Johor Kemuka Cadangan Solat Jemaah Tanpa Jarak Sosial


Oleh Mohamed Farid Noh Foto hiasan ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi membolehkan solat jemaah di masjid dan surau negeri ini dilakukan tanpa penjarakan sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi, berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Dakwah Negeri Johor dan Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Johor, minggu depan bagi melengkapkan kertas cadangan itu.
Katanya, kertas cadangan itu kemudiannya akan dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bagi mendapatkan perkenan baginda.
Beliau berkata, ramai masyarakat Islam di Johor menimbulkan persoalan bila solat jemaah di masjid dan surau di negeri ini dapat kembali seperti dahulu, tanpa penjarakan sosial selepas Johor memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Oleh itu, minggu hadapan kita akan perincikan kertas cadangan SOP baharu solat jemaah di masjid dan surau Johor sebelum dipersembahkan kepada Sultan Johor.
"Dua cadangan akan dimasukkan dalam kertas cadangan itu iaitu pertama adalah solat jemaah dengan kapasiti penuh masjid/surau tanpa penjarakan sosial dan cadangan kedua, solat jemaah dengan kapasiti penuh dengan penjarakan sosial.
"Johor juga akan mendapatkan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mempersembahkan kedua cadangan itu kepada Sultan Ibrahim.
"Insya-Allah, awal Januari depan Johor akan mulakan tatacara SOP baharu solat berjemaah baharu, dan diharapkan cadangan solat jemaah tanpa penjarakan sosial akan dibenarkan MKN dan diperkenan Sultan Johor," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada Sidang Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, di sini, hari ini.
Sejak bulan lalu, Johor membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau negeri itu mengikut kapasiti ruangan dengan mematuhi penjarakan fizikal satu meter.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 13 Oktober lalu itu, Johor turut membenarkan solat fardhu lima waktu dan solat jenazah pula mengikut kapasiti satu pertiga ruangan solat masjid dan surau dengan penjarakan fizikal satu meter.
Sementara itu, Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, berkata SOP baharu solat berjemaah terutama kapasiti penuh tanpa penjarakan sosial itu, tertakluk pada situasi COVID-19 semasa negeri ini.
"Namun, SOP sedia ada terutama jemaah perlu lengkap dua dos vaksin masih dikekalkan walaupun SOP baharu akan dilaksanakan Januari nanti.
"Kita juga akan pastikan semua pegawai masjid dan surau negeri ini terutama imam, bilal dan noja sudah lengkap divaksin, bagi elak perkara luar jangka," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/johor-kemuka-cadangan-solat-jemaah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Sekolah Conteng Baju Boleh Solat Jemaah Lepas Waktu Sekolah Dikecam

Pelajar Sekolah Conteng Baju Boleh Solat Jemaah Lepas Waktu Sekolah Dikecam

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 313 hits
Wahai Ibu Bapa awasilah anak anak kita Ada kalanya redha dengan kehidupan yang susah dan sederhana itu lebih baik dari hidup mewah yang menjadikan kita togho dan akhlak jadi tidak tentu hala Ketika hidup orang Melayu di tahap susah dahulu m...
Syarat Sah Solat

Syarat Sah Solat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 278 hits
Assalamualaikum semua kepada pembaca pembaca blog Hari ini admin akan menerangkan tentang perkara yang wajib kita ingat dan tahu Walaupun masing masing tahu tetapi kadang kala kita akan terlupa semua ini akan banyaknya urusan urusan dunia y...
Akibat Tidak Mengerjakan Solat Satu Kampung Musnah

Akibat Tidak Mengerjakan Solat Satu Kampung Musnah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 196 hits
Sabda Rasulullah S A W yang bermaksud Solat itu adalah tiang agama sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah menegakkan agama dan barang siapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agama Pada suatu hari Nabi Isa A S telah me...
Soal Jawab Ramadhan Makan Dulu Atau Solat Dulu

Soal Jawab Ramadhan Makan Dulu Atau Solat Dulu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 304 hits
Makan dulu atau solat dulu Soalan Ramai orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang yang terbaik itu solat dahulu selepas itu barulah makan Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan kemudian bangun meninggalka...
Rukun Rukun Solat

Rukun Rukun Solat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 284 hits
Solat adalah tiang utama di dalam perkara yang wajib bagi setiap umat Islam untuk mengerjakannya Untuk mengerjakan solat pengetahuan dan ilmu tentang solat itu terlebih dahulu perlu di ketahui untuk mengelakkan hilangnya atau tertinggal sal...
Antara Usaha Untuk Khusyuk Solat

Antara Usaha Untuk Khusyuk Solat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 299 hits
source facebook This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Panduan Solat Sunat Raya Di Rumah

Panduan Solat Sunat Raya Di Rumah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 320 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraMemandangkan Solar Sunat Eidulfitri di masjid tidak dapat dilakukan seperti biasa maka ramai yang terpaksa bersolat sunat di rumah sahaja Bagi mereka yang ingin melakukan Solat Sunat Eidulfitri di rumah bo...
Solat Hajat Mohon Pesawat Mh370 Selamat

Solat Hajat Mohon Pesawat Mh370 Selamat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 176 hits
SHAH ALAM Dewan Ulama Pas menganjurkan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kejayaan operasi menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang sejak awal pagi tadi Menurut Ketua Penerangannya Datuk...
Kerugian Meninggalkn Solat

Kerugian Meninggalkn Solat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 160 hits
Kerugian meninggalkn solat Subuh Cahaya wajah akan pudar Zuhur Berkat pendapatan akan hilang Asar Kesihatan mulai terganggu Maghrib Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti Isya Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan Sebarkan dgn ikhlas ti...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Advise Akmal To Shut Up First Dap Youth Tells Tok Mat

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak

Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11 08 2025 Justice For Zara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Banyak Chanteq

Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi

Lirik Lagu Kita Iman Troye Harry Azrul

Sultan Pahang Meninjau Tapak Projek Balai Bomba Yang Akan Di Bina Di Kampung Tekek Pulau Tioman

Tol Tanpa Palang Teknologi Anpr Di Malaysia Mulai Okt 2025

Sarapan Di Klasik Kopitiam Medini Iskandar Puteri