Jom Jadi Sukarelawan Isma Yusoof


 Oleh HANISAH SELAMAT
ISMA YUSOOFPETALING JAYA – Pengarah dan pelakon, Isma Aizal Yusoof mengajak orang ramai menjadi sukarelawan bagi meringankan beban petugas barisan hadapan sepanjang musim pandemik Covid-19.
Katanya, pengalaman menyumbangkan khidmat di sebuah klinik kesihatan membuka matanya mengenai situasi mencabar dihadapi kakitangan perubatan dalam pelbagai bahagian.
“Hakikatnya kita sedang berperang dengan musuh yang kita tak nampak. Persoalannya, kenapa apabila perang di negara sendiri ramai yang macam tidak ambil peduli?
“Tetapi pelik apabila ada yang beriya-iya mahu mati syahid di Palestin? Adakah sebab mereka tidak nampak senjata dan bom, jadi mereka tidak sedar kita sedang berperang?
“Sedangkan di tanah air kita sendiri perlukan bantuan khususnya di klinik kesihatan, pusat vaksin dan sebagainya yang berhadapan masalah kekurangan kakitangan disebabkan pelbagai faktor.
“Saya harap sangat ramai lagi anggota masyarakat yang sudi menjadi sukarelawan. Jika ramai ‘turun padang’, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban petugas,” katanya kepada Kosmo! Online.
Terdahulu, pengarah Teman Lelaki Upahan itu terpanggil untuk melanjutkan kerja sukarelawan di sebuah klinik kesihatan sehingga 2 Julai ini yang sepatutnya dilakukan hanya seminggu.
Katanya, selepas merasai sendiri kesulitan dihadapi petugas barisan hadapan di situ yang kekurangan tenaga kerja, dia sanggup memperuntukkan lagi masa biarpun tanpa bayaran.
“Sepatutnya saya mendaftar sebagai sukarelawan cuma untuk seminggu tetapi apabila berada di sini, saya nampak betapa sibuknya mereka sepanjang hari.
“Disebabkan jumlah pesakit berganda dan kekurangan tenaga kerja, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertungkus lumus melakukan tugasan mereka malah setiap seorang perlu ‘multitasking’ demi memastikan segala urusan berjalan lancar.
“Tugas saya adalah membantu urusan pendaftaran pesakit namun sebenarnya di bahagian lain pun kekurangan petugas. Bagi mengisi tempat yang lompong, mereka bergilir membantu.
“Macam seorang pemandu ambulan, dia tolong saya mendaftarkan pesakit manakala ada dalam kalangan pembantu perubatan di bahagian kecemasan, mereka kena jaga juga kaunter saringan COVID-19,” katanya.
Menurut penggiat seni berusia 39 tahun itu, pengalaman lebih tiga minggu berkhidmat bersama pejuang barisan hadapan cukup membuka matanya mengenai pengorbanan mereka.
“Selama ini saya mungkin macam orang lain yang cuma mampu berterima kasih di atas masa dan tenaga dicurahkan ‘frontliner’ namun hakikatnya pengorbanan mereka lebih besar daripada itu.
“Bagi saya, dapat menghulurkan khidmat dan bekerja dengan mereka juga sebagai antara tanda terima kasih.
“Jadi saya ambil peluang untuk lanjutkan lagi perkhidmatan hingga awal bulan depan dan diharap ada sukarelawan pengganti yang bakal duduk di tempat pendaftaran itu nanti.
“Mereka memang memerlukan sokongan kita semua. Andai tak dapat membantu dari segi tenaga, tolonglah pastikan kita putuskan rantaian jangkitan Covid19 ini,” luahnya lagi.
Isma turut memaklumkan peristiwa yang dilalui setiap hari dalam menjalankan tanggungjawab di situ mencetuskan inspirasi dalam berkarya.
“Banyak ilham saya dapat apabila berdepan sendiri pengalaman berharga ini malah saya bertuah dapat belajar bahasa Tamil serta Mandarin.
“Jangan terkejut kalau suatu hari nanti saya berkarya dalam drama bukan Melayu yang tentu sarat unsur kepelbagaian,” kongsinya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/jom-jadi-sukarelawan-isma-yusoof.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Habiskan Masa Sehari Di Negeri Selangor Jom Lawati Daerah Hulu Langat

Habiskan Masa Sehari Di Negeri Selangor Jom Lawati Daerah Hulu Langat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 287 hits
Hulu Langat merupakan daerah yang paling sesuai digambarkan oleh ungkapan kampung di tengah bandar besar Ia disebabkan suasana tradisi dan keindahan kampung yang tetap wujud di Daerah ini walaupun dikelilingi dengan pembangunan yang pesat D...
Sukarelawan Dikompaun Bukan Kerana Sampaikan Bantuan

Sukarelawan Dikompaun Bukan Kerana Sampaikan Bantuan

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 187 hits
KUALA KANGSAR Kompaun yang dikeluarkan ke atas seorang sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan bukan kerana kesalahan menghantar bantuan sebaliknya disebabkan gagal mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 Ketua Poli...
Anggota Pasukan Polis Sukarelawan Buat Part Time Grab Maut Dirempuh Lori Di Jalan Papar Lama

Anggota Pasukan Polis Sukarelawan Buat Part Time Grab Maut Dirempuh Lori Di Jalan Papar Lama

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 355 hits
Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang turut berada di lokasi membantu mangsa Sukarelawan polis maut dirempuh lori ketika part time Grab di Jalan Papar lama Seorang anggota Sukarelawan Simpanan Polis yang membuat kerja sa...
Peminat Game Roblox Dapatkan Gift Card Paling Latest Di 7 Eleven Jom Serbu

Peminat Game Roblox Dapatkan Gift Card Paling Latest Di 7 Eleven Jom Serbu

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 487 hits
Siapa disini merupakan peminat game Roblox Jika anda salah seorang peminat game Roblox ini adalah berita paling gembira buat anda kerana Gift Card game Roblox sudah boleh didapati di kedai serbaneka 7 elevan Tunggu apa lagi Jom kita serbu 7...
Susu Makin Kurang Nak Tau Tip Macam Mana Nak Meriahkan Susu Ibu Jom Baca Ni

Susu Makin Kurang Nak Tau Tip Macam Mana Nak Meriahkan Susu Ibu Jom Baca Ni

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 296 hits
SUSU MAKIN KURANG NAK TAU TIP MACAM MANA NAK MERIAHKAN SUSU IBU JOM BACA NI Ada ibu yang mempunyai masalah kurang susu badan Anak pulak kuat menyusu Sampai sakit miss B si ibu Kesian mak Jadinya nak kata petua nak tambahkan susu ibu ni mema...
Anda Ramai Follower Jom Buat Duit Dengan Involveasia

Anda Ramai Follower Jom Buat Duit Dengan Involveasia

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 279 hits
Jika anda ramai followers di TikTok Facebook Instagram atau Youtube jangan lepaskan peluang ini Biasanya affilite ni hanya 1 barang atau 1 syarikat je yang boleh kita promote Jom sertai This is a content summary only Visit my website for fu...
Bengkak Susu Apa Nak Buat Jom Cuba 13 Tip Ini Mungkin Boleh Membantu Anda

Bengkak Susu Apa Nak Buat Jom Cuba 13 Tip Ini Mungkin Boleh Membantu Anda

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 436 hits
BENGKAK SUSU APA NAK BUAT JOM CUBA 13 TIP INI MUNGKIN BOLEH MEMBANTU ANDA Kalau kena bengkak susu nangis ooo Boleh demam Nak disentuh sakit apatah lagi kalau baby nak hisap Boleh meraung dibuatnya Cikla taulah sebab cikla pernah kena dulu B...
Sukarelawan Terkejut Rumah Peminta Bantuan Penuh Dengan Stok Membukit

Sukarelawan Terkejut Rumah Peminta Bantuan Penuh Dengan Stok Membukit

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 263 hits
tuncarlos com PETALING JAYA Sekeping gambar memaparkan seorang penerima bantuan mengumpul sumbangan barangan keperluan harian sehingga membukit tular di pelbagai platform media sosial sejak semalam Pemilik akaun Facebook bernama Mohammad Fa...
Myvac 2021 Pendaftaran Sukarelawan Vaksin Covid 19 Online

Myvac 2021 Pendaftaran Sukarelawan Vaksin Covid 19 Online

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 393 hits
MyVac 2021 Anda boleh daftar sebagai sukarelawan vaksin Covid 19 secara atas talian online dengan mudah dan cepat Dari proses pendaftaran sehinggalah ke proses menjalani kuiz kelulusan hanya di atas talian Sukarelawan juga akan diberikan el...
Cuaca Panas Nyamuk Ganas Apa Kaitan Perubahan Iklim Global Dengan Denggi

The Influence Of Anime On Global Fashion Trends

Three Mps Seek To Join Proceedings Involving Anwar As Observers

Msi Ketua Majelis Syuro Al Muzammil Yusuf Presiden Pks

Buy Diamond Chains Malaysia A Guide To Timeless Luxury

Amalan Sunnah Hari Arafah

Apa Sebenarnya Festival Perahu Naga Sejarah Lokasi Maksudnya

Saintis Jepun Cipta Plastik Yang Terurai Dalam Air Laut Beberapa Jam Sahaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

Empowering Youth Against Radicalisation

Silkscreen Printing Solusi Ekonomik Untuk Tempahan Kuantiti Besar

Nintendo Switch 2 Malaysia Harga Rasmi Spesifikasi Tarikh Pelancaran 2025