Kelebihan Puasa Hari Arafah
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمدالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji. Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:
1) Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”(HR Muslim)
2) Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. [baca sini]Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(HR al-Bukhari)
3) Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…- muzir.wordpress.com—Rujukan:
Riyadh as-Solihin, bab keutamaan berpuasa dan berbuat baik pada 10 hari permulaan bulan Dzulhijjah.Al-Fiqhu al-Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i, bab puasa sunat.
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
Tags : puasa arafah, puasa, mufti, niat puasa arafah, keutamaan puasa arafah, puasa arafah 2017, puasa arafah dan tarwiyah, berapa hari puasa arafah, hikmah puasa arafah, puasa arafah adalah, niat puasa arafah dan tarwiyah, manfaat puasa arafah, doa niat puasa arafah, niat buka puasa arafah, puasa arafah tarwiyah, doa buka puasa arafah, doa puasa arafah, niat puasa arafah idul adha, dakwah, makna puasa arafah, bacaan niat puasa arafah, puasa arafah tahun 2017, puasa arafah sehari atau dua hari, keutamaan puasa tarwiyah arafah, 10 hari, ustadz adi hidayat, menghapus dosa, bulan haji, hari kesembilan dzulhijjah, ustadz adi hidayat lc ma, idul adha, bulan dzulhijjah, adi hidayat, ustadz, puasa arafah berapa hari, rizqan channel, religion (tv genre), day of arafat (holiday), waktu puasa arafah, berpuasa arafah, puasa arafah, puasa, puasa arofah, khalid basalamah, keutamaan puasa arafah, niat puasa arafah dan tarwiyah, kajian sunnah, kajian, ustadz, haji, umroh, ustadz adi hidayat, wukuf, indonesia, waktu puasa arafah, berpuasa arafah, padang arofah, kapan waktu, buya yahya, buya yahya | kapan waktu puasa arofah tiba, rukyatul hilal, adi hidayat, bulan dzulhijjah, puasa bulan dzul hijjah, lafad niat puasa arafah, dalil, lafadz, dzikir, rizqan channel, do’a, riba, masjid, al azhar, nurul iman, idul adha, ustadz adi hidayat lc ma, arafah, hari arafah, khazanah, islam, saila, haji, malaysia, sungai petani, masjid al-majidi, agama, ilmu, majlis, majlis ilmu, arrahmantv, zonkita, zonkuliah, day of arafat (holiday), kedah, masjid al majidi, sungai layar hujung, sungai layar, ustaz wadi anuar, ustaz wadi, anuar, wadi, ustaz, kuliah asar, asar, kuliah, tata cara puasa arafah, hadits puasa arafah, kapan puasa arafah, poster dakwah, puasa arafah berapa hari, bacaan niat puasa arafah, puasa arafah dan tarwiyah, berapa hari puasa arafah, hikmah puasa arafah, puasa arafah adalah, niat puasa arafah dan tarwiyah, arafah, indonesia, stand up comedy, jakarta, netmedia, wishnutama, net, netmediatama, indosiar, net tv, arafah rianti, artis, seleb, selebriti, media, celebrity, imam darto, dimas danang, imamdarto, danangpostman, darto, danang, indika production, indika energy, indika, spacetoon, the dandees, cartun, cartoon, kartun, gossip, gosip, agus lasmono, comenters, anne abdullah, ucop hashim, eizlan yusof, normah damanhuri, jasmin hamid, nabila huda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mohdnoorshawal.com/2019/08/kelebihan-puasa-hari-arafah.html