Jjcm Kuantan Tempat Menarik Hotel Dan Foodie Yang Kami Rekomen Khas Untuk Anda


Selamat datang ke Kuantan! Dan pastinya ramai juga warga Kuantan yang masih belum berjaya terjah semua lokasi menarik ini yang bakal saya senaraikan. Ini adalah senarai tempat menarik di Kuantan yang terkini, available dan pastinya konfirm di buka. 


Malangnya ada beberapa tempat pelancongan di Kuantan ini yang sudah ditutup dan tidak lagi beroperasi. Oleh itu, nak tahu apakah dan dimanakah anda patut tuju semasa di Kuantan Pahang? Jom baca senarai ini
Artikel ini mengandungi:
Terkini Pembangunan di KuantanKuantan mungkin dan antara bandar terpesat di Pantai Timur, walaupun tiada bangunan pencakar langit namun ianya bandar yang berdaya saing. Bandar tertumpu kepada tengah bandar Kuantan, agak sesak pada setiap masa kecuali waktu pagi. Anjak Zuhur ke malam, warga Kuantan mula keluar menghabiskan masa bersama keluarga, bershopping, riadah dan apa juga aktiviti yang ada walaupun sekadar makan bersama. 
Nasihat saya sebagai warga Kuantan, jika anda datang ke sini pada hujung minggu, mulakan program anda seawal pagi, dan percayalah malam ialah waktu yang sesak jadi elak keluar terlalu lewat. Namun jika anda rancang minggu anda dengan baik, insya Allah everything will go smoothly! 


Tempat Menarik di KuantanSaya akan kategorikan tempat menarik di Kuantan ini supaya mudah untuk anda
1. Shopping Mall & Pasaraya
Di Kuantan hanya ada empat shopping mall yang boleh anda kunjungi iaitu:-East Coast Mall (ECM)Kuantan City Mall (KCM)MegamallKuantan Parade (KP)Hanya ada dua mall yang ada cinema iaitu di ECM & KCM, kedudukan bangunan ini juga bersebelahan jadi anda boleh berjalan kaki sahaja

Manakala, pasaraya agak banyak di sini, seperti Tunas Manja (TMG Group)NirwanaGiantLotusFresh ChoicePantai SelamatCowboy
2. Tempat Riadah / Aktiviti
Tempat riadah untuk anda kunjungiBukit Gambang Water ParkZoo TeruntumPolar Bear SnowlandTaman EsplanadeKuantan River CruiseKuantan Street ArtRiverfront KuantanTaman GeloraTaman KerangDataran Teluk Cempedak KuantanPetrosains KuantanMenara Kuantan 188
3. Pantai
Ada banyak pantai di Kuantan yang boleh anda kunjungi dan lepak bersama keluarga, boleh mandi, piknik dan bermain pasir. Namun tidaklah semua pantai ini anda boleh mandi sebagai contoh, Pantai Teluk Cempedak tidak berapa sesuai bermandi manda, jika nak juga mandi, boleh sahaja ke pantai sebelah iaitu Pantai Teluk Tongkang

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pantai selain bermandi manda ialah berpiknik, beriadah dan bercamping. Ada beberapa pantai yang menganjurkan kemudahan campsite untuk anda dengan harga yang berpatutan

Pantai Teluk Cempedak (TC)Pantai SepatPantai PelindungPantai BalokPantai Batu Hitam (Black Stone)Pantai BeserahPantai CheratingPantai KempadangPantai GeloraPantai Teluk Tongkang
4. Sungai
Paling popular di kuantan ialah Sungai Lembing dan Sungai Air Pandan Waterfall. Berhati-hati ya kerana sungai Air Pandan agak deras dan dalam. Namun ada area yang anda boleh anda mandi-manda, piknik, berbabeque bersama keluarga. Nak camping pun boleh
5. Camping Site
Saya sudah pun senaraikan beberapa tempat menarik untuk anda bercamping di kuantan! Hah, jangan kata saya tak kongsi ya. Baca di sini Senarai Campsite Terbaik di Kuantan
6. Muzium
Beberapa tempat menarik, peacefull untuk anda lawati iaitu
Kuantan Memory HallPahang Art GalleryMuzium Sungai Lembing3D Gallery Sg Lembing
Aktiviti Indoor / Outdoor Bersama Anak-Anak di KuantanBoleh rujuk artikel saya di sini, Indoor Playground Kuantan
Top 10 Recommended Kuantan HotelSaya tidak nafikan ada banyak hotel, homestay dan resort yang menarik di Kuantan. Anda boleh stay di tengah-tengah bandar, atau sedikit jauh dari kesibukan kota, atau di tepi pantai. Pilihan di tangan anda semua. 
Namun beberapa tempat yang sering menjadi tumpuan ialah:-
1. Swiss-Garden Beach Resort Kuantan 2. Swiss-Garden Resort Residences Kuantan 3. Swiss-Belhotel Kuantan 4. Hyatt Regency Kuantan Resort 5. De Rhu Beach Resort 6. Adena Beach Resort 7. Residence Inn Cherating 8. ēRYAbySURIA Cherating 9. Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 10. Mangala Resort & Spa Gambang 
Saya memilih TOP 10 hotel di kuantan berdasarkan rating, feedback dan kerana hotel dan resort ini kesemuanya mempunyai swimming pool, serta 9 daripada 10 pilihan ini juga ada pantai persendirian. 
Mangala Resort merupakan destinasi mewah dan sangat exclusive, anda boleh cuba kelainan di sini. Setiap chalet ada kolam tersendiri, tidak perlulah berkongsi dengan orang lain

Swiss Garden residence pula ialah unit apartment, jadi untuk menginap di sini anda perlu hubungi owner homestay ya. Usah risau, boleh booking di apps atau lakukan carian sahaja. 
Dan paling penting, nak dapatkan makanan di sekitar hotel tiada masalah. Insya Allah
Recommended Place to Eat In Kuantan (Kuantan Foodie)Selama saya duduk di Kuantan, saya bukan orang sini, tekak orang selatan! Bukan mudah untuk mencari makanan yang kene dengan tekak walaupun ramai rekomen restauran sana sini. Jika anda pelancong dari Pantai Timur, saya rasa anda akan okay di sini. Namun, jika tekak orang KL, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kedah (haha). Anda mungkin hmmmmmmmmm bolehlah
Bukan nak ngutuk ya, korang ni kang komen bukan main. Sedangkan selera, citarasa dan asal kita berbeza. Namun saya cuba yang terbaik senaraikan the best restaurant yang memang sedap, berbaloi dan insya Allah, at least korang rasa worth it la kay

1. Restaurant Sedap Wehhh!
Kedai makan tengah hari paling busy sejak saya kenal diaorang ni. Makanan top mereka ialah pais patin. Seriusly this is one of my fav spot la. Datang awal sebab nanti ramai menerjah, selain ikan patin pais, ada banyak lauk yang sedap-sedap untuk anda cuba. Desert dan buah-buahan pun ada

2. Ana Ikan Bakar Petai
Ana ikan bakar ada 2 kedai, kedua-duanya pun sedap. Saya rekomenla kedai ni sebab rasanya, harga dan servis mereka. Juga kena datang awal nanti beratur pulak kan, kedai sudah dibuka seawal selepas Asar. 
3. Mok Naa Celup Tepung
Makanan jenis bergoreng, dari ikan, sotong, udang juga keropok lekor. Dibuka seawal jam 10.30 pagi, hingga 7 malam. Selain itu, ada menu Laksam, dan juga Sata

4. Nasi Kerabu Mekla
Bagi saya ada sedikit kekurangan pada nasi kerabu ni, namun saya tak nafikan kedai ini mempunyai tarikan tersendiri. Ada Nasi kerabu, nasi minyak dan berlauk, juga ada jenis mee serta yong tau fu. Paling saya suka adalah Mango Shake dari mereka ni, marvelous

5.Kula Cakes
Jemput singgah one of the signature place in Kuantan, kedai kek yang memang sedap dan pemes. So nak datang sini, maila datang awal kalau tidak beratur lah kita beramai-ramai. 
6. Jaman Tory
Sebagai penggemar ikan patin, saya masih belum ke sini namun ramai rakan kata, masakan di kedai ni sedap! Apa lagi jom la try
7. Lila Wadi Restaurant
Lila Wadi ialah restoren western dan digabungkan dengan konsep steamboat. Setiap kali datang ke sini, kami memilih masakan western, memang sedap, portionnya juga besar. Oh ya, sup tom yam mereka juga terbaik. Sure kena datang lah ni kan
8. Satay Zul
Jika di Selangor kita ada satay kajang, di kuantan, makanan satay paling sedap lah, okaylah, lembut dan juicy, kuah rasa tidak terlalu manis, dan pedas-pedas. Sudah ada beberapa restoren Satay Zul di dalam kuantan, jadi takla korang berebut nak pergi di area teluk cempedak tu. Penuh

9. Kassim Baba Roti Tempayan
Kedai melayu yang menghasilkan roti tempayan yang lembut, gebu dan sedap! Harga juga berpatutan, setiap kali ibu bapa dari kampung Nismilan datang, saya akan bawa ke sini. Bukan roti tempayan sahaja ada ya, makanan seperti nasi arab, nasi kambing juga ada. Kena cuba ni, rugi tak merasa
10. Restaurant Zaman (Nasi Lemak Sedap)
Antara restoren lama di Kuantan, masih utuh memberikan nasi lemak yang sedap. Boleh cuba mana tahu berkenan dekat tekak korang. Selain tu, ada jual murtabak dan roti canai. Datang untuk breakfast ya, pagi hingga tengah hari sahaja dibuka

PenutupAda banyak hotel dan tempat makan yang boleh saya share namun sebagai warga Kuantan yang bermastautin di sini, rasanya inilah antara pilihan yang kami pilih berdasarkan beberapa kriteria. Kami juga ada anak kecil, jadi mencari tempat yang child friendly, ada pool, ada pantai, makanan sedap is a must la kan

Jika sekadar berkongsi tempat yang viral namun kurang sedapnya atau kurang best, maka kami cubalah elakkan cerita pada anda. Malang sekali, Hotel Gambang ditutup setelah Covid-19 melanda, malah tiada lagi Safari di sini. Sedih, apakan daya. 
Eh, janganlah bersedih! Marilah datang ke Kuantan dengan hati yang terbuka. Rancang dan book hotel/resort atau homestay awal supaya tak kalut




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/08/tempat-menarik-di-kuantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penang Pertama Kali Berlagak Tourist Singgah Tempat Menarik Di Penang

Penang Pertama Kali Berlagak Tourist Singgah Tempat Menarik Di Penang

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 275 hits
Penang bukan lokasi asing bagi kami dan dah jadi persinggahan wajib samada waktu nak balik Kedah atau sebelum meneruskan perjalanan balik KL sejak kedua mertua dah tiada Malahan waktu kecil dulu abaha akan bawa kami ke Penang untuk makan ma...
Ada Rancangan Ke Korea Lawati 5 Tempat Festival Menarik Ini Semasa Musim Luruh

Ada Rancangan Ke Korea Lawati 5 Tempat Festival Menarik Ini Semasa Musim Luruh

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 157 hits
Bagi yang mempunyai perancangan untuk melawat Korea pada musim luruh September Oktober dan November merupakan bulan terbaik untuk korang ARTIKEL BERKAITAN Kalau bercakap pasal cuaca pada musim luruh puratanya ialah 25 darjah celcius ke 27 d...
Menginap 3h2m Di Hotel Impiana Ipoh

Menginap 3h2m Di Hotel Impiana Ipoh

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 383 hits
Assalamualaikum WBTIMAN dok merungut Pak Inche kalau masa Iman tengah ada kuliah ada program sibuk la nak pergi bercuti tapi bila Iman dah cuti semester Pak Inche pulak sibuk dengan kerja masa tu la nak ada bola nak ada presentation hah men...
Menginap Di Movenpick Hotel Resort

Menginap Di Movenpick Hotel Resort

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 365 hits
Baru baru ini AlongMurni berpeluang menginap di MOVENPICK HOTEL RESORT yang terletak di Sepang Selangor Hotel ini juga dikenali sebagai HOTEL TABUNG HAJI Setiap kali musim haji jemaah dari jauh akan transit di sini sebelum berlepas ke tanah...
Nikmati Menu Middle East Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Nikmati Menu Middle East Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru Hotel

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 281 hits
Nikmati Menu Middle East Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel Hujung minggu yang lepas Ummi menghabiskan masa dengan kawan kawan sambil makan menu Timur The post appeared first on
13 Hotel Murah Di Hatyai 2023 Bawah Rm200

13 Hotel Murah Di Hatyai 2023 Bawah Rm200

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 389 hits
13 Hotel Murah di Hatyai Tengah cari senarai hotel mampu inap di Hatyai You came to the right place Hatyai Thailand memang menjadi antara destinasi kegemaran rakyat Malaysia Banyak lokasi pelancongan boleh shopping dan makanan yang sedap Ta...
Mak Cik Kedai Makan Segaja Pedajal Suami Isteri Kena Tangkap Basah Di Hotel

Mak Cik Kedai Makan Segaja Pedajal Suami Isteri Kena Tangkap Basah Di Hotel

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 325 hits
Hanya disebabkan masalah dengan seorang pemilik kedai makan pasangan suami isteri terpaksa berhadapan dengan serbuan dari pejabat agama Islam sewaktu menginap di sebuah hotel murah Kena tangkap basah dekat OYOMenerusi perkongsian di TikTok ...
Pengalaman Menginap Di Hotel Melaka Yang Ada Bathtub

Pengalaman Menginap Di Hotel Melaka Yang Ada Bathtub

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 276 hits
Nasib setelah perbincangan suami dan isteri kami bersetuju untuk bermalam di hotel dalam bandar Melaka Suami memilih hotel Melaka yang ada bathtub Last minit perancangan bercuti sempena sambutan hari ulang tahun Sultan Pahang Jam 8 pagi bar...
Menarik Pelancongan Domestik Malaysia Sehingga Julai 2023

Menarik Pelancongan Domestik Malaysia Sehingga Julai 2023

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 309 hits
Memasuki suku ketiga tahun 2023 Selepas kita semakin berjaya dalam menaikkan kembali sektor pelancongan domestik dan kehadiran ramai pelancong asing ke Malaysia sejak awal tahun yang lalu Kali ini kami nak kongsi cakap cakap santai antara k...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun