Join Program Affiliate Dan Buat Duit Online
"Awak pernah terfikir tak yang kita boleh buat duit dengan mengiklankan link produk orang lain secara online tanpa perlu menjual barang fizikal?"
"Tentulah, kan ia dipanggil dropship!"
"Eh, bukan! Melalui program ini kita hanya menjadi orang tengah dengan mengiklankan link produk yang dikongsi secara online tanpa perlu mengetahui secara detail mengenai produk pun. Kita panggil ia sebagai affiliate tetapi ia bukan program dropship. Pernah dengar tak?"
Kalau awak belum pernah dengar, jom saya kongsikan tentang program affiliate yang saya sedang aktif sertai sekarang dan ada antaranya saya turut dapat long term job untuk menulis artikel di bawah program ini. Best tak? Tentulah best, dapat bayaran tau..
Apa itu Program Affiliate?
Affiliate adalah suatu proses pemasaran produk melalui atas talian. Individu yang mempromosikan link affiliate dikenali sebagai agen affiliate. Agen affiliate akan dapat imbuhan hasil daripada transaksi belian yang dilakukan pembeli melalui link yang dikongsi oleh agen secara atas talian. Aish, pening kan?
Sebagai contoh, awak adalah agen affiliate dan telah iklankan link tentang sesuatu produk affiliate di sosial media (Facebook/ Instagram/ etc). Apabila ada follower yang membeli produk tersebut melalui link yang awak kongsikan, awak akan dapat imbuhan dalam bentuk cash atau point. Tak perlu menyimpan produk jualan atau berhubung secara langsung dengan pelanggan, awak hanya perlu iklankan link mengenai produk sahaja.
Kelebihan Affiliate
Saya lebih sukakan program affiliate berbanding dropship. Kenapa? Ini kerana saya tak perlu keluarkan banyak tenaga untuk berhubung dengan pelanggan sekiranya mereka berminat untuk membeli produk yang saya iklankan. Pelanggan hanya perlu klik pada link yang disediakan dan mereka akan terus dibawa ke halaman seterusnya yang lengkap dengan maklumat mengenai produk.
Selain itu, setiap link affiliate adalah unik dan mempunyai kod tersendiri yang akan membezakan antara satu agen affiliate dengan agen yang lain. Jadi, tiada istilah pelanggan kena rembat dengan agen lain kerana ia dibezakan dengan kod unik tersebut. Jadi ianya lebih mesra agen.
Program Affiliate
Ada beberapa program affiliate yang saya sertai telah memberikan saya pulangan dan ada sesetengahnya yang masih belum saya cash out kan. Nilainya tidaklah begitu banyak kerana saya jarang iklankan di media sosial namun ianya setimpal dengan usaha saya. Jom tengok tiga program affiliate yang sedang saya sertai buat masa ini
1. Accesstrade
Tak sangka akaun Accesstrade yang saya buka secara suka-suka rupanya membolehkan saya mendapat job jangka panjang dengan Accesstrade. Bukan sahaja saya boleh menjadi agen affiliate, malah sebagai seorang blogger, saya turut ditawarkan untuk membuat artikel berbayar di blog mengenai Accesstrade dengan bayaran yang saya persetujui.
Pada awalnya saya hanya ingin menjadi agen affiliate Shopee namun disebabkan Shopee tidak menawarkan program affiliate secara langsung daripada platformnya, jadi saya sertai Accesstrade sebagai Publisher bagi tujuan ini. Di Accesstrade, saya boleh menjadi affiliate agen bagi Shopee, Lazada dan juga Accesstrade.
Saya sangat suggestkan bukan sahaja kepada mereka yang sedang mencari jalan untuk buat duit dengan affiliate malahan juga kepada para bloggers untuk mendaftar sebagai publisher di Accesstrade. Mana tahu, mungkin ada rezeki awak untuk dapat long term collaboration menulis artikel pula bersama Accesstrade selepas ini.
2. Involve Asia
Program affiliate pertama saya sertai yang memberikan pulangan adalah Involve Asia. Teruja saya apabila artikel suka-suka yang saya keluarkan dengan link affiliate Involve Asia saya menjana wang. Tak perlu penjelasan lanjut mengenai produk, hanya sedikit maklumat ringkas dan sertakan link mengenai produk dan boom! Saya membuat duit mudah
Kelebihan menjadi agen affiliate Involve Asia adalah kepelbagaian produk yang boleh diiklankan. Samada awak ingin mempromosikan mengenai produk kecantikan wajah atau barangan keperluan rumah, malahan juga tiket bas atau perlindungan insurans, semuanya ada di Involve Asia
Pilih kategori yang awak minat dan mulalah mengiklankannya di laman sosial media awak untuk peluang menjana pendapatan secara online
3. KlikJer
Apa yang membezakan affiliate KlikJer dengan yang lain adalah, KlikJer hanya menawarkan senarai e-book untuk dipromosikan. Bagi mereka yang sedang mencari sistem affiliate yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium perantaraan, KlikJer adalah salah satu daripadanya
Menyediakan group bimbingan untuk para affiliate bertanyakan soalan, group ini adalah mesra agen dan mudah dikendalikan jika awak masih baru dalam bidang affiliate. Bertanya terus kepada yang pakar masalah berkaitan dan terus promosikan affiliate link awak
Penerangan ringkas mengenai cara membina link affiliate juga turut disediakan dalam laman web Klikjer. Walau bagaimana pun, terdapat masalah untuk saya membuka laman web ini melalui komputer. Jadi saya hanya gunakan handphone setiap kali ingin log masuk ke dalam laman web KlikJer
Jika awak masih tercari-cari cara untuk tingkatkan pendapatan pada musim pandemik ini dan sering menghabiskan banyak masa di hadapan komputer atau phone, apa kata mendaftar sebagai agen affiliate untuk menjana duit poket tanpa perlu berjumpa pelanggan. Promosikan link dan jana duit tanpa sedar
Mulakan perjalanan pengembaraan anda sebagai agen affliate hari ini dengan mendaftar di setiap link di atas dan mulalah beriklan ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2021/09/program-affliate-buat-duit-online.html