Nak Perut Kempis Buat 7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi Mudah Cepat


Nak Perut Kempis? Buat 7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi. Mudah & Cepat! Selepas mandi, cuba lihat diri sendiri di depan cermin. Suka atau tidak? Lebih-lebih lagi jika perut buncit selepas bersalin, tentu hilang keyakinan diri bila lihat diri sendiri.
Ramai di antara kita mempunyai masalah berat badan yang berlebihan dan menurut kajian, Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai rakyat yang paling obes.
Tidak dinafikan terdapat banyak cara dan tips untuk menguruskan badan dan telah berjaya melakukannya, tetapi di bahagian perut masih boroi dan menggeleber. Perut menggeleber, tentu sekali tidak seksi bukan?
Mari kita lihat pelbagai cara untuk kempiskan perut secara semulajadi. Tentu sekali sangat mudah. Cepat atau lambat, bergantung kepada tahap istiqamah kita sendiri.
1. MINUM AIR LIMAU
Kaedah yang memang terbukti untuk kempiskan perut secara semulajadi adalah dengan meminum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan. Istilah ‘potong lemak’ selepas makan memang selalu dikaitkan dengan air limau.
Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap, akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang anda. Air limau tersebut boleh membantu untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan elok. Untuk yang tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah nyahtoksik dan terbukti sebagai salah satu cara kempiskan perut yang sangat berkesan. Utusan Malaysia ada laporannya.
2. MINUM TEH HALIA
Kebiasaannya halia diambil untuk membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik.
Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di bahagian perut. Halia juga dikatakan menyekat pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan. Cara kempiskan perut dengan minum teh halia boleh dibuat di rumah. Modal juga rendah.
3. MAKAN IKAN SALMON

 
Seterusnya anda boleh mengamalkan diet yang mengandungi ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti dalam mengurangkan penyimpanan lemak di perut anda.
Jika anda tidak makan ikan, anda boleh menggantikannya dengan minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut.
Perlu diingat, ikan salmon sangat mahal. Kalau rasa tidak mampu, beli sahaja ikan yang lain! Dengan kata lain, cara kempiskan perut dengan makan salmon adalah untuk orang yang berkemampuan sahaja.
4. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
Selalu kita dengar, “Mamak, teh tarik kurang manis satu!”. Nampak, semua orang tahu keburukan gula. Bukan sahaja tidak elok, ia jugak boleh sebabkan diabetes.
Secara tradisinya, kita sering menambah gula di dalam minuman kita. Jika tidak, kita beli dan minum air berkarbonat yang penuh dengan gula. Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula.
Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon, iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.
5. TIDUR SECUKUPNYA SEKURANG-KURANYA 6-8 JAM SEHARI
Ramai orang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sistem dalaman badan kita mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel-sel badan yang rosak atau lemah.
Tidur yang cukup juga memastikan sistem saraf, pengeluaran hormon dan metabolisme anda berada di tahap optimum dan anda dapat lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga berfungsi dengan cerdas.
6. TINGKATKAN METABOLISME
Apa kaitan cara kempiskan perut dengan metabolisme? Bagaikan tiada kaitan?
Nanti dahulu. Pernah terfikir atau tidak, “Kenapa kawan aku ni makan banyak, tapi tak gemuk gemuk?”.
Jawapannya ialah, dia mempunyai tahap metabolisme yang sangat tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar kalori.
Seringkali orang yang mempunyai metabolisme yang tinggi adalah seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam. Kajian juga mendapati bahawa metabolisme yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah.
Antara cara untuk meningkatkan metabolisme adalah dengan meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa lemak.
7. GUNA 30 DAY AB CHALLENGE MOBILE APP
Ini cara kempiskan perut menggunakan teknologi. Mobile app ini percuma sahaja untuk pengguna iOS (iPhone & iPad). Untuk Android juga ada, tapi bukan dari syarikat yang sama.
Apa yang bagus dengan aplikasi ini, ia tunjukkan cara paling berkesan untuk mengempiskan perut. Teknologi juga boleh membantu!
HARAPAN KAMI
Diharapkan ada di antara cara-cara di atas dapat membantu anda untuk kempiskan perut secara semulajadi dan hidup sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Jangan mudah give-up jika mahu kuruskan badan.
Selamat mencuba!
Baca LAGI!!
Hanya 3 Minit Untuk Kecilkan Paha, Lakukan Senaman Ini Sebelum Tidur

Iyelah, sedia maklum bahawa paha yang langsing pakai apa pun nampak cantik terletak, tak nampak lemak berlebihan di celah-celah. Malah, wanita boleh tampil lebih berkeyakinan. Tapi bagaimana caranya nak dapatkan paha langsing?
Ada banyak cara yang boleh dilakukan, salah satunya adalah gerakan tiga minit sebelum tidur ini. Insyaallah jika dijadikan rutin nescaya anda boleh dapatkan bentuk badan ideal apatah lagi paha idaman seperti Kendall Jenner, Gigi Hadid ataupun idola anda.
Gerakan V-Stretch
Cukup mudah melakukan gerakan regangan ini. Hanya dengan rentangkan kedua-dua kaki, tegakkan tubuhmu. Bongkokkan dada ke arah kaki kiri dengan dua tangan menarik jari-jari kaki kiri. Lakukan perkara yang sama untuk kaki kanan. Tahan setiap regangan selama 5-15 saat. Ulangi 8 kali untuk setiap kaki.
Angkat Kedua Kaki ke Atas
Berbaringlah lalu angkat kedua-dua kaki ke atas. Kedua-dua tangan berada di samping menekan lantai. Kemudian, lakukan seperti yang ada di keterangan gambar di atas ini, angkat kaki dan gerakkan ke dada, ulanginya 8 kali.
Gerakan Superman Terbang
Telangkup di atas permukaan rata. Dagu menumpu pada lantai. Regangkan kedua tanga ke depan sejauh mungkin. Angkat tangan kiri dan kaki kanan pada masa yang sama. Tahan selama 3-4 saat. Ulangi pada tangan kanan dan kaki kiri. Ulangi 5 kali.
Sumber:Sirap Limau
The post Nak Perut Kempis? Buat 7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi. Mudah & Cepat! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/nak-perut-kempis-buat-7-cara-kempiskan-perut-secara-semulajadi-mudah-cepat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Cara Cepat Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat

3 Cara Cepat Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 547 hits
3 Cara Wajib Dilakukan Untuk Mengecilkan Perut Buncit Hari ini saya nak berkongsi 3 cara yang wajib anda lakukan untuk mengecilkan perut yang buncit Perut buncit bukan disebabkan makan makanan ringan sahaja pola makan yang tidak sihat juga ...
Cara Mudah Nak Kasih Sayang Pasangan Anda Bertambah Ikut 5 Tip Power Ini

Cara Mudah Nak Kasih Sayang Pasangan Anda Bertambah Ikut 5 Tip Power Ini

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 532 hits
Cara Mudah Nak Kasih Sayang Pasangan Anda Bertambah Ikut 5 Tip Power Ini Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya mendambakan kasih sayang seorang lelaki yang bergelar suami Anda pasti pernah terfikir cara untuk membuatkan sang suami sem...
Cara Mudah Je Nak Hilangkan Bintik Hitam Dan Jerawat

Cara Mudah Je Nak Hilangkan Bintik Hitam Dan Jerawat

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 504 hits
Cara Mudah Je Nak Hilangkan Bintik Hitam Dan Jerawat Jerawat dan bintik hitam sendiri pada umumnya dapat disebabkan oleh karena kulit berminyak kotoran dan sisa make up sehingga dapat menyebabkan penyumbatan pada pori pori kulit wajah yang ...
Marah Anak Mudah Nak Jadi Tenang Susah Follow Tip Ini Boleh Cepat Redakan Kemarahan

Marah Anak Mudah Nak Jadi Tenang Susah Follow Tip Ini Boleh Cepat Redakan Kemarahan

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 511 hits
Sebenarnya kita memang di beri pilihan untuk menjadi ibu bapa yang bagaimana Semuanya bergantung kepada kita mahu pilih jalan A atau jalan B Kerana ketahuilah hidup ini tidak selalunya indah langit tidak selalu cerah Itu semua kita tidak bo...
Nak Beri Ubat Pada Anak Ada Caranya Cara Mudah Mama Perlu Ikuti

Nak Beri Ubat Pada Anak Ada Caranya Cara Mudah Mama Perlu Ikuti

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 463 hits
Bila anak demam kita mulalah susah hati Bukan apa sebab anak susah sangat nak makan ubat Nak paksa kesian pula Sebenarnya ada cara dan langkah terbaik untuk pujuk anak dan cara terbaik untuk beri anak makan ubat adalah dengan cara yang diko...
Taktik Scammer Ini Cara Nak Kesan Scammer Dengan Mudah Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu

Taktik Scammer Ini Cara Nak Kesan Scammer Dengan Mudah Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 745 hits
Taktik Scammer Ini Cara Nak Kesan Scammer dengan Mudah Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu Dalam zaman serba serbi moden ini banyak perkara yang boleh dibuat secara online sama ada membeli atau menjual dan sebagainya Memang lumrah kehidupan set...
Cara Nak Unsubscribe Youtube Channel Mudah Bangat

Cara Nak Unsubscribe Youtube Channel Mudah Bangat

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 569 hits
Cara Nak Unsubscribe Youtube Channel Asssalamualaikum dan selamat sejahtera semua Pernah tak satu masa tu kita rasa nak unsubscribe youtube channel yang kita dah subscribe Apa maksud unsubscribe It means Segala video status live yang di upl...
Cara Yang Paling Mudah Nak Buang Kulit Tomato

Cara Yang Paling Mudah Nak Buang Kulit Tomato

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 412 hits
Assalamualaikum Salam semua hari ini nak kongsi tips di dapur pulak tips ini biasa buat kalau nak masak ikan masak cuka sebab ada nak masukkan tomato hancur dalam ni Selalu kalau buat ikan masak cuka ada masukkan tomato yang telah dihancurk...
Cara Mudah Nak Sental Segala Kekotoran Hanya Dengan Guna Sebotol Cuka Je

Cara Mudah Nak Sental Segala Kekotoran Hanya Dengan Guna Sebotol Cuka Je

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 645 hits
Cara Mudah Nak Sental Segala Kekotoran Hanya Dengan Guna Sebotol Cuka Je Hujung minggu ini eloklah cari sebotol cuka untuk bersihkan rumah punyalah banyak kegunaan cuka untuk cuci dan sental segala kekotoran Nak tahu apa kelebihannya baca p...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya

Menangis Dan Menyesal Makcik Bakar Motosikal Mengaku Salah Di Mahkamah

Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal