9 Cara Mudah Buat Duit Online Dengan Affiliate Marketing
Dah jadi trend semasa hampir semua kerja boleh dilakukan dengan hanya menggunakan telefon pintar dan talian internet yang baik, sama juga sekiranya korang memilih untuk menjadi marketer dengan mengiklankan produk orang lain tetapi bukan dalam skop untuk menjual. Jom kakak kongsikan 10 Cara Mudah Buat Duit Online Dengan Affiliate Marketing sudah tentunya tanpa modal tetapi mampu menjana pendapatan lumayan
Nak kata mudah pun kakak tak berani sebab semua kerja kat dalam dunia ni perlukan usaha dan effort dari korang sendiri. Haa. Kalau mengharapkan duit jatuh dari langit, memang tak lah kan. Hee~
“Going viral isn’t something magical that happens one day. The secret to going viral is using templates that get people to pay attention and pay.”
- Jon Youshaei ; Product Marketing Manager of YouTube
PENCERITAAN
Kandungan penceritaan yang menarik dapat menarik perhatian pembaca dan peratusan untuk berlakunya pembelian melalui penceritaan sangat tinggi. Selain korang kena faham tentang skil memujuk, skil penyampaian yang mudah dan menarik juga perlu. Jangan terlampau berbunga nanti orang tak faham.
Tulis
Tulis
Tulis
Dan tulis supaya lebih ramai yang membaca
SIMPAN DATA DAN BUAT ANALISIS PAUTAN
Ada banyak cara untuk korang tahu dan memahami behavior pengguna yang klik pada pautan yang korang kongsikan dan salah satunya melalui keyword yang digunakan. Rekod ini penting untuk korang lebih peka dengan apa yang pengguna mahukan. Antara point yang perlu korang tahu adalah :
Berapakah peratusan pelawat baharu berbanding pelawat yang berulang ?Halaman mana yang mendapat kunjungan trafik tertinggi ?Apa pautan yang sering diklik ?Dari mana datangnya trafik ?
Analisis seperti ini lah yang memudahkan korang pada masa akan datang untuk menentukan apa jenis kandungan baharu yang mungkin perlu untuk dikekalkan atau digantikan dengan pautan yang lain. Jangan abaikan sekecil-kecil data yang korang ada. Manfaatkan !
PAKAR PRODUK
Menjadi seseorang yang lebih berpengetahuan merupakan BONUS besar !! Ye lah. Kan seronok nak membeli dari orang yang faham tentang apa yang disampaikan. Hee~ Bila mencari sesuatu produk, kakak sendiri mahukan penjelasan ataupun penerangan yang mudah, ringkas dan menarik. Perihal duit bukan segalanya tapi ilmu tentang produk tersebut
Untuk dilihat sebagai pakar, korang sendiri kena menjadi pakar
Buat kajian tentang produk sebelum korang bercerita pada orang awam, jangan lah jam itu nak iklankan jam itu barulah nak cari point penting tentang produk. Jadilah pakar pada setiap produk yang mahu korang iklankan. Lebih unik cara korang, lebih banyak info yang korang ada - Lebih mudah mendapat kepercayaan trafik
TINDAKBALAS
Jangan dibiarkan orang yang meninggalkan komen terkontang-kanting tanpa jawapan. Ya !! Ia memerlukan komitmen yang tinggi dengan penggunaan bahasa yang menarik. Tak perlu nampak terlampau beriya tapi sekurang-kurangnya - Balas setiap komen atau mesej yang ditinggalkan. Antara tips yang kakak boleh kongsi untuk korang menarik perbualan adalah dengan meletak SOALAN pada setiap iklan.
Macamana
Dah bercerita panjang tentang produk, mungkin korang boleh ajukan soalan seperti :Korang rasa produk ni menarik tak ?Nak info lanjut ?Kongsilah pendapat korang, mana tau i boleh beri pendapat i juga nanti.
Semakin ramai yang meninggalkan komen, semakin menarik perbualan, semakin mendapat perhatian umum, semakin tinggi potensi pertukaran dari link ke duit tunai
FOKUS PADA NICHE
Sebenarnya ramai je affiliate marketer jual semua benda supaya nampak pelbagai. Em. Kakak tak kata cara itu salah dan tak juga kata ianya betul. Sebagai pemula, kakak sarankan korang cari beberapa niche yang mungkin sesuai dengan korang dan fokus pada topik / produk tersebut sehingga korang mahir
Contohnya :Korang mahir dan minat dalam bidang kecantikan
Mungkin korang boleh fokus pada produk penjagaan kesihatan kulit, barang mekap dan juga bekas untuk menyusun atur produk mekap. Ini memudahkan korang mengembangkan idea dan juga menjadi pakar dalam bidang tersebut
SAMPAIKAN INFO, BUKAN MENJUAL
Istilah dia lebih kurang cam ni
Menjual tapi bukan terang-terangan menjual. Hee~ Untuk point yang ini, korang memerlukan kemahiran bercerita tanpa memaksa. Hanya sampaikan info menarik tentang produk supaya info yang korang sampaikan dapat membantu bakal pembeli. Selalunya cara begini lebih mudah menarik trafik berbanding "Menarik ni, korang kena beli. Harga cuma RM 50.00 je."
Buat sedikit penyelidikan tentang produk dan berikan sebanyak mungkin info menarik kepada pembaca. Mungkin makan masa sikit, tapi teknik ni selalunya berbaloi
KONSISTEN
Sama macam berniaga, konsistensi sangat penting supaya pembaca memberi kepercayaan pada korang dan sebab itulah dari awal kakak cakap - Affiliate Marketing memerlukan effort yang berterusan dan sebaiknya korang susun jadual kerja dengan teratur. Ye lah. Korang bukan sahaja kena faham tentang produk, korang juga kena menulis dengan baik untuk menyampaikan kepada pembaca. Semua tu memerlukan masa dan usaha. Kan
LETAK TARGET
Disebabkan korang merupakan penyampai bebas dan korang tak de pendapatan tetap, kena lah letak target secara berkala. Contohnya :
Bulan Oktober nanti korang nak pendapatan sebagai affiliate marketer sebanyak RM 2,000.00. Dari letak target pendapatan ni lah korang boleh susun produk apa yang korang nak cerita pada pembaca. Bila dah ada target, lebih mudah untuk korang menyusun masa kerja.
BELI BARANG KEPERLUAN RUMAH DI LINK INI
Kakak tak kata mudah tapi sembilan tips ni dah ramai guna dan ada yang jadikan sistem ini sebagai sumber pendapatan. Ya !! Ada yang lakukan ia sepenuh masa dan kalau tak berbaloi, takkanlah mereka berani. Kan
Korang nak tips macam ni lagi
Hee~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2021/09/9-cara-mudah-buat-duit-online-dengan.html