Johor Datang Dengan Pelbagai Pakej Ayob Khan


JOHOR BAHRU – Johor datang dengan pelbagai pakej, begitu jawapan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika ditanya mengenai cabaran beliau memimpin Kontinjen Johor dalam menjaga keamanan dan mengekang penularan pelbagai aktiviti jenayah di selatan tanah air.
Selain tugas hakiki beliau dalam menangani isu jenayah, beberapa isu yang menjadikan Johor ‘unik’ dari segi cabaran yang dihadapi turut disentuh termasuk landskap geografi tersendiri berbanding negeri-negeri lain selain isu-isu yang turut berkait rapat dengan hubungan dua hala dengan dua negara jiran.
“Di Johor, kita ada kawasan pesisiran pantai yang luas, keseluruhan Pantai Timur dan Pantai Barat saya rasa kita ada kira-kira 530 kilometer. Bila ada kawasan pantai yang luas, kita ada banyak isu. Isu penyeludupan manusia, penyeludupan barang-barang kontraban – rokok, arak dan sebagainya.
Selain itu, kita juga bersempadan dengan dua negara Indonesia dan Singapura, jadi adalah isu-isu berkaitan bilateral (hubungan dua hala) yang melibatkan Johor dan dua negara berkenaan,” kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.
Meskipun baru masuk bulan kelima beliau memegang jawatan itu, pelbagai pencapaian telah dicapai dengan yang terbesar sekali tertumpasnya sebuah rantaian sindiket penyeludupan migran asing Geng Otong di perairan Timur Johor.
Ia sekali gus membawa kepada pendakwaan terbesar dalam sejarah iaitu 51 anggota sindiket pada 2 Julai lepas.
Ketika ditanya apa strategi beliau dalam menangani isu yang sememangnya ‘berpuluh-puluh tahun’ sukar dipatahkan, beliau bukan seorang yang suka mendabik dada dan tidak lupa mendedikasikan usaha dan kejayaan itu kepada seluruh anak buahnya terutama pegawai kanan iaitu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Johor, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad.
“Saya mempunyai satu pasukan yang amat mantap. Saya boleh katakan 95 peratus pegawai dan anggota saya berdedikasi, komited, berintegriti dan memberi sokongan padu kepada semua misi dan arahan-arahan yang saya berikan.
Satu contoh pegawai yang baik dan selalu saya jelaskan dan berkongsi dengan pihak media ialah Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad.
Beliau seorang yang berpengalaman dan dalam konteks menangani isu-isu jenayah dan migran ni, beliaulah penggerak utama dalam negeri Johor dan dengan kepakaran dan komitmen beliau dan pegawai serta anggota bawahan, kita banyak melancarkan operasi-operasi ke atas migran,” kata ketua polis negeri berusia 54 tahun itu.
Tambahnya lagi, Polis Kontinjen Johor turut merintis ‘formula baharu’ dalam membanteras jenayah penyeludupan migran ini dengan memastikan siasatan ke atas keseluruhan rantaian sindiket mengguna pakai prosedur siasatan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang kini turut diikuti oleh negeri-negeri lain.
Anak kelahiran Pendang, Kedah itu, sememangnya wajah yang tidak asing lagi dan seringkali namanya meniti di bibir masyarakat terutama dengan ketegasannya dalam membasmi aktiviti jenayah dan yang lebih terserlah lagi bila menyentuh mengenai integriti kepolisian yang sangat dekat dengan hati beliau.
“Sebagai Ketua Polis Johor, dari hari pertama saya di Johor, saya sudah tegaskan isu integriti ini saya tidak akan bertolak ansur. Saya sudah cakap dari awal lagi, sebarang pelanggaran tatatertib, bersekongkol dengan elemen-elemen jenayah, saya akan tangkap.
Saya tidak akan mengambil tindakan di bawah siasatan dalaman. Saya tidak akan serahkan kepada Jabatan Integriti dan (Pematuhan) Standard yang biasa dibuat. Saya akan tangkap. Kalau ambil rasuah, saya akan tangkap!” tegas beliau yang mula memimpin Kontinjen Johor sejak akhir Februari tahun ini.
Ini dibuktikan dengan penahanan seramai 23 pegawai dan anggota penguat kuasa dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan migran di pantai timur Johor setakat 3 Julai lepas.
Aktiviti penyeludupan migran di Pantai Timur Johor iaitu merangkumi daerah Mersing dan Kota Tinggi kini sudah 95 peratus berjaya dipatahkan.
Tumpuan beliau seterusnya adalah untuk memastikan usaha mengekang penyeludupan migran dapat dipatahkan di kawasan Pantai Barat Johor pula. – Bernama
The post Johor datang dengan pelbagai pakej: Ayob Khan appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/20/johor-datang-dengan-pelbagai-pakej-ayob-khan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Akan Beri Amaran Lagi Kp Johor Datuk Ayob Beri Amaran Terakhir Kes Jalur Gemilang Terbalik

Tidak Akan Beri Amaran Lagi Kp Johor Datuk Ayob Beri Amaran Terakhir Kes Jalur Gemilang Terbalik

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 443 hits
Kita sudah lali mendengar alasan tidak sengaja tak perasan dan sebagainya apabila ada pihak memasang Jalur Gemilang secara terbalik Jika sebelum ini mereka terlepas kali ini tidak lagi Ohmedia katakan ini selepas Ketua Polis Johor Datuk Ayo...
Novel Ayat Ayat Halal Karya Syamnuriezmil Adaptasi Drama Slot Widuri Akan Datang

Novel Ayat Ayat Halal Karya Syamnuriezmil Adaptasi Drama Slot Widuri Akan Datang

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 670 hits
Novel Ayat Ayat Halal Karya Syamnuriezmil Adaptasi Drama Slot Widuri Akan Datang Drama terbaru adaptasi dari novel Ayat Ayat Halal akan siar menerusi slot widuri akan datang Menampilkan gandingan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa SINOPSIS AYAT ...
Joe Biden Memilih Senator Kamala Harris Sebagai Calon Untuk Pilihan Raya Presiden As Yang Akan Datang

Joe Biden Memilih Senator Kamala Harris Sebagai Calon Untuk Pilihan Raya Presiden As Yang Akan Datang

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 508 hits
Buat pertama kalinya dalam sejarah Amerika seorang wanita kulit hitam dipilih untuk menjadi naib presiden yang bertanding untuk Parti Demokrat Pada hari Selasa calon presiden Joe Biden memilih Senator Kamala Harris sebagai calon untuk pilih...
Tidak Perlu Datang Ke Kejaksaan Bayar Denda Tilang Di Solo Bisa Lewat Kantor Pos

Tidak Perlu Datang Ke Kejaksaan Bayar Denda Tilang Di Solo Bisa Lewat Kantor Pos

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 313 hits
Kejaksaan Negeri Solo membuat inovasi baru untuk peningkatan pelayanan publik Khususnya dalam kebijakan pelaksanaan keputusan pembayaran tilang pelanggar lalu lintas serta pengembalian barang bukti yang akomodatif dan transparan yakni denga...
Drama Adaptasi Novel Ayat Ayat Halal Akan Datang

Drama Adaptasi Novel Ayat Ayat Halal Akan Datang

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 603 hits
Drama adaptasi akan datang di saluran RTMLakonan Amar Baharin Nadiya Nisaa Fikhree Bakar Mia Nasir Razak Ahmad Fadilah Mansor Lan Siro Shah Rezza Chiwan Chilok Adam Malek
Miris Dibiarkan Datang Saat Pandemik Tka China Raup Triliunan Rupiah

Miris Dibiarkan Datang Saat Pandemik Tka China Raup Triliunan Rupiah

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 256 hits
Wakil Ketua MPR RI Hidayat Nur Wahid menyoroti soal kembali masuknya ratusan tenaga kerja asing ke Indonesia saat banyak terjadi pemutusan hubungan kerja yang dialami pekerja Indonesia Kata dia ironis saat ratusan TKA melalui Bandara Raja H...
Bekerja Di Pasca Pkp 5 Sibuknya Datang Bagai Taufan

Bekerja Di Pasca Pkp 5 Sibuknya Datang Bagai Taufan

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 392 hits
assalamualaikum lama jari jemari saya tak menaip di ruang blog ni berbulan lamanya bermulanya masuk kerja selepas PKP fasa 5 terus terabai blog ni byk kisah nak dicoretkan namun masa amat mencemburui kesibukannya dtg mcm taufan tak berkesem...
Siri Samsung Galaxy Note20 Kini Sudah Mula Ditawarkan Oleh Pelbagai Syarikat Telekomunikasi

Siri Samsung Galaxy Note20 Kini Sudah Mula Ditawarkan Oleh Pelbagai Syarikat Telekomunikasi

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 360 hits
Siri Samsung Galaxy Note20 sudahpun memasuki pasaran Malaysia Ia merupakan siri yang dilengkapi dengan 3 pilihan model iaitu Samsung Galaxy Note20 4G Note20 5G dan Note20 Ultra 5G Ketiga tiga model ini hadir dengan spesifikasi peranti mercu...
Jom Kembangkan Perniagaan Di Pg Mall Dan Nikmati Pelbagai Faedah Menarik

Jom Kembangkan Perniagaan Di Pg Mall Dan Nikmati Pelbagai Faedah Menarik

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 402 hits
Jom Kembangkan Perniagaan di PG Mall dan Nikmati Pelbagai Faedah Menarik Hola Hi Korang Kali ni nak sembang sembang tentang online shopping Sejak akhir akhir ni makin bertambah platform e commerce di Malaysia ni kan Ditambah pula dengan kea...
Startup Ecosystem And Innovation

Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Harvard Archives Discovering Treasures Of History

Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Sihat Dan Kaya

Tangani Isu Pencerobohan Tanah Secara Bijak Bukan Dengan Memusnahkan Hasil Kenyataan Media Ppim 11 04 2025

Pelamindiy Dan Hantaran Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Eh Geng Lepas Ni Nak Masuk Thailand Jangan Main Redah Je Mulai 1 Mei

Bangun Kuil Atas Tanah Masjid Jais Arah Pengosongan Serta Merta

Dewi Dakwa Cik Epal Punca Bekas Suami Lafaz Taklik Keluar Rumah Tanpa Beri Nafkah