Jom Makan Makan Di Red Spice Quayside Mall
Red Spice, Quayside Mall | Anda pernah ke Quayside Mall? Mall yang cantik dengan dekorasi flamingo ni menawarkan banyak tempat makan best. Antara tempat makan pilihan CN dan keluarga adalah Red Spice.
Jom makan-makan di Red Spice | Quayside Mall
Pelbagai Makanan Fusion di Red Spice, Quayside Mall
Red Spice menawarkan pelbagai jenis makanan dari local sehingga ke western. Ada juga aneka pastry dan kek serta pilihan kopi yang sedap. Boleh santai bersama keluarga dan kawan-kawan mengopi ataupun boleh je makan nasi!
Artisan & Fusion gituw
Family time di Red Spice, Quayside Mall
Portion makanan dekat sini memang besar, berbaloi dengan harga. Selain makanan yang sedap, dekorasi di Red Spice ni memang cantik. Menawarkan tempat makan open air atau aircond. Vibe dekat sini memang best untuk bersantai bersama tersayang sambil menikmati makanan sedap.
Antara menu pilihan CN sekeluarga
Antara pilihan pastry dan kek di Red Spice
Antara makanan dan minuman pilihan CN dan keluarga seperti di bawah.
✅ Nasi Pandan Delight
Nasi Pandan Delight: Gabungan nasi pandan dengan satay dan sambal memang ngam! Portion besar. Ayam goreng crispy tu besar-besar tau. Terpaksa makan berdua dengan Encik Suami. Sambal tak berapa pedas, sesuai untuk anda yang tak makan pedas.
✅ Spaghetti Aglio Olio
Spaghetti Aglio Olio
: Meriah ada macam-macam dalam spaghetti aglio olio ni. Ada cendawan enoki, tomato cherry dan grilled chicken. Rasa ngam! Grilled chicken tu sahaja dah banyak. Anda akan tersandar kekenyangan lepas makan
✅ Crispy Caribbean Chicken Chop
Crispy Caribbean Chicken Chop
: First time CN jumpa chicken chop dengan kuah kuning. Rasa unik macam masak lemak cili api tapi tak pedas, ada rasa nanas, memang fusion la menu ni! Portion chicken chop ni memang besar.
✅ Grilled Chicken Burger
Grilled Chicken Burger
: Tak nak makan nasi, nak makan burger? Boleh je, ada banyak pilihan burger. Yang CN try ni grilled chicken burger. Besar tau burger ni, terpaksa potong dua kalau nak makan. Jenuh menganga! Hehehe..
Aqil suka sangat set ni
✅ Havana Salad
Havana Salad
: Anda diet? Ada banyak pilihan salad dekat sini. Paling sedap Havana Salad ni. Ada gabungan macam-macam, limau mandarin tu manis, memang nice!
✅ Caffe Latte
Caffe Latte
: Siapa coffee lover mesti approve pilihan coffee dekat sini. Rasa hot caffee latte ni memang kick. Bau pun mengancam. Caffe latte art pun lawa, sis suka!
✅ Vanilla Caramel Frappe
Vanilla Caramel Frappe
: Tak minum kopi? Boleh je try pelbagai jenis frappe dekat sini. Antara yang sedap adalah vanilla caramel frappe. Dhia dengan Aqil suka sangat! Duk berebut dua orang tu.
Vanilla Caramel Frappe ni kegemaran Dhia dan Aqil
✅ Honey Lychee Tea
Honey Lychee Tea
: Pilihan Encik Suami CN adalah honey lychee tea. Rasa tea madu dengan laici. Sangat menyegarkan.
✅ Aqua Blue
Aqua Blue
: Anak bujang CN si Irfan pun pilih aqua blue. Air soda biru dengan gabungan biji selasih. So refreshing orang jawa cakap!
✅ Pavlova
Pavlova
: Portion pavlova ni besar betul! Jenuh nak menghabiskan kalau makan sorang tau. Rasa manis dengan lemak whipped cream dan masam buah memang ngam! Rasa bahagia makan dessert ni.
So, kalau ke Quayside Mall, boleh la singgah makan di Red Spice. Memang berbaloi ke sini
Video CN & keluarga di Red Spice, Quayside Mall
Lokasi Red Spice Quayside Mall
~ Sharing is caring from Cekgunorazimah ~
#RedSpice #QuaysideMall #Cafe #FusionFood #Coffee #food #foodporn #foodie #instafood #foodphotography #foodstagram #yummy #foodblogger #foodlover #delicious #foodgasm #tasty #restaurant #beranda #picoftheday #fyp #foodpics
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cekgunorazimah.com/2024/02/jom-makan-makan-di-red-spice-quayside.html