaja. Menerusi program affiliate ini anda akan dibayar berdasarkan kepada jualan yang berjaya anda hasilkan.
 
Ini bermakna, lagi banyak jualan yang mampu anda hasilkan, maka lagi tinggilah komisen anda.
 
Program affiliate ini juga merupakan suatu kaedah yang sangat popular dan rendah risiko untuk dilakukan.
 
Jika anda merupakan seorang yang popular di media sosial, dan posting yang anda hasilkan biasanya mendapat like dan komen yang cukup banyak, maka anda sebenarnya ada potensi yang besar untuk berjaya dalam program ini.
 
Jika anda masih kurang jelas tentang program affiliate, saya jemput anda untuk baca posting saya yang sebelum ini.
Baca: Apa itu program affiliate
 
Platform Facebook boleh memberikan potensi yang besar untuk membantu anda menghasilkan pendapatan melalui program affiliate memandangkan jumlah pengguna yang begitu ramai.

Namun demikian, anda juga perlu bijak dalam menyusun strategi pemasaran yang bakal digunakan.
 
Kita bincangkan secara ringkas, apakah langkah demi langkah yang perlu dilakukan untuk buat duit dengan affiliate marketing menggunakan platform Facebook.
 
i. Kajian Pasaran
Dalam kajian pasaran, kita ingin mengetahui apakah pasaran yang mampu untuk memberikan hasil yang terbaik.
 
Hasil yang terbaik ini, biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya
a. Saiz pasaran
Pasaran perlu cukup besar kerana ia memberi gambaran berapa banyak yang berminat dengan tawaran anda.
 
b. Kadar pertumbuhan pasaran
Adakah pasaran tersebut ada potensi untuk terus berkembang, atau ianya hanya akan statik atau lebih buruk lagi pasaran semakin menguncup.
 
c. Target audiens
Kita faham dengan demografik, minat dan tingkah laku golongan yang kita sasarkan.
 
d. Persaingan
Berapa banyak pesaing yang merebut perhatian pengguna juga perlu diambil kira. Jika persaingan terlalu ramai, ini akan menyukarkan anda untuk mula menghasilkan pendapatan.
Baca juga: Persaingan dalam perniagaan dan cara menghadapi
 
Sebenarnya ada banyak lagi faktor yang mempengaruhi sama ada sesuatu pasaran itu berpotensi besar ataupun tidak. In Shaa Allah perbincangan mengenai faktor apa yang membuatkan sesuatu pasaran itu bagus atau tidak kita akan bincangkan dalam kesempatan yang berbeza.
 
ii. Pilih niche
Pilih niche atau industri yang selaras dengan minat anda, dan minat golongan yang anda ingin sasarkan.
 
Kalau anda minat dengan niche berkaitan kewangan, tetapi audiens anda lebih cenderung kepada niche berkaitan kekeluargaan atau fesyen, ini akan menyukarkan anda untuk mencipta sebarang pendapatan melalui cara ini.
 
Apa-apa posting yang anda hasilkan akan diabaikan oleh audiens anda kerana mereka mempunyai minat yang berbeza.
 
iii. Sertai program affiliate
Cari program affiliate yang berkaitan dengan niche anda.
 
Diluar sana terdapat banyak program affiliate yang anda boleh sertai, dan ada banyak juga produk yang berpotensi untuk anda promosikan. Jika anda sertai program affiliate yang dianjurkan oleh syarikat e-commerce, maka lagi banyak produk yang anda boleh promosikan.
 
Ini antara program affiliate yang saya boleh syorkan kepada anda.
a. Klikjer
b. Agoda
c. Involve Asia
d. Access Trade
e. Shopee
f. PG Mall Consumerchant
 
iv. Pilih produk yang tepat
Pilih produk atau perkhidmatan yang anda benar-benar yakin dan memberikan nilai tambah kepada audiens anda.
 
Bukannya pilih produk atas dasar berapa banyak komisen yang boleh dihasilkan. Sekali anda mengesyorkan produk yang tak berguna, orang akan ingat sampai bila-bila, dan mereka akan mula melabel anda sebagai seorang yang hanya berminat untuk buat duit sahaja.
 
Anda akan dikenali sebagai seorang yang hanya pentingkan duit semata-mata, sebabnya produk yang tak berguna dan kurang berkualiti pun anda sanggup promosikan.
 
v. Cipta kandungan yang menarik
Bagi menarik perhatian pengguna media sosial, anda perlu hasilkan konten yang cukup menarik.
 
Konten yang menarik ini, biasanya tidak kelihatan terlalu menjual, tapi ia membawa mesej yang disukai oleh audiens.
 
Saya cadangkan anda hasilkan konten yang berbentuk perkongsian maklumat, perkongsian pengalaman, cerita dan juga konten jenis penyelesaian masalah tertentu.
 
vi. Ulang usaha pemasaran
Dalam pemasaran di Facebook, kita tak boleh bergantung harap pada satu dua kandungan semata-mata. Sebaliknya kita perlu hasilkan seberapa banyak kandungan yang boleh.
 
Kalau mampu hasilkan konten yang panjang-panjang, itu bagus.
Kalau tak mampu, boleh hasilkan konten yang sederhana panjang atau yang pendek.
 
Apa yang penting ialah, buat konten.
 
viii. Gunakan Facebook ads
Facebook ads boleh membantu anda mencapai audiens yang lebih besar dalam masa yang singkat.
 
Fungsi yang disediakan boleh membantu anda menyiarkan iklan anda kepada pengguna yang menepati ciri demografi, minat dan tingkah laku tertentu.
 
Dengan adanya fungsi seperti ini dapat meningkatkan lagi kebarangkalian untuk produk yang anda promosikan berjaya hasilkan jualan.
 
Sebenarnya, melalui program affiliate, anda boleh memanfaatkan pengaruh dan juga kandungan yang anda hasilkan bagi tujuan menjana pendapatan, tanpa perlu bersusah payah mencipta produk anda sendiri ataupun melayan sebarang pertanyaan dari pelanggan.
 
Memang betul bukan semua orang yang baca dan berinteraksi dengan konten anda akan membeli produk yang anda syorkan, tapi percayalah, dalam ramai-ramai yang pernah baca mungkin akan ada beberapa orang yang menjadi pembeli.
 
(5) Cipta & Jual Produk Digital Jika anda mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang dan ingin memindahkan kepakaran tersebut dalam bentuk ebook, kursus online, atau sebarang bentuk digital, anda juga boleh pertimbangkan untuk mula melancarkan produk digital anda sendiri.
 
Sudah tentu, jika anda tidak mempunyai kepakaran untuk mencipta produk digital anda sendiri, ada beberapa kaedah lain yang anda boleh lakukan, antaranya
i. Upah orang untuk hasilkan produk digitial anda
Kalau produk anda adalah dalam bentuk ebook, anda boleh mendapatkan khidmat penulis ghostwriter bagi menyiapkan ebook anda.
 
ii. Promosikan produk affiliate
Oleh sebab kita dah bincang sebelum ini, jadi kita tak akan sentuh sekali lagi.
 
Jika anda sertai program affiliate seperti Klikjer, disana ada pelbagai produk digital yang anda boleh promosikan.

Tips buat duit dengan menjual produk digital Baiklah, secara ringkas kita bincangkan apakah step by step untuk anda mula melancarkan dan menjual produk digital anda yang pertama.
 
i. Fahami siapa audiens anda
Kenalpasti apakah keperluan dan kemahuan golongan yang anda sasarkan sebagai audiens anda.
 
Seterusnya anda boleh mulakan dengan mencipta produk digital yang dapat memberikan penyelesaian terhadap permasalahan yang mereka sedang hadapi.
 
Selain fokus kepada menyelesaikan masalah, anda juga boleh hasilkan produk digital yang boleh meningkatkan pengetahuan dan skil sedia ada mereka.
 
ii. Pilih format produk yang sesuai
Produk digital ini lazimnya datang dalam bentuk ebook ataupun rakaman video.
 
Bagi orang yang gemar membaca, mereka ini tidak ada masalah untuk mendapatkan produk dalam bentuk ebook.
 
Tapi ada juga orang yang kurang suka produk digital dalam bentuk ebook. Sebaliknya mereka lebih suka kalau produk digital tersebut dalam bentuk video dan juga audio.
 
Kalau dalam bentuk audio, mereka boleh dengar sambil melakukan kerja lain seperti memandu, mengemas rumah atau sambil memasak.
 
iii. Sediakan laman jualan
Laman jualan ini anda boleh cipta sendiri, jika anda memiliki kemahiran dalam pembinaan laman web.
 
Ataupun, anda boleh gunakan platform seperti Klikjer dan juga Shopee untuk menjual produk digital anda.
 
iv. Jalankan kerja pemasaran
Walaupun anda sudah mempunyai produk digital anda sendiri, ini bukan bermakna jualan akan masuk dan terhasil dengan sendirinya. Pemikiran seperti ini adalah kurang tepat.
 
Anda masih perlu lakukan kerja-kerja pemasaran.
 
Ya, anda masih perlu buat konten yang menarik, supaya mereka yang berada dalam friendlist anda, merasa tertarik untuk mengetahui dengan lebih dekat, apa yang bakal mereka perolehi sekiranya bersetuju untuk membeli produk digital yang anda hasilkan.
 
(6) Jual perkhidmatan di Facebook Jika anda mempunyai skil dan kemahiran tertentu, anda juga boleh mula menawarkan perkhidmatan anda kepada kenalan yang tinggal di kawasan berdekatan.
 
Apa bentuk perkhidmatan yang sesuai untuk ditawarkan?
1. Servis aircond
2. Perkhidmatan potong rumput
3. Perkhidmatan memasak
4. Servis penulisan
5. Servis pereka grafik
 
Bagaimana untuk bermula? Kita akan bincangkan tentang bagaimana cara untuk bermula.
 
i. Optimasikan profile anda
Kita andaikan yang anda ingin gunakan kaedah ini untuk mula menghasilkan pendapatan melalui Facebook.
 
Jadi perkara yang patut anda lakukan adalah optimasikan profil anda mengikut jenis perkhidmatan yang anda ingin tawarkan.
 
Kalau anda tawarkan servis aircond, maka anda bolehlah mula dengan menukar cover photo anda kepada gambar anda sedang melakukan kerja-kerja servis.
 
Kemudian dari segi posting, anda perlu kurangkan bercakap hal-hal peribadi dan lebihkan membuat posting berkaitan dengan servis yang anda ingin tawarkan.
 
Anda kongsi tentang tips dan sebarang cerita berkaitan dengan aircond, sama ada
1. Tips diy untuk aircond.
2. Tips beli jenama dan model aircond.
3. Ceritakan pengalaman servis aircond.
 
ii. Bina Fanpage khas
Fanpage ini penting jika anda ada merancang untuk mula menggunakan servis pengiklanan berbayar seperti FB Ads. Satu lagi ialah, Fanpage ini boleh jadi pengganti laman web.
 
Bila anda mempunyai Fanpage rasmi, perniagaan yang anda jalankan akan kelihatan lebih profesional.
 
iii. Tunjukkan hasil kerja
Setiap kali selesai melakukan kerja-kerja yang diminta oleh pelanggan, cuba tunjukkan hasil akhir kerja anda. Jika anda melakukan kerja yang baik dan kemas, pasti orang lain juga akan berminat untuk mendapatkan khidmat dari anda.
 
iv. Kongsikan testimoni pelanggan
Cuba minta pelanggan anda untuk berikan testimoni dan review terhadap perkhidmatan yang anda berikan. Ini juga dapat meningkatkan keyakinan bakal pelanggan untuk mendapatkan khidmat profesional dari anda.
 
v. Berinteraksi dengan audiens anda
Jika ada sebarang komen berbentuk pertanyaan dari mana-mana individu, anda perlu jawab dengan segera.
 
Kemudian, apabila ada kelapangan, anda boleh hasilkan posting khas, yang lebih panjang dan terperinci berdasarkan kepada pertanyaan asal yang ditanyakan.
 
vi. Gunakan fungsi FB Group
Untuk mereka yang pernah jadi pelanggan, boleh ajak mereka untuk sertai group khas. Dalam group khas ini nanti, anda bolet buat beberapa perkongsian yang lebih istimewa dan bermanfaat berbanding posting yang anda buat secara public.
 
Sama ada anda menawarkan perkhidmatan berbentuk rundingan khidmat nasihat, kerja penyelenggaraan, khidmat penulisan dan sebagainya, platform Facebook boleh dimanfaatkan bagi tujuan mendapatkan bakal pelanggan.
 
Kesimpulan Facebook hanyalah sebuah platform.
 
Semuanya terpulang kepada bagaimana cara anda menggunakan platform ini. Jika anda menggunakan platform ini, bagi tujuan untuk kekal berhubung dengan ahli keluarga, saudara dan kenalan, maka setakat itu sahajalah fungsi dan peranan platform ini yang bakal anda perolehi.
 
Namun demikian, jika anda mula menerokai pelbagai pendekatan, seperti yang kita bincangkan dalam perkongsian ini, In Shaa Allah anda juga akan bakal memperolehi hasil dalam bentuk income.
 
Semoga bermanfaat dan semoga anda juga berjaya buat duit melalui platform media sosial Facebook.
 
 
The post Bagaimana Cara Buat Duit dengan Facebook appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/buat-duit-dengan-facebook/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi

Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 227 hits
Nak tahu cara jual emas untuk dapat harga tinggi Dulu ada masa harga emas semasa melambung tinggi sejak kesan BREXIT pada akhir bulan Jun 2016 Pada 17 9 2016 harga emas terendah telah dikesan pada awal bulan September serendah RM182 00 g Pa...
Cara Keluarkan Duit Sspn 2024

Cara Keluarkan Duit Sspn 2024

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 429 hits
CARA KELUARKAN DUIT SSPN 2024 SSPN dahulunya kepada dua iaitu SSPN i dan SSPN i Plus Terkini kedua dua produk simpanan ini telah dijenamakan semula sebagai Simpan SSPN Prime manakala SSPN i Plus pula dikenali sebagai Simpan SSPN Plus Jika a...
Cara Mendapat Keutamaan Bulan Rejab

Cara Mendapat Keutamaan Bulan Rejab

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 267 hits
Cara Mendapat Keutamaan Bulan Rejab Bulan Rejab datang lagi Bulan yang penuh keberkatan juga dan persediaan kita menghadapi ramadhan Di dalam bulan Rejab ada amalan amalan yang membolehkan kita menambahkan ketakwaan kepada Allah SWT Habib U...
Cara Menjalani Kehidupan Setelah Usia Mencapai 40 Tahun

Cara Menjalani Kehidupan Setelah Usia Mencapai 40 Tahun

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 157 hits
Assalamualaikum Selamat Petang CARA MENJALANI KEHIDUPAN SETELAH USIA MENCAPAI 40 TAHUN Tadi masa scroll FB Mata Fiza tertumpu kepada status seseorang tentang bagaimana cara yang boleh kita praktikkan dalam meniti kehidupan di usia 40 Nasiha...
Cara Kongsi Kredit Dan Share Top Up Prepaid Maxis Ke Orang Lain Melalui Hotlink App

Cara Kongsi Kredit Dan Share Top Up Prepaid Maxis Ke Orang Lain Melalui Hotlink App

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 222 hits
Dengan Hotlink Share Top Up anda boleh menghantar kredit kepada keluarga atau rakan rakan pada bila bila masa dengan beberapa langkah mudah melalui Hotlink App Untuk Share Top Up ini anda akan dikenakan caj perkhidmatan RM0 50 untuk setiap ...
Cara Daftar Dan Memulai Bermain Di Situs Casino Online Indonesia

Cara Daftar Dan Memulai Bermain Di Situs Casino Online Indonesia

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 135 hits
Cara Daftar dan Memulai Bermain di Situs Casino Online Indonesia Halo para pecinta perjudian online di Indonesia Apakah Anda ingin mencoba keberuntungan Anda di dunia casino online Jika iya artikel ini adalah untuk Anda Kali ini kita akan m...
Cara Renew Roadtax E Lkm Melalui Myjpj

Cara Renew Roadtax E Lkm Melalui Myjpj

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 237 hits
Seiring dengan kemajuan teknologi pengguna kenderaan kini boleh Renew roadtax e LKM kenderaan mereka aplikasi MyJPJ Jika sebelum ini aplikasi MyJPJ hanya boleh digunakan untuk memaparkan lesen dan cukai jalan fungsinya diperluas dengan fung...
Sadis Begini Cara Dukun Di Malang Samarkan Jejak Usai Mutilasi Korban 9 Bagian

Sadis Begini Cara Dukun Di Malang Samarkan Jejak Usai Mutilasi Korban 9 Bagian

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 118 hits
Bagian tubuh tersebut berupa kepala potongan telapak tangan kanan dan kiri dan potongan telapak kaki kanan dan kiri
Crown Gigi 6 Jenis Kelebihan Harga Dan Cara Penjagaan Crown Gigi

Crown Gigi 6 Jenis Kelebihan Harga Dan Cara Penjagaan Crown Gigi

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 261 hits
Crown Gigi 6 Jenis Kelebihan Harga dan Cara Penjagaan Crown Gigi 7 Gigi anda mengalami kerosakkan atas sebab tertentu Sekiranya ada anda boleh cuba membuat Ia dapat menyembunyikan gigi yang rosak atau berubah warna dan biasanya merupakan pe...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini