Jom Terbang Dengan Harga Yang Murah



Haa camne tu nak terbang dengan harga yang best korang rasa?? Hehe ni la yang aku nak habaq. Aku tau ramai antara kita yang suka travel at least setahun sekali. Bukan apa kan, nak release tension katanya lepas penat bekerja semua. Sudah semestinya kita nak kalau boleh pergi bercuti dengan kos serendah yang mungkin tapi tetap selesa dan enjoy kan. So kat artikel ni aku nak habaq kat korang semua camne korang nak book cheap flights semudah yang mungkin.
Korang pernah dengar tak apps Traveloka yang semakin faymes tuu? Haa best tau apps tu. Kat apps tu korang boleh search pelbagai jenis flight dan harga dia. Contohnya korang nak cari flights to Langkawi promo, korang boleh pergi ke link www.traveloka.com dan korang boleh find out kat situ. Korang kena pilih sama ada sehala atau pergi balik, kemudian korang pilih korang nak naik kapal terbang dari mana, then korang pilih untuk berapa orang, aku cadangkan korang letak 1 je dulu. Korang set tarikh departure korang and tarikh balik kalau korang pilih 2 hala. Kalau tak nak harga mahal korang cari tarikh yang bukan hari perayaan atau cuti sekolah. Lepas tu korang pilih la sama ada korang nak naik economy class, business class atau first class. Dah setel semua korang klik ‘cari tiket’.
Tadaa akan ada list of penerbangan yang ada dari airlines yang berbeza. Biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas sekali. Kalau korang rasa puas hati dengan harga tu korang boleh buat booking. Kalau tak puas hati cuba cari tarikh lain. Senang kan? Sebab korang buat perbandingan harga dari airline lain jugak kat Traveloka ni.
Tu kalau ke Langkawi korang boleh gak book untuk destinasi yang lain. Tapi kalau korang nak ke langkawi korang boleh pergi tempat yang best-best jugak. Ramai orang cakap, kalau bercuti kat Langkawi, cuma aktiviti di air sahaja yang best nak buat seperti snorkeling, main kejar-kejar kat pantai, sukan air dan macam-macam lagi. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti menarik di Langkawi yang lain tetap best yang boleh dilakukan.
Tarikan pelancongan di Langkawi bukan hanya terdapat di kawasan pantai sahaja, bahkan di bukit, di hutan, di tasik dan jugak di darat. Pendek cerita, sama ada korang ingin bercuti secara solo, berpasangan, atau bersama anak-anak, Pulau Langkawi mempunyai pelbagai destinasi percutian menarik yang sesuai untuk semua orang.
Sebuah jambatan melengkung pejalan kaki yang terpanjang di dunia. Fakta ini sudah cukup membuatkan pelancong yang bercuti ke Pulau Langkawi tidak mahu lepaskan peluang melihat sendiri satu mercu tanda kat Langkawi yang sangat popular iaitu Sky Bridge. Kehebatan engineer yang membina jambatan ini dengan hanya menggunakan satu tiang besi sokongan memang sangat mengagumkan.

Sky Bridge yang sepanjang 125 meter ini boleh korang lalui berjalan kaki untuk melihat keindahan Pulau Langkawi dari sudut yang paling menarik. Walaupun jarak 125 m itu adalah tidaklah terlalu panjang, namun oleh kerana kerumitan seni bina jambatan unik ini, ianya mengambil masa selama 12 bulan untuk siap sepenuhnya pada tahun 2004. Lokasi jambatan ini yang terletak kat atas puncak Bukit Machinchang iaitu titik kedua tertinggi kat Pulau Langkawi, membolehkan korang melihat panorama sekeliling secara 360 darjah.
Untuk ke sini, pelancong kena menaiki SkyCab atau kereta kabel menuju ke Top Station yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari stesen bawah. Sebaik sampai kat Top Station, korang kena berjalan kaki & mendaki sedikit melalui laluan yang agak mencabar sekitar 10 minit untuk sampai ke Sky Bridge. Jika korang tiada stamina, usah risau kerana terdapat perkhidmatan tram (SkyGlide) yang boleh bawa korang ke sini tanpa kena memerah keringat. Sebaik menyelusuri jambatan yang menghubungkan 2 puncak bukit ini, perasaan gerun dan seronok seolah-olah bercampur baur.
Gerun kerana jambatan ini sangat tinggi & agak bergoyang-goyang sedikit serta seronok kerana panorama alam yang terbentang luas kat depan mata yang pasti membuatkan korang tidak mahu berkelip. Masa terbaik untuk ke sini adalah pada waktu petang sedikit kerana kurang panas. Sekiranya cuaca buruk kebiasaanya SkyBridge dan perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan ditutup. Best kan???


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hafizamri.com/jom-terbang-dengan-harga-yang-murah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Hotel Instagramable Di Bali Dengan Budget 500 Ribuan Aja Gaya Boleh Mewah Harga Tetep Murah

7 Hotel Instagramable Di Bali Dengan Budget 500 Ribuan Aja Gaya Boleh Mewah Harga Tetep Murah

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 321 hits
Kalau ke Bali jangan lupa mampir ke sini ya Gaes Udah murah bisa buat foto foto gemes lagi
Harga Bbm Mana Yang Paling Murah Saat Ini Antara Pertamina Total Dan Shell

Harga Bbm Mana Yang Paling Murah Saat Ini Antara Pertamina Total Dan Shell

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 297 hits
Harga BBM di beberapa stasiun pengisian bahan bakar umum tak mengalami perubahan pada pertengahan Juni 2019 Rata rata harga yang dipakai masih sama dengan sebelum Lebaran
Bagaimana Mendapatkan Honor View20 Rm500 Lebih Murah Daripada Harga Asal

Bagaimana Mendapatkan Honor View20 Rm500 Lebih Murah Daripada Harga Asal

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 284 hits
View20 adalah antara telefon pintar dibawah jenama HONOR yang telah dilancarkan pada awal tahun ini Telefon ini juga merupakan sebuah telefon pintar mercu daripada mereka yang ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif Telefon pintar ini ...
Bos Airasia Soal Penurunan Harga Tiket Pesawat Lcc Kami Sudah Murah

Bos Airasia Soal Penurunan Harga Tiket Pesawat Lcc Kami Sudah Murah

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 248 hits
Direktur Utama Air Asia Indonesia Dendy Kurniawan sejauh ini tiket pesawat yang dijual maskapainya sudah murah dan dapat dijangkau oleh masyarakat
Rakyat Puas Hati Harga Makanan Murah Pada Musim Perayaan

Rakyat Puas Hati Harga Makanan Murah Pada Musim Perayaan

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 304 hits
JOHOR BAHRU Harga bekalan makanan terutama sayur sayuran dan ternakan seperti ayam yang terkawal dan munasabah pada musim perayaan kali ini menyebabkan rakyat puas hati dan selesa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ay...
The Bed Klcc Menawarkan Pelbagai Jenis Bilik Yang Selesa Dan Cantik Dengan Harga Murah

The Bed Klcc Menawarkan Pelbagai Jenis Bilik Yang Selesa Dan Cantik Dengan Harga Murah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 569 hits
The Bed KLCC menawarkan pelbagai jenis bilik yang selesa dan cantik dengan harga murah Untuk blog post kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang hotel yang sangat cantik selesa dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan Dekat ...
Rei Mulai Juli 2019 Harga Rumah Subsidi Naik

Rei Mulai Juli 2019 Harga Rumah Subsidi Naik

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 357 hits
Real Estate Indonesia menyatakan mulai bulan Juli 2019 harga rumah subsidi naik dari Rp 130 juta menjadi Rp 140 juta per unit antara lain disebabkan oleh naiknya harga tanah Kenaikan tersebut mencapai 7 hingga 8 persen
Harga Tiket Pesawat Tinggi Jumlah Wisatawan Ke Danau Toba Turun

Harga Tiket Pesawat Tinggi Jumlah Wisatawan Ke Danau Toba Turun

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 292 hits
Tingginya harga tiket pesawat berpengaruh besar pada sektor pariwisata Kunjungan wisatawan ke Danau Toba pun menurun
Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Resepi Makmur Pandan


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Kurangkan Hukuman Dnaa Jejas Skor Indeks Persepsi Rasuah Negara

Bateri 7000mah Untuk Siri Galaxy S26