Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai
Balik dari membeli baju encik suami dan sedikit hadiah untuk anak-anak buah di AEON Nilai, kita cari kedai makan untuk makan malam. Jomlah kita ke Toko Asad alang-alang dah dekat dengan AEON Nilai tu dalam perjalanan balik.
Saya tahu Toko Asad ni dari TikTok. Mana-mana cafe yang menarik erus save dulu. Bila ada peluang pergi, dapatlah kita melepak kejap makan malam.
Suka betul dengan vibes di Toko Asad ni. Klasik betul dekorasi dan seni bina kedainya. Ala rumah kampung Jepun pun ada. Kalau tak silap saya, Toko tu maksudnya kedai. Kan? Asad tu mungkin nama pemiliknya? Tak pastilah pula.
Dari parkir kereta, kami melalui dari pagar parkir. Kelihatan dari jauh nampak open kitchen dan luarannya counter bar.
Kami masuk terus dan buat pesanan di kaunter pesanan (tingkap sebelah kiri). Oleh kerana kami first timer, staff memberikan penerangan untuk setiap menu
Disini tak ada makanan berat-berat. Hanya ada makanan ringkas untuk makan santai-santai lepak. Begitulah secara ringkasnya.
Lepas dah buat pesanan, kami pilih meja yang berdekatan dengan kaunter. Masa kami sampai ada beberapa meja yang telah dihuni. Malas pula nak mencari cari meja lain yang jauh
Sebelah kiri saya ada beberapa lagi meja kosong di celah celah pokok bunga. Menarik juga ruangan disitu. Oleh kerana dah memilih tempat, malas lah pula nak bangun.
Kawasan ni nampak macam nursery pula. Kan? Mungkin juga bekas tapak nursery yang tidak diusahakan lagi. Boleh jadi juga. Ehh..pandai pandai je buat cerita
Saya perasan kalau Cafe terbuka mesti ada mentol mentol sebegini. Nampak menarik dan lebih romantik gitu dengan cahaya begini
Di sebelah kanan pula ada satu lagi counter bar dan kerusi tinggi. Dah terbayang bayang dah, kalau ambil gambar di situ mesti cantik. Posing ala-ala sedang menikmati secawan kopi panas yang masih berasap. Fuhh..jauh berangan bayang pun tak nampak
Malas nak pergi duduk jauh bukan apa, bila dekat senang sikit nak ambil order. Kena ambil sendiri di kaunter pick up ni. Tingkap sebelah kanan
Lepas kami buat pesanan, baru saya roger anak buah yang duduk di nilai. Bertiga lah kami melepak di sini. Bila dah bertiga, lama sikitlah menyembangnya. Tapi masa saya ambil gambar ni dia baru nak buat pesanan di kaunter tu ha. Dia pesan pun benda yang sama je. Jadi tak ambil gambar dah
Saya pesan dirty latte (panas). Bukan kotor tau. Memang nama dia macam tu. Tak tahu lah terma maksud kopi dia apa. Encik suami pilih laburica modern (ice), dia macam spanish latte katanya. Anak buah pun pilih laburica modern juga. Rasa kopinya pada saya biasa je.
Untuk makanan, encik suami pilih Mr. Miyagi. Pau dengan isi daging. Sedap juga macam style pau macam ni. Kenyang jugalah makan sorang satu
Oleh kerana nak makan berat sikit saya pilih menu maze mee. Mi macam kuetiau halus dengan daging cincang, sayur pak choy, telur sebiji, sambal kicap dan daun bawang dengan kuah yang sedikit. Cara makan dia kena gaulkan semua katanya. Gambar kurang jelas lah pula. Letak je lah memandangkan gambar backup tak ada
Semua sekali seperti dalam resit tak termasuk harga yang anak buah pesan. Anak buah punya pesanan tambah laburica modern dan maze mee
Best makan disini sebab suasananya tu. Untuk makanan lepak-lepak santai tu sesuailah. Kalau lapar nak makan nasi memang tak ada ye. Menu dia unik selari dengan namanya.
Untuk masa akan datang mungkin boleh sertakan sekali gambar dan menu. Senang tak perlu terangkan satu-satu gitu. Untuk harga macam pricey sikit. Dari segi rasa okay je lah. Tapi pau tu, Mr Miyagi memang sedap
Untuk datang sini boleh google atau waze je. Kawasan parkir pun luas. Kawasan ruang makan pun luas dan selesa sebab meja jauh-jauh. Ada lah privasi sikit kan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2024/02/melepak-makan-malam-di-toko-asad-nilai.html