Bengkak Susu Apa Nak Buat Jom Cuba 13 Tip Ini Mungkin Boleh Membantu Anda
BENGKAK SUSU? APA NAK BUAT? JOM CUBA 13 TIP INI MUNGKIN BOLEH MEMBANTU ANDA. Kalau kena bengkak susu, nangis ooo. Boleh demam. Nak disentuh sakit, apatah lagi kalau baby nak hisap. Boleh meraung dibuatnya. Cikla taulah sebab cikla pernah kena dulu. Boleh emosi dibuatnya.
So, kalau kena camni apa nak buat? Dulu adalah petua orang lama yang cikla try, katanya amik sikat, pastu buat sikat kat miss B yang bengkak tu selain dari tuam. Pastu, pump susu tu. Haa, lagi satu letak kubis. Tapi ada yang kata boleh keringkan susu badan pulak kalau letak kubis tu. Waallahualam.
Tapi, korang mungkin boleh try tip ni jugak, mana tau boleh membantu kan.
Bengkak susu? Apa nak buat? Jom cuba 13 tip ini mungkin boleh membantu anda. Kredit Google.
1. Susukan baby dengan kerap sekurang-kurangnya dua jam sekali
2. Kosongkan payudara yang sakit sepenuhnya. Kalau lepas menyusu pun payudara masih penuh, perah untuk mengosongkannya
3. Kalau sakit sangat untuk menyusukan baby, perah sama ada guna pam atau tangan sebagai cara mengosongkan payudara
4. Sebelum menyusukan baby, tuam dengan sesuatu yang suam dan urut payudara yang terbabit perlahan-lahan
5. Korang juga boleh mandi dengan air suam dan sikat atau urut payudara yang bengkak tu masa mandi. Urutan mestilah mengarah ke bahagian puting
6. Urutan akan bantu payudara untuk dikosongkan dengan lebih maksimum dan mengurangkan simptom
Bengkak susu? Apa nak buat? Jom cuba 13 tip ini mungkin boleh membantu anda. Kredit Google.
7. Sepanjang mengalami radang susu dan saluran tersumbat, usaha supaya payudara tak ditekan kuat atau terhimpit. Adoii, lagi sakit ni kalau terhimpit
8. Elak memakai bra dengan ketat. Takyah laa nak berkorset korset bagai buat sementara waktu ni. Hazabb ooo
9. Sentiasa mendahulukan payudara yang sakit semasa menyusukan baby untuk merangsangnya. Kalau ia menyakitkan, korang boleh bagi baby hisap payudara yang sakit tersebut sehingga tercetusnya pancutan (let down) dan kemudian baru tukar kepada payudara sebelah
10. Susukan baby dengan posisi badan yang betul dan pilih posisi yang boleh bagi ruang untuk korang mengurut bahagian yang tersumbat atau terjadi radang
11. Buat picitan lembut bahagian payudara (breast compression) semasa menyusu
12. Urutan semasa menyusukan ialah daripada arah bahagian yang sedang sakit kepada puting
13. Lepas menyusu, korang mesti memerah sama ada menggunakan tangan, iaitu teknik Marmet atau boleh guna pam payudara. Benda ni boleh bantu kosongkan payudara dengan lebih efektif dan menggalakkan penyembuhan
Tapi kan, kalau dah cuba macam-macam cara masih tak ok jugak, better pergi jumpa doktorlah untuk dapatkan rawatan
Bukan apa, takut ada masalah lain pulak contohnya, masalah saluran tersumbat pada kedua belah payudara, puting merekah sebab ada jangkitan kuman, keluar darah atau nanah di dalam susu, payudara kemerah-merahan dan suhu badan korang meningkat secara mendadak.
Take care ibu-ibu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2021/06/bengkak-susu-apa-nak-buat-jom-cuba-13.html