Rukun Rukun Solat



Solat adalah tiang utama di dalam perkara yang wajib bagi setiap umat Islam untuk mengerjakannya. Untuk mengerjakan solat, pengetahuan dan ilmu tentang solat itu terlebih dahulu perlu di ketahui untuk mengelakkan hilangnya atau tertinggal salah satu rukun yang wajib dilakukan di dalam solat. 
Rukun Solat

Rukun solat ada tiga belas iaitu : 
1. Niat di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat itu berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratulihram iaitu tatkala ia menyebut “Allahu Akhbar” maka hatinya berkata;

                                        Sengaja aku solat fardhu zuhur 4 rakaat tunai kerana Allah Taala.                                        Sengaja aku solat fardhu asar 4 rakaat tunai kerana Allah Taala.                                        Sengaja aku solat fardhu maghrib 3  rakaat tunai kerana Allah Taala.                                        Sengaja aku solat fardhu isya’  4 rakaat tunai kerana Allah Taala.                                        Sengaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana Allah Taala.
2. Takbiratul-Ihram : iaitu Allahu Akhbar yang dikehendaki disebut semasa dengan takbiratul Ihram.Semasa ia memulakan bacaan tersebut maka haramlah ia melakukan sesuatu kecuali apa yang menjadikewajipan dalam solat. Perkataan Allahu Akhbar itu tidak boleh ditukar dengan yang lainumpamanya Arrahmanhu Akhbar.
3. Berdiri betul bagi orang yang berkuasa : Sekiranya ia berdiri tetapi condong ke hadapan, kebelakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukumnya tidak sah. Sekiranya  tidak sanggup berdiri bolehlah duduk, baring miring sebelah kanan, kiri, menelentang atau sekadar yang ia boleh melakukannya. 
4. Membaca Al-Fatihah : Membaca Al Fatihah pada tiap-tiap rakaat dan Bismillah adalah salah satu daripada ayat fatihah.
Perlu diingat bahawa adalah  wajib memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah itu. Oleh itu sekiranya seseorang itu menukar sebutan DHAD kepada ZO atau sebagainya seperti hack kepada       maka tidak sah bacaannya, tetapi sekiranya memang tidak boleh maka solatnya sah. 
5. Ruku’ serta tumakninah: Sekurang-kurangnya ruku’ ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangannya terletak di atas dua kepala lututnya serta tumakninah, iaitu berhenti sebentar sekadar bacaan Subhanallah; sedang anggota-anggota berat hendaklah berhenti.
Anggota-anggota berat itu termasuklah kedua tangan termasuk pergelangan tangan, kepala, kaki. Sekiranya anggota-anggota ini masih bergerak semasa ruku’ tanpa berhenti maka tidak lagi dikira sebagai tumakninah.
6. I’tidal: Ertinya berdiri tegak semula selepas ruku’ dan tumakninah (berhenti sekejap semasa berdiri). Oleh itu apabila I’tidal hendaklah semua anggota berat berhenti sebentar sebagaimana yang telah diterangkan dahulu.
7. Sujud : Sekurang-kurang sujud meletakkan dahi diatas tempat sujud dan dahi itu mestilah tidak berlapik dengan sesuatu. Tetapi sekiranya terpaksa dahi itu dibalut kerana luka dan sebagainya maka tidaklah diwajibkan membukanya.
Begitu juga umpamanya dahi terlapik dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab maka solat itu tidak sah. Tetapi kalau terlupa maka wajib sujud sekali lagi sekiranya teringat dalam solat itu. Apabila telah selesai solat, baru teringat tidak sujud wajib mengulangi solat itu semula.
Anggota Sujud ada tujuh ;     Dahi    Dua tapak tangan    Dua lutut    Dua perut jari kaki  
8. Duduk di antara dua sujud dan tumakninah :

Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara 2 sujud ini mestilah mengandungi tujuan. Oleh itu sekiranya mengangkatnya kerana tujuan lain umpamanya mengelakkan daripada binatang maka hendaklah ia kembali sujud semula. Duduk antara 2 sujud merupakan rukun pendek maka tidak boleh dipanjangkan masa duduk.

Dan sunat membaca :

Maksudnya :
Ya Allah ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
9. Tahiyat/Tasyahhud awal :
Membaca tahiyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya.

Lafaznya ialah : 


Maksudnya :
Segala penghormatan yang berkat serta solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
10. Duduk Tahiyat  akhir :
Ertinya tidaklah boleh seseorang itu membaca tahiyat sedang berdiri, sujud atau sebagainya. 
11. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. :
Sekurang-kurangnya bacaan selawat ialah : 

Ya Tuhan kami, selawatkanlah  ke atas Nabi Muhammad.
Sebagus-bagus selawat ialah : 

Maksudnya :
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan ke atas keluarganya. Sebagaimana engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agong.
Perhatian :      Selawat ka atas Nabi adalah  rukun.     Selawat kepada kaum keluarga Nabi adalah sunat Ab’adh.      Selawat kepada Nabi Ibrahim dan  seterusnya adalah sunat Hai’ah.12. Salam pertama :

      Sekurang-kurang salam  “Assalamualaikum” dan yang sempurna ialah “Assalamualikum Warahmatullah” sejahtera ke atas kamu beserta rahmat Allah. 
     13. Tertib :
     Segala rukun yang tersebut adalah dari mula sehingga akhir. Sekiranya tertinggal ketertiban itu maka solat itu tidak sah.
     Tertib bolehlah ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian.           Nota ini adalah peringatan kepada kita semua, agar ingatan dan serta rujukan untuk semua generasi Islam akan datang sebagai petunjuk diri.

Petikan ini diambil dari artikel yang sah dan lagi bernas nas-nasnya.

--- >> Kredit Mesra Ilmu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mesrailmu.blogspot.com/2013/08/rukun-rukun-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azab Allah Kepada Yang Meninggalkan Solat

Azab Allah Kepada Yang Meninggalkan Solat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 228 hits
1 Solat Subuh satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60 000 tahun di dunia 2 Solat Zuhur satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1 000 orang umat islam 3 Solat Ashar satu kali men...
Soal Jawab Ramadhan Makan Dulu Atau Solat Dulu

Soal Jawab Ramadhan Makan Dulu Atau Solat Dulu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 222 hits
Makan dulu atau solat dulu Soalan Ramai orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang yang terbaik itu solat dahulu selepas itu barulah makan Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan kemudian bangun meninggalka...
Kisah Wali Allah Yang Solat Di Atas Air

Kisah Wali Allah Yang Solat Di Atas Air

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ini ada satu kisah yang menarik yang boleh di kongsi bersama tentang kisah seorang wali Allah yang solat di atas Air Semoga kisah ini dapat di jadikan teladan kepada kita semua Nak dijadikan cerita pada...
Rasai Perubahan Kehidupan Yang Lebih Baik Dengan Amalkan 3 Solat Sunat Ini Selama 7 Hingga 40 Hari

Rasai Perubahan Kehidupan Yang Lebih Baik Dengan Amalkan 3 Solat Sunat Ini Selama 7 Hingga 40 Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 272 hits
KEAJAIBAN SOLAT SUNAT TAUBAT TAHAJJUD HAJAT Mengejar CINTA ILLAHI Melalui pengalaman sendiri beberapa tahun lepas dalam mencari dan mengejar hidayah Allah Dari dulu memang Klik link untuk bacaan selanjutnya
Panduan Cara Solat Tarawih Dan Witir

Panduan Cara Solat Tarawih Dan Witir

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 221 hits
Solat Tarawih hukumnya sunat Muakkad dan boleh dilaksanakan secara berseorangan atau berjemaah pada malam bulan Ramadhan Bilangan rakaat Solat Tarawih yang biasa diamalkan di Malaysia adalah 20 rakaat namun sekiranya tidak mampu memadai den...
Akibat Tidak Mengerjakan Solat Satu Kampung Musnah

Akibat Tidak Mengerjakan Solat Satu Kampung Musnah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 147 hits
Sabda Rasulullah S A W yang bermaksud Solat itu adalah tiang agama sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah menegakkan agama dan barang siapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agama Pada suatu hari Nabi Isa A S telah me...
Syarat Sah Solat

Syarat Sah Solat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 227 hits
Assalamualaikum semua kepada pembaca pembaca blog Hari ini admin akan menerangkan tentang perkara yang wajib kita ingat dan tahu Walaupun masing masing tahu tetapi kadang kala kita akan terlupa semua ini akan banyaknya urusan urusan dunia y...
Panduan Solat Sunat Raya Di Rumah

Panduan Solat Sunat Raya Di Rumah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 251 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraMemandangkan Solar Sunat Eidulfitri di masjid tidak dapat dilakukan seperti biasa maka ramai yang terpaksa bersolat sunat di rumah sahaja Bagi mereka yang ingin melakukan Solat Sunat Eidulfitri di rumah bo...
Pemakluman Perubahan Waktu Solat Subuh Bagi Negeri Selangor

Pemakluman Perubahan Waktu Solat Subuh Bagi Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 175 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraMakluman dari Waktu solat subuh di seluruh negeri Selangor akan mengalami perubahan mulai esok apabila ia akan ditambah sebanyak lapan minit dari waktu asal Maklumat penuh dalam kenyataan akhbar di bawah
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas