Habiskan Masa Sehari Di Negeri Selangor Jom Lawati Daerah Hulu Langat


Hulu Langat merupakan daerah yang paling sesuai digambarkan oleh ungkapan “kampung di tengah bandar besar”. Ia disebabkan suasana tradisi dan keindahan kampung yang tetap wujud di Daerah ini walaupun dikelilingi dengan pembangunan yang pesat. Daerah Hulu Langat merupakan daerah kelima terbesar dalam Negeri Selangor. Ianya kaya dengan keindahan alam semulajadi serta keunikan elemen tradisi dan kebudayaan. Jadual di bawah disertakan bagi mengisi perjalanan seharian anda di Daerah Hulu Langat dengan cadangan ke lokasi-lokasi menarik yang patut anda kunjungi selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelak!
8:00pagi–Sarapan pagi di Lontong King

9:00pagi–ATV Ride di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

10:00pagi–Aktiviti berkayak di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

11:00pagi–Perang tempur Paintball di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

12:00 tengahari–Makan tengahari di Itik Salai Masthar

1:00petang–Aktiviti lasak di Skytrex Sg Chongkak

3:30 petang – Minum petang di D’Pallet Place

4:30petang–Singgah ke Ostrich Wonderland Semenyih

5:30petang–Aktiviti pendakian di Bukit Broga

7:00 malam – Makan malam di Sate Kajang Hj. Samuri



1)     Sarapan pagi di Lontong King

Nikmati pagi hari anda dengan sarapan di salah sebuah kedai makan yang terkenal di Daerah Hulu Langat iaitu Lontong King. Terletak di Taman Sri Nanding, kedai makan ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan di kawasan ini. Pilihan makanan yang terhidang bak hidangan bufet di hotel oleh kerana pilihan menu yang pelbagai di sini. Menu utama di kedai makan ini semestinya menu lontong, dengan pelbagai pilihan lontong seperti Lontong Special, Lontong Biasa dan Lontong Goreng.Selain itu, menu masakan barat turut tersedia sebaga hidangan sarapan buat pengunjung di sini.



2)     ATV Ride di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

Peminat aktiviti lasak yang sukakan pengalaman merentas hutan boleh mencuba menunggang kenderaan jenis All-Terrain Vehicle (ATV) di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation. Ia menawarkan trek mini dan trek hutan dan sungai mengiku tpilihan anda. Anda boleh menikmati perjalanan sejauh 6 kilometer ke dalam kawasan hutan dan anda akan berpeluang untuk melihat air terjun yang sangat indah di kawasan trek tersebut.



3)     Aktiviti berkayak di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

Seterusnya, pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk melakukan aktiviti berkayak di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation dengan menaiki “hunter’s boat” menyelusuri arus sungai dengan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan. Aktiviti berkayak pasti memberi keterujaan buat anda dan rakan-rakan anda. Anda akan diberikan jaket keselamatan terlebih dahulu sebelum memulakan aktivit ini, jadi tiada apa yang anda perlu bimbangkan!



4)     Perang tempur Paintball di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

Aktiviti Paintball merupakan aktiviti permainan yang menyeronokkan dimana anda akan menggunakan“marker”untuk menembak“pallet” iaitu kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat warna bagi mengenakan pemain yang lain. Permainan ini tidak mempunyai peraturan namunt erpulang kepada strategi taktikal dan gerak tempur anda sendiri. Pastikan anda menikmati aktiviti yang mengujakan ini bersama rakan-rakan anda di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation.
5)     Makan  tengah hari di Itik Salai Masthar

Sekiranya anda adalah seseorang yang meminati masakan salai, pastikan anda singgah ke Itik Salai Masthar untuk menikmati pelbagai menu masakan popular mereka dan salah satunya ialah hidangan Itik Salai. Ianya adalah menu wajib yang anda harus cuba di sini dengan pelbagai jenis masakan salai yang bukan sahaja terkenal dalam kalangan penduduk setempat bahkan dari pengunjung luar. Selain itu, hidangan gulai masak lemak juga merupakan menu terhangat di sini kerana rasa cili apinya yang meresap ke dalam daging itik yang lembut diiringi bersama beraneka jenis ulam-ulaman.



6)     Aktiviti lasak di Skytrex Sg. Chongkak

Skytrex Sg. Chongkak menawarkan lebih banyak elemen flying fox dan merupakan rintangan yang terpanjang di Malaysia. Dengan panjang sebanyak110 meter, ianya lebih mencabar dan menggerunkan untuk anda “terbang” di udara. Keseronokan tersebut turut diiringi dengan ketenangan alam semulajadi yang menghijau di sekitar. SkytrexSg Chongkakmenawarkan 3 jenispakej yang anda boleh cuba antaranya adalah River Thrill, Rapid Extreme dan Double Dare dan setiap pakej ini mempunyai 25 halangan yang berbeza. Jadi, anda boleh pilih pakej mana yang sesuai dengan keberanian anda!



7)     Minum petang di D’Pallet Place

Lokasi yang sesuai disinggah untuk menikmati minum petang di samping menikmati hidangan ringan ini terletak di Batu 9, Cheras. D’Pallet Place mempunyai banyak gerai dan menawarka npelbagai jenis menu makanan yang menepati citarasa pelanggan. Antara menu yang terkenal di tempat ini ialah Ayam Bakar, Sotong Gunting, Cendol, Sup Gearbox, Ketam Bercili dan banyak lagi!



8)     Singgah ke Ostrich Wonderland Semenyih

Terletak kira-kira 15 minit perjalan dari Pekan Semenyih, tempat ini sangat sesuai untuk lawatan seisi keluarga. Mula beroperasi sejak tahun 2000, pengunjung dapat melihat sendiri spesis burung unta dan mengetahui perkembangan kumpulan burung ini yang berlainan umur dan saiz dalam kandang yang berbeza. Bukan itu sahaja, Ostrich Wonderland Semenyih juga menempatkan haiwan ternakan lain seperti ayam dan burung merak. Rasai pengalaman baru dengan memberi makanan kepada burung unta di sini atau menunggangnya jika anda berani. Pastinya aktiviti yang menarik ini harus anda cuba sekiranya berkunjung ke Daerah Hulu Langat!           



9)     Melihat keindahan Bukit Broga

Perjalanan ke Daerah Hulu Langat tidak sah sekiranya anda tidak singgah untuk menyaksikan keindahan Bukit Broga. Hanya mengambil lebih kurang 15 minit perjalanan dari Pekan Semenyih, Bukit Broga menjadi lokasi tumpuan para pendaki selain menjadi kawasan riadah untuk seisi keluarga. Pemandangan di atas puncaknya amat mengujakan dan perjalananpendakianke puncak diiringipersekitaran alam semulajadi yang menenangkan minda. Jadi, jangan ketinggalan untuk mencuba menawan puncak Bukit Broga ini!




10)   Makan malam di Sate Kajang Hj. Samuri

Jangan lupa untuk menikmati hidangan istimewa turun-temurun di Daerah Hulu Langat iaitu Sate Kajang yang terkenal di seluruh negara. Menikmati hidangan tradisi ini adalah cara terbaik untuk menamatkan perjalanan seharian anda di Daerah Hulu Langat. Singgahlah ke Sate Kajang Hj. Samuri yang mana popularitinya memang tidak boleh disangkal lagi. Satenya sangat enak apabila dimakan bersama kuah kacang dan nasi impit.
Terdapat pelbagai jenis sate ditawarkan di sini, antaranya Sate Ayam, Sate Daging, Sate Perut, Sate Kambing dan banyak lagi! Setiaphidangan yang disajikan amatlah enak dan harus anda cuba sebelum pulang!
Jadikan perjalanan seharian anda ke Daerah Hulu Langat sebagai suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan jadual perjalanan serta pilihan lokasiy ang tertera di atas. Rebut peluang ini untuk menjelajahi Daerah indah yang memukau dari kehijauan alam semulajadi mahu pun beraneka jenis hidangan yang ditawarkan di sini. Luangkan masa bersama yang tersayang ke Daerah Hulu Langat selepas tamat tempoh PKP kelak dan rancang perjalanan anda sekarang; #ImagineNowExperienceSoon!
Jangan lupa, tanggungjawab kita semua untuk sentiasa mematuhi garis panduanatau SOP yang telahditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara, menjaga jarak social, memakai pelitup muka, serta mendaftar masuk ke premis-premis di Negeri Selangor dengan menggunakan aplikasi SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.


Baca juga : RM2.55 Juta Bantuan Kewangan Kepada Penggiat Industri Pelancongan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2021/06/habiskan-masa-sehari-di-negeri-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Sehari Di Hulu Langat Selangor Jom Tengok Apa Yang Menarik

Aktiviti Sehari Di Hulu Langat Selangor Jom Tengok Apa Yang Menarik

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 462 hits
Aktiviti Sehari Di Hulu Langat Selangor Jom tengok Apa Yang Menarik Hulu Langat merupakan daerah yang paling sesuai digambarkan oleh ungkapan kampung di tengah bandar besar Ia disebabkan suasana tradisi dan keindahan kampung yang tetap wuju...
6 Lokasi Menarik Di Negeri Selangor Yang Boleh Korang Lawati Selepas Pkp

6 Lokasi Menarik Di Negeri Selangor Yang Boleh Korang Lawati Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 542 hits
6 DESTINASI MENARIK DI NEGERI SELANGOR YANG MUNGKIN TIDAK DIKETAHUI RAMAI Sudah setahun lebih dunia diserang wabak pandemik Covid 19 dan menyebabkan kita tidak dapat bergerak bebas apatah lagi untuk keluar bercuti Mesti ramai yang merinduka...
12 000 Pemohonan Rentas Daerah Negeri Dilulus Sehari Sebelum Sekatan Penuh

12 000 Pemohonan Rentas Daerah Negeri Dilulus Sehari Sebelum Sekatan Penuh

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 209 hits
AKes melibatkan kematian kecemasan pemohon bekerja sendiri KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia meluluskan 12 000 permohonan rentas daerah dan negeri setiap hari sejak penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh dikuatkuasakan 1 Jun lepas Menteri...
Total Lockdown Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini

Total Lockdown Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 408 hits
Total Lockdown Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini Pejam celik pejam celik sudah setahun lebih kita berhadapan dengan covid 19 Sehingga ke hari ini kita masih berjuang membebaskan diri...
Radu 2 Bukit Dalam Masa Sehari Bukit Sundang Bukit Lmd Sandakan

Radu 2 Bukit Dalam Masa Sehari Bukit Sundang Bukit Lmd Sandakan

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 725 hits
Radu 2 Bukit dalam Masa Sehari Bukit Sundang Bukit Lupak Meluas Darat Sandakan Assalamualaikum salam sejahtera Hi korang Murni nak sambung kemas kini blog berkaitan dengan aktiviti hiking penghujung tahun lepas Disebabkan kekangan masa kura...
Masih Ramai Cuba Nasib Rentas Daerah Negeri Di Hari Ketiga Lockdown

Masih Ramai Cuba Nasib Rentas Daerah Negeri Di Hari Ketiga Lockdown

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 205 hits
Oleh Sekatan jalan raya ditambah bermula 1 Jun sempena Perintah Kawalan Pergerakan Penuh GAMBAR Abd Razak Aid SETELAH tiga hari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh atau total lockdown masih ramai daripada rakyat negara ini menc...
Pertandingan Pitching Pelan Pemulihan Pelancongan Domestik Negeri Selangor Yang Tidak Harus Dilepas Pandang

Pertandingan Pitching Pelan Pemulihan Pelancongan Domestik Negeri Selangor Yang Tidak Harus Dilepas Pandang

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 247 hits
20 Kertas Kerja Paling Komprehensif akan Diumumkan sebagai Pemenang pada bulan September dengan Membawa Pulang Geran Projek Bernilai RM 150 000Panggilan untuk individu berfikiran inovatif ke arah memperkukuh sektor pelancongan domestik inil...
Memburu Campsites Terbaik Di Air Terjun Lawing Hulu Langat

Memburu Campsites Terbaik Di Air Terjun Lawing Hulu Langat

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 451 hits
Tercari port Campsites terbaik di Hulu Langat Anda Wajib kena try ke Air Terjun Lawing Hulu Langat kerana bagi kami Air Terjun Lawing ni antara spot terbaik campsites yang ada di Hulu Langat Selangor ni Bersih Jauh dari kesibukan bandar Pal...
Covid 19 5 150 New Cases More Than Half In Selangor N Sembilan And Sarawak

Covid 19 5 150 New Cases More Than Half In Selangor N Sembilan And Sarawak

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 239 hits
The Health Ministry today reported 5 150 new Covid 19 cases More than half of the new cases today were from Selangor Negeri Sembilan and Sarawak Topping the list is Selangor which recorded 1 914 cases Negeri Sembilan recorded the second hig...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri