Jom Rebut Pahala Mudah Bantu Yang Memerlukan


Bagi meringankan beban keluarga yang dikenal pasti berdepan kegawatan hidup, Jelita bersama team HerInspirasi mengajak anda menghulurkan bantuan menerusi HappyBankCrew. HerInspirasi yang dikuasakan oleh Jelita, Her World, The Malaysian Women’s Weekly dan Shape ini mahu memainkan peranan lebih proaktif bagi membantu badan bukan kerajaan, HappyBankCrew meraih dana.
Dana yang anda hulurkan akan digunakan untuk membeli bahan makanan dan keperluan asas bagi membantu golongan yang amat memerlukan.
Ramai yang sukar meneruskan kelangsungan hidup akibat penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) terutama daripada kelompok B40, M40 dan pekerja asing. Akibatnya, ramai yang terputus bekalan makanan.
JOM #TENGOKJIRANKITA Menerusi kempen HerInspirasi x HappyBankCrew ini, kami mahu mengajak anda untuk #TengokJiranKita. Adakah mereka sedang susah? Adakah mereka kekurangan makanan?
Apa kata menderma RM50 untuk menaja makanan buat satu keluarga. Namun, jika mahu membuat sumbangan lebih, sudah tentu dialu-alukan.
View this post on Instagram
There are too many people affected during this MCO/RMO. Most of our recipients came from the B40, M40 families & immigrant labour workers. We’re trying our best to send food supplies to different places & different states EVERYDAY. The number of cases that we get is only getting higher & higher. We’re currently short of funds & we really really reallyyy need your help to make sure food supplies can be sent to those families. Help them by donating to our Maybank account number 568621000906 : Happy Crew Project. Even small donations would make a big difference to their lives. We can’t let anyone left behind, we can’t let anyone being left in hunger at night knowing there’s nothing to eat for tomorrow. We’re asking for their behalf so please, help us. #TengokJiranKita #KitaJagaKita #FightCovid19
A post shared by Happy Bank (@happybankcrew) on Apr 15, 2020 at 4:32am PDT

Menurut Nurainie Haziqah, pengasas Happy Bank ini, dana yang dikutip bertujuan membantu dua kelompok masyarakat. “Kumpulan pertama yang dibantu biasanya membabitkan keluarga berpendapatan kecil dan imigran yang menetap di flat kos rendah. Kami akan mencari individu yang bertanggungjawab dan berhubung secara terus dengan mereka, supaya kami boleh terus menghantar makanan. Ianya lebih selamat dalam keadaan tularan wabak Covid-19 ketika ini.
“Keduanya adalah kes adhoc. Kami menerima banyak kes sebegini setiap hari. Biasanya kami akan menemu ramah mereka terlebih dulu untuk mengesahkan informasi selain mengutip data.
“Setiap malam, kami akan adakan mesyuarat secara berkumpulan (dengan ahli Happy Bank) dan bila kesemuanya diluluskan, barangan makanan akan diaturkan untuk dihantar keesokan harinya,” katanya.
Menurut Nurainie, HappyBankCrew terdiri daripada lima orang.
PRESTASI HAPPY BANK Selain giat membantu warga miskin kota di ibu negara, Happy Bank juga telah menghantar dana ke Tawau, Sabah untuk menghulurkan bantuan kepada nelayan kampung selain ke keluarga terpilih di Johor, Perak juga di Kelantan.
View this post on Instagram
Lahad Datu, Sabah. Ini adalah antara kawasan yang tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak setakat ini. Rata-rata penerima hanya bekerja sebagai penoreh getah, pekebun & membuat kerja-kerja kampung. Kesemua penerima terputus bekalan makanan & tidak dapat bekerja. Keadaan rumah mereka sangat daif & tinggal jauh di pedalaman. Jutaan terima kasih buat Ustaz Samsuali sudi menawarkan diri & menjadi wakil kami di sana. Akan ada lebih banyak bantuan di Lahad Datu disampaikan selepas ini. #TengokJiranKita #KitaJagaKita #FightCovid19
A post shared by Happy Bank (@happybankcrew) on Apr 13, 2020 at 9:43pm PDT

Antara kisah yang mencuit kepiluan Jelita adalah mengenai seorang mualaf yang hidup susah, dan perlu menjaga seorang ibu. Sewaktu Happy Bank menghantarkan bantuan, individu berkenaan mahu memulangkan beras kerana mereka tidak mempunyai dapur memasak malah tiada tong gas. Mereka hanya memasak makanan menggunakan ketuhar gelombang. “Maggi tu dia kata, dia rendam dulu dengan air biasa, kemudian masuk dalam microwave,” antara petikan dikongsikan di Twitter HappyBankCrew.
Setakat 10 April lalu, Happy Bank telah mengutip perbelanjaan sebanyak RM111,623 dan membantu kira-kira 1,721 keluarga.
Jika anda mahu menderma, ini caranya: Nama akaun: Happy Crew Project Nombor akaun: 568621000906 (Maybank) Rujukan: Covid-19 The post Jom Rebut Pahala Mudah, Bantu Yang Memerlukan appeared first on Her Inspirasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://herinspirasi.com/herinspirasi/jom-rebut-pahala-mudah-bantu-yang-memerlukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Campur Tangan Politik Bantutkan Usaha Bantu Rakyat Memerlukan

Campur Tangan Politik Bantutkan Usaha Bantu Rakyat Memerlukan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 291 hits
Pada 14 April 2020Kehidupan rakyat amat terkesan dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan ketika ini Rakyat terutama kelompok berpendapatan rendah atau B40 sangat memerlukan bantuan dan bantuan itu perlu tiba segera kepada mereka M...
Walau Sarat Mengandung Ardell Aryana Tetap Turun Padang Bantu Yang Memerlukan Bakal Melahirkan Anak Tak Lama Lagi

Walau Sarat Mengandung Ardell Aryana Tetap Turun Padang Bantu Yang Memerlukan Bakal Melahirkan Anak Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 699 hits
Pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan isterinya Ardell Aryana memang diketahui umum sering melakukan kerja kerja amal dan misi kemanusiaan Dalam satu posting Nadzmi di Instagram dia berkongsi tentang keadaan terkini kandungan isteri tercinta ...
Resepi Kek Marble Mudah Dan Sedap Jom Cubanya Sendiri

Resepi Kek Marble Mudah Dan Sedap Jom Cubanya Sendiri

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 1285 hits
RESEPI KEK MARBLE MUDAH DAN SEDAP JOM CUBANYA SENDIRI Sejak PKP dikuatkuasakan ni rasanya ramai dah para ibu yang jadi terror memasak dengan tiba tiba Hehe Tak kurang jugak ada yang dah semakin rajin ke dapur Ehh bukan dulu malas tau Cumany...
Sean Selvaraj Berhajat Bantu Keluarga Yang Memerlukan

Sean Selvaraj Berhajat Bantu Keluarga Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 398 hits
Kesusahan orang ramai susulan serangan wabak COVID 19 yang kini sedang melanda seluruh dunia tidak terkecuali di Malaysia membuatkan pemain sayap kiri Selangor Sean Selvaraj terpanggil untuk berkongsikan rezeki yang dinikmatinya pada ketika...
Intan Najuwa Hulur Bantuan Rm10 000 Buka Tabung Bantu Golongan Yang Memerlukan

Intan Najuwa Hulur Bantuan Rm10 000 Buka Tabung Bantu Golongan Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 499 hits
Pelakon terkenal Intan Najuwa dikatakan telah membuka tabung bantuan untuk bantu golongan yang berada dalam kesusahan sebanyak RM10 000 semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Intan mengatakan yang dia mampu beri sebanyak itu sahaja...
Derma Dengan Ikhlas Inisiatif Airasia Bantu Mereka Yang Memerlukan Ramadan Ini

Derma Dengan Ikhlas Inisiatif Airasia Bantu Mereka Yang Memerlukan Ramadan Ini

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 516 hits
AirAsia com menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan melancarkan Derma Dengan Ikhlas satu inisiatif derma digital awam dalam sebuah platform yang selamat dan terjamin bagi individu atau organisasi yang ingin menjalankan tanggungjawab amal me...
Cadangan Potong Gaji Penjawat Awam Demi Bantu Golongan Sasar Kata Bos Mydin

Cadangan Potong Gaji Penjawat Awam Demi Bantu Golongan Sasar Kata Bos Mydin

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 772 hits
Taikun peruncitan Ameer Ali Mydin menjelaskan kenyataannya untuk penjawat awam berpendapatan RM3 000 ke atas menerima potongan gaji hanya cadangan yang dibuat atas dasar seorang usahawan dan pemerhati ekonomi berdasarkan ekonomi negara sema...
Dana Jaminan Makanan Rm1 Bilion Mesti Diguna Bantu Petani

Dana Jaminan Makanan Rm1 Bilion Mesti Diguna Bantu Petani

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 286 hits
PKR kesal dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang didakwa kurang serius dalam usaha membantu petani selepas pekebun kecil masih melakukan penghapusan tanaman dan sayur sayuran untuk mengelakkan kerugian Bendahari Agung PKR Le...
Ibu Bapa Buat 5 Perkara Ini Gerenti Boleh Bantu Anak Belajar Di Rumah

Ibu Bapa Buat 5 Perkara Ini Gerenti Boleh Bantu Anak Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 633 hits
Sepanjang tempoh PKP ini pasti ada ibu bapa yang menjadi cikgu dirumah sendiri Manakan tidak jika anak anak asyik bermain dan langsung tidak mengulangkaji pelajaran anak anak boleh ketinggalan dalam pelajaran Walaupun anda tidak mengajar se...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai