Jom Sambut Hari Arafah Hari Wukuf Kemuncak Ibadat Haji




Hari wukuf 2019. 
Dari petang: Sabtu, 10 Ogos
Hingga petang: Ahad, 11 OgosTarikh mungkin berbeza-beza.JEMAAH perlu menyedari di Arafah tiada lagi keselesaan seperti ketika menginap di maktab dan hotel semasa di Mekah dan Madinah. GAMBAR HIASAN/BERNAMA  
HARI ini adalah hari wukuf iaitu kemuncak bagi ibadat haji.Tahun lalu, dianggarkan 3.2 juta umat Islam dari seluruh dunia termasuk Malaysia berkumpul di Arafah bagi menentukan sahnya ibadat haji masing-masing.Ini kerana tanpa wukuf ibadat haji akan menjadi sia-sia dan Rasulullah ketika ditanya mengenai ibadat haji bersabda: “Haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah).”Wukuf atau Hari Arafah adalah gambaran Padang Masyhar yang semua makhluk dikumpulkan sebelum ke syurga atau neraka untuk umat manusia merenungi hari akhirat. Ia antara hari yang dimuliakan dan di sisi Allah. Wukuf di Arafah adalah amalan yang sangat besar impaknya berikutan ketika itu suasana perhambaan amat jelas kelihatan. Ini kerana ketika wukuf jemaah berkumpul dengan penuh khu­syuk mengabdikan diri dan menadah tangan berdoa agar diampunkan dosa dan diterima segala amalan.Semuanya sama memakai ihram tanpa mengira pangkat dan kedudukan kerana yang membezakan manusia di sisi Allah adalah takwa. Ketika itu Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada jemaah yang wukuf di Arafah untuk mendengar ungkapan dan keluhan hati hamba-hamba-Nya.Oleh itu, bentangkanlah dosa-dosa yang pernah dilakukan satu persatu kerana pada hari itu ‘pintu langit’ dibuka seluas-luasnya bagi umat-Nya berdoa.Menangislah semahu-mahu­nya tanda penyesalan serta meng­akui dosa-dosa yang dilakukan dengan jujur, ikhlas dan tanpa rasa sombong kerana air mata hamba yang bertaubat boleh ‘memadamkan’ api neraka untuknya. Dan dengan itu semoga keampunan menjadi milik kita. Perjalanan jemaah haji dari Mekah ke Arafah kira-kira 22 kilometer bermula pada 8 Zulhijah supaya dapat berada di bumi Arafah walaupun seketika bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijah sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijah.Bagi jemaah Malaysia, segala keperluan dan pergerakan sudah disediakan dan ditetapkan oleh Tabung Haji. Namun, cabaran tetap ada termasuk tempoh perjalanan yang lama disebabkan keadaan jalan yang sesak.Jemaah juga perlu menyedari di Arafah tiada lagi keselesaan seperti ketika menginap di maktab dan hotel semasa di Mekah dan Madinah, sebaliknya hanya khemah dengan ruang yang kecil menjadi tempat tidur.Itu belum dikira pelbagai ragam oleh rakan satu khemah, rakan-rakan sendiri atau ahli keluarga yang sama-sama menunaikan haji, semuanya perlu dihadapi dengan sabar, reda serta sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.Satu lagi aspek yang akan meng­uji kesabaran jemaah adalah jumlah tandas yang terhad, yang perlu dikongsi dengan ribuan orang sehingga perlu menunggu lama untuk menggunakannya.Cuaca panas menjangkau hingga 46 darjah Celsius juga terpaksa dihadapi oleh jemaah pada musim haji tahun ini yang memerlukan mereka berada pada tahap kesihatan yang baik. Namun, kali ini jemaah Malaysia beruntung kerana pihak Muassasah Asia Tenggara bermurah hati menyediakan kemudahan pendingin hawa bagi menghadapi suhu panas Arafah. Walaupun terpaksa bersesak dalam khemah, namun sekurang-kurangnya wukuf dapat dijalani dengan lebih selesa yang sepatutnya membolehkan jemaah lebih khusyuk dalam beribadah.Kemudahan itu boleh disifatkan sebagai ‘hadiah’ daripada pihak muassasah kerana tidak melibatkan kos tambahan kepada Tabung Haji berikutan sikap jemaah Malaysia yang terkenal dengan disiplin dan mengikut peraturan pihak berkuasa Arab Saudi.Sejak tahun lepas juga, lebih banyak bangunan tandas bertingkat disediakan di Arafah bagi kemudahan dhuyufurrahman.Justeru, perlu banyak ber­syukur dan bersabar selain bertolak ansur untuk memberi laluan kepada mereka yang dalam kecemasan. Dalam hal ini, persiapan awal yang dilakukan jemaah dari segi rohani, minda dan fizikal mampu meningkatkan persedia­an mereka bagi menghadapi hari wukuf.Paling penting mohon kepada Allah agar segala urusan dipermudahkan dan tinggalkan perkataan keji, pertengkaran serta berkelahi sesama jemaah.Dalam tempoh berwukuf, banyak amalan sunat boleh dilakukan jemaah iaitu solat berjemaah, solat sunat, bertalbiah, berdoa, berselawat dan beristighfar, berzikir dan membaca al-Quran.Banyakkanlah berdoa kerana ketika wukuf adalah tempoh mustajab berdoa dengan me­minta ampun untuk diri sendiri, ibu bapa serta semua yang dikasihi.Bagi umat Islam yang tidak berkesempatan menunaikan haji, peluang tetap diberikan oleh Allah untuk mendapat ganjaran iaitu dengan berpuasa pada hari Arafah.Rasulullah ketika ditanya tentang puasa pada hari Arafah ber­sabda: “Diampunkan dosa setahun lalu dan setahun akan datang.” (Riwayat Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).


Seruan Program Penghayatan Hari Arafah 2019 Di Terengganu. (Video)
Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Juta...Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi (4)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/jom-sambut-hari-arafah-hari-wukuf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Neelofa Ibu Terkedu Saat Hujan Turun Ketika Wukuf Kongsi Pengalaman Luar Biasa Kemuncak Haji

Neelofa Ibu Terkedu Saat Hujan Turun Ketika Wukuf Kongsi Pengalaman Luar Biasa Kemuncak Haji

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 567 hits
Jutaan jemaah Haji telah melaksanakan ibadat wukuf beberapa hari lalu Di Gunung Arafah sebagai salah satu ritual kemuncak ibadat haji Pada saat itu jemaah haji di seluruh dunia berserah diri sepenuhnya kepada Allah swt dan berdoa seluruh ha...
79 Jemaah Haji Malaysia Dibawa Wukuf Ke Arafah Dengan Ambulans

79 Jemaah Haji Malaysia Dibawa Wukuf Ke Arafah Dengan Ambulans

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 560 hits
Musim haji tahun ini menyaksikan 30 200 jemaah haji Malaysia mengerjakan rukun Islam ke 5 itu dibantu 640 petugas TH MAKKAH Seramai 79 orang jemaah haji Malaysia yang sedang dirawat di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji Syisyah di sini telah...
Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Kepada Bekas Isteri Nedim

Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Kepada Bekas Isteri Nedim

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 570 hits
Pelakon Nora Danish menyambut ulang tahun kelahiran anak kepada bekas isteri suaminya Nedim Nazri iaitu Bee Khan Menerusi laman Instagram Nora atau nama penuhya Nora Mohd Danish Hanif berkongsi posting ketika mengadakan majlis hari jadi ana...
Kelebihan Puasa Hari Arafah

Kelebihan Puasa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 401 hits
Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji iaitu bagi bukan jemaah haji Antara kelebihan puasa sunat hari Arafah ialah 1 Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang Dari...
Jemput Datang Ke Rumah Tokti Sambut Hari Jadi Tun M Amp Isteri Penuh Meriah

Jemput Datang Ke Rumah Tokti Sambut Hari Jadi Tun M Amp Isteri Penuh Meriah

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 262 hits
Hubungan akrab antara Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dengan keluarga penyanyi nombor satu negara nbsp Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya sudah diketahui sejak dahulu lagi Walaupun berlainan bidang dua figura penting neg...
Apa Yang Istimewa Sangat Dengan Hari Arafah Pada 9 Zulhijah Tu

Apa Yang Istimewa Sangat Dengan Hari Arafah Pada 9 Zulhijah Tu

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 472 hits
Apa yang istimewa sangat dengan Hari Arafah pada 9 Zulhijah tu 9 Zulhijah hanya setahun sekali Dan merupakan birthday MF dalam bulan Islam juga tarikh ni Sebab tu dikatakan the best day of the day Hehe Hari Arafah ni adalah hari istimewa Se...
Kumpulan Amalan Pada Hari Arafah

Kumpulan Amalan Pada Hari Arafah

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 589 hits
Apa saja amalan yang bisa dilakukan pada hari Arafah
Masyarakat Diseru Sambut Hari Kebangsaan Dengan Penuh Semangat Patriotik

Masyarakat Diseru Sambut Hari Kebangsaan Dengan Penuh Semangat Patriotik

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 232 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025