Jom Kita Ikut Apa Harakahdaily Cakap


 



Mari kita ikut pencerahan yang bertarikh 31 Oktober 2022 yang disiarkan di akhbar Harakahdaily untuk memahami situasi di Dewan Rakyat mutakhir ini. Pencerahan yang cukup jelas, bak kata orang, "hari itu faham hari ini buat-buat tak faham."


***********************
Artikel
Apa sebenarnya definisi lompat parti? 
October 31, 2022


DEWAN Rakyat telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan dengan undian dua pertiga majoriti pada 28 Julai 2022.


Namun, tidak ramai yang aware apa definisi sebenar lompat parti yang telah dipersetujui.


Definisi ini tidak dilakukan secara unilateral. Ia adalah syor daripada Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) dengan keanggotaan rentas parti.


Antaranya ahli PSC adalah Azalina Othman (BN), Takiyuddin Hassan (PAS), Saifuddin Nasution (PKR-PH) serta Gobind Singh (DAP-PH).


Pindaan Perlembagaan Persekutuan ini sebahagiannya melibatkan tambahan peruntukan 49A iaitu Pertukaran Parti Politik Anggota.


Perkara 49A(1) menjelaskan sebab keanggotaan Dewan Rakyat gugur bermaksud seseorang itu telah dianggap melompat parti. 


(a)(i) dia melepaskan keanggotaan parti politik itu;


(a)(ii) dia tidak lagi menjadi anggota parti itu;


(b) setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota suatu parti politik, dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota.


Perkara 49A(2) sebaliknya mengecualikan maksud lompat parti bagi tindakan berikut;


(a) pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya;


(b) pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dipilih sebagai Yang di-Pertua;


(c) pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya. 


Prinsip asas dalam mendefinisikan lompat parti adalah berdasarkan tindakan seseorang wakil rakyat itu sendiri untuk keluar parti yang dianggotainya.


Fahami situasi berikut.


Situasi 1:


Ali menang atas tiket Bebas. Selepas menang beliau sertai Gerakan. Maka dia dikira lompat parti. 


Situasi 2:


Ali menang atas tiket DAP, kemudian keluar menjadi Bebas. Dia dikira lompat parti. 


Situasi 3:


Ali menang atas kerusi BERSATU dalam PERIKATAN NASIONAL. Dia keluar parti dan sertai PAS juga dalam PERIKATAN NASIONAL. 


Dia tetap dianggap lompat parti kerana prinsip asas adalah partinya, bukan gabungan parti.


Situasi 4:


Ali menang atas kerusi PAN. Selepas menang dia keluar parti dan sertai PAS. Dia dikira lompat parti. 


Situasi 5:


Ali menang atas kerusi Umno. Tiba-tiba parti Umno membuat keputusan menyertai PERIKATAN NASIONAL. Maka, kerusi Ali dan Ahli Parlimen Umno tadi kekal dan tidak dianggap lompat parti.


Kerana tindakan melompat parti hanya ‘accountable’ atas individu yang keluar parti. 


Situasi 6:


Ali menang atas kerusi Pejuang. Dia dipecat oleh partinya atas sebab-sebab tertentu. Maka, dia tidak dianggap lompat parti kerana dipecat oleh parti.


Dipecat daripada parti tidak dianggap lompat parti. 


Situasi 7:


Tetapi, jika Ali melakukan sesuatu tindakan yang menyebabkan berdasarkan Perlembagaan parti dia digugurkan keahlian, maka dia dianggap lompat parti.


Kerana keahlian partinya tergugur bukan sebaliknya dipecat.


Situasi 8:


Ali parti PAN tetapi bertanding dengan logo PKR. Dia tetap dikira menang dengan nama PAN, bukan PKR. 


Jika dia bertanding sebagai calon PKR. Kemudian bertukar parti daripada PAN kepada PKR. Maka, dia dianggap lompat parti. 


Ia bergantung kepada apa keahlian parti Ali sebenarnya. 


Situasi 9:


Ali calon Bebas, tetapi meminjam logo MIC. Selepas menang status dia adalah Bebas dan bukannya MIC. 


Jika dia menyertai MIC, dia dianggap telah melompat parti walaupun asalnya dia bertanding dengan logo MIC. 


Jadi, kesimpulannya mudah. 


Lompat parti adalah mereka yang keluar daripada parti yang disertainya.


Lompat parti tidak dirujuk ke atas gabungan parti, tetapi parti.


Seseorang wakil rakyat juga tertakluk kepada Perlembagaan partinya. Jika dia melanggar disiplin parti dan disebabkan itu keahlian tergugur, maka dia dianggap telah melompat parti. 


Sebaliknya jika dia dipecat, dia tidak dianggap lompat parti. 


Soal logo parti dalam PRU tidak menjadi isu dalam undang-undang lompat parti, tetapi keahlian hakiki calon yang bertanding. 


Jadi, apa sebenarnya status Langkah Sheraton? 


HAFIZ MANSOR – HARAKAHDAILY 31/10/2022


Sumber:


1. Kertas pindaan RUU Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022 DR15/2022.


2. Hansard Dewan Rakyat 28 Julai 2022.


3. Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang RUU Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.


Sumber HAFIZ MANSOR






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/jom-kita-ikut-apa-harakahdaily-cakap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boikot Ikut Tekak

Boikot Ikut Tekak

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 86 hits
ISLAHSiapa sangka nilai nilai Islam seperti keadilan kebersihan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia nampaknya lebih diamalkan di negara negara Barat berbanding kita Padahal ini semua adalah ajaran asas dalam Islam yang sepatutnya ki...
Pdn Diserang Hacker Ahy Jangan Sekadar Ikut Ikutan Digitalisasi Ini Data Rakyat

Pdn Diserang Hacker Ahy Jangan Sekadar Ikut Ikutan Digitalisasi Ini Data Rakyat

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 154 hits
AHY berharap semua pihak di Kementerian setelah ini benar benar membuat benteng keamanan yang kokoh Sehingga tidak lagi ada kasus peretasan
Indikator Kos Sara Hidup Diubah Ikut Perkembangan Semasa Kata Pm

Indikator Kos Sara Hidup Diubah Ikut Perkembangan Semasa Kata Pm

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 100 hits
KERAJAAN telah melaraskan indikator nbsp bagi kos sara hidup agar sejajar dengan perkembangan semasa negara kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim lapor Bernama Menurutnya pengiraan bagi indikator nbsp ini diselaraskan berdasarkan pelbagai aspe...
Yb Viral Dan Kekawan Perlu Ikut Style Pkr

Yb Viral Dan Kekawan Perlu Ikut Style Pkr

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 100 hits
Perhimpunan rakyat oleh YB Viral dan kekawan telah pun diadakan di Putrajaya pada Sabtu 29hb Jun 2024 By the way saya pernah dengar nyanyian Cik Dayangku Intan di Bangi Avenue kurang lebih tahun sudah Tahniah diucapkan kepada kesemua pejuan...
Perhimpunan Anti Anwarpelik Kenapa Walaun Diehard Tak Ikut Serta

Perhimpunan Anti Anwarpelik Kenapa Walaun Diehard Tak Ikut Serta

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 156 hits
Zainuddin OmarPerhimpunan Anti Anwar di Putrajaya yang pada asalnya diharap puluhan ribu pendemo hanya dihadiri oleh 150 orang sahaja termasuk ramai pemberita dan photographers Kemungkinan besar dianjurkan oleh Walatok dan Walabah Pelik ken...
Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia

Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 171 hits
KUANTAN Maahad Tahfiz Negeri Pahang menafikan dakwaan tidak mematuhi pelaksanaan dan pengumpulan markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum di pusat berkenaan Sebaliknya ia menegaskan telah mematuhi semua garis panduan pelaks...
Bos Campak Makanan Berang Staf Tidak Ikut Arahan

Bos Campak Makanan Berang Staf Tidak Ikut Arahan

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 96 hits
KOSMO Tangkap layar video yang tular di media sosial sejak semalam memaparkan makanan yang dibuang oleh majikan tersebut kerana berang pekerjanya tidak mendengar arahan PETALING JAYA Seorang majikan bertindak di luar kawalan apabila sanggup...
Kadar Mas Kahwin Ikut Negeri Di Malaysia

Kadar Mas Kahwin Ikut Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 131 hits
Apakah kadar mas kahwin ikut Negeri di Malaysia yang terkini perlu para pengantin tahu Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda senarai kadar mas kahwin ikut Negeri di Malaysia yang terbaru untuk rujukan bakal bakal pengantin s...
Elok Ja Bagi Muka Biar Kena Maki Hamun Hari Hari Fitnah Ikut Suka Baru Orang Kata Baik Dan Tak Boleh Buat Apa Pun

Elok Ja Bagi Muka Biar Kena Maki Hamun Hari Hari Fitnah Ikut Suka Baru Orang Kata Baik Dan Tak Boleh Buat Apa Pun

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 165 hits
MSOPH TIDAK BOLEH BIARKAN POLITIK BOBROKPH menerima keputusan pilihan raya Sungai Bakap secara terbuka dan lapang dada Nurul Izzah Anwar sebagai pengerusi Keadilan Pulau Pinang dalam kenyataanya bersama calon Cikgu Joohari Ismail menyatakan...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation