Guna Duit Poket Sendiri Bantu Rakyat Jangan Harap Kerajaan Pusat Anwar Beritahu Wakil Rakyat Pembangkang


 

Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari membuat pelepasan konvoi jentera peduli nadi rakyat untuk memberi bantuan kepada golongan terjejas akibat Covid-19 di setiap negeri di ibu pejabat PKR hari ini.

 
 
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa semua wakil rakyatnya tidak terlalu mengharapkan dana bantuan kerajaan sebaliknya menggunakan wang peribadi untuk membantu rakyat yang kesempitan hidup akibat pandemik Covid-19.

Beliau menegaskan, tugas ahli politik bukan saja membawa usul dan mengemukakan dasar serta memberi teguran tetapi terus memberi khidmat bakti yang baik.

“Perkara ini sudah saya tegaskan berkali-kali kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN di negeri-negeri, selain sumbangan yang diterima daripada kerajaan, setiap daripada mereka mesti dan wajib keluarkan dana peribadi untuk bantu rakyat yang susah.

“Bukan sahaja berupaya guna duit kerajaan atau minta derma (untuk bantu rakyat), tetapi mereka harus tunjuk teladan yang baik dengan bantu rakyat guna duit poket mereka sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan pelepasan jentera Jelajah Peduli Nadi Rakyat di ibu pejabat PKR di sini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Dalam ucapannya, presiden PKR itu mengulangi gesaan supaya Putrajaya menyuntik tunai berjumlah RM45 bilion kepada kumpulan B40 dan M40 bagi mengurangkan beban sara hidup mereka sepanjang pandemik Covid-19.

“Suntikan dana khas bagi keluarga B40 dan M40 yang terkesan dengan Covid-19 harus dipertimbangkan. Perkara ini juga yang saya tekankan ketika menandatangani memorandum persefahaman dengan Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata, program berkenaan memperlihatkan kesungguhan dan solidariti oleh Majlis Pimpinan PKR negeri dan pusat dalam menggerakkan bantuan kepada rakyat tanpa bergantung semata-mata kepada dana kerajaan pusat.

“Kadangkala kita jadi kerajaan, kita akan rasa selesa. Jadi perlu untuk kita keluarkan duit poket kita untuk gerakkan sumbangan dan bukan bergantung semata-mata dengan dana kerajaan pusat,” katanya.

Sebanyak 10,000 pek makanan asas akan diagihkan ke seluruh negara menerusi program Jelajah Peduli Nadi Rakyat yang bermula hari ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/guna-duit-poket-sendiri-bantu-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 518 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Parti Politik Pembangkang Sabah Sarawak Boleh Guna Logo Sendiri Pada Pru 15

Parti Politik Pembangkang Sabah Sarawak Boleh Guna Logo Sendiri Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 387 hits
Parti politik pembangkang Sabah Sarawak boleh guna logo sendiri pada PRU 15 KUALA LUMPUR Parti parti politik pembangkang dari Sabah dan Sarawak boleh menggunakan logo masing masing dan tidak melibatkan logo rasmi gabungan Pakatan Harapan pa...
Najib Ajar K Jaan Cara Bantu Rakyat Buat Duit

Najib Ajar K Jaan Cara Bantu Rakyat Buat Duit

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 187 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 21 2021 12 37 PMBekas perdana menteri Najib Razak mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan program kepada bank untuk membiayai pelaburan saham oleh rakyat Malaysia bagi membolehkan rakyat membina kekayaan ja...
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 404 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
Uec Rakyat Mahu Tahu Pendirian Kerajaan

Uec Rakyat Mahu Tahu Pendirian Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 132 hits
Jangan sampai identiti negara jadi taruhan percaturan politik BANGI Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengeluarkan jaminan bahawa Sijil Peperiksaan Bersepadu berkiblatkan Taiwan tidak akan didagangkan semata mata kerana...
Negeri Juga Boleh Gubal Undang Undang Pecat Wakil Rakyat Lompat

Negeri Juga Boleh Gubal Undang Undang Pecat Wakil Rakyat Lompat

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 121 hits
Negeri Juga Boleh Gubal Undang undang Pecat Wakil Rakyat Lompat Shahrir Samad Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad berkata negeri negeri boleh juga menggubal undang undang Pecat Wakil Rakyat Negeri atau Recall Elections Sta...
Mou Ph Dan Kerajaan Demi Nyawa Dan Mata Pencarian Rakyat

Mou Ph Dan Kerajaan Demi Nyawa Dan Mata Pencarian Rakyat

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 192 hits
MALAYSIA DATELINEMajlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat pada hari ini untuk membincangkan sebuah memorandum persefahaman di antara Pakatan Harapan dan pihak Kerajaan di mana Pakatan Harapan telah memberi pandangan dan ca...
Anwar Bakal Dapat Duit Saman Lagi

Anwar Bakal Dapat Duit Saman Lagi

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 248 hits
Tiada lagi penangguhan rayuan KJ terhadap saman Anwar perlu diteruskan kata hakimAnwar Ibrahim menyaman Khairy Jamaluddin yang ketika itu menteri belia dan sukan dan naib ketua Pemuda Umno pada 7 Mac 2008 mendakwa Khairy membuat kenyataan m...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools