Menginap 3h2m Di Hotel Impiana Ipoh


 Assalamualaikum WBT
IMAN dok merungut, Pak Inche, kalau masa Iman tengah ada kuliah, ada program, sibuk la nak pergi bercuti tapi bila Iman dah cuti semester, Pak Inche pulak sibuk dengan kerja, masa tu la nak ada bola, nak ada presentation, hah.. menyampah betul, hihi. Memang betul pun, setiap kali begitu ya, jadi, mendadak juga program ke Ipoh ni. Nak kejarkan sebelum cuti sekolah dua minggu lagi, tak sanggup mengadap jalan jem. Lagipun, cuma minggu ni yang kami berdua tak sibuk, minggu depan ada bola dan kolej Sk pun ada pengambilan baharu untuk kursus tertentu.

Tanpa bertanya, terus aje Pak Inche tempah Hotel Impiana Ipoh ni. Ini kali kedua kami menginap di sini dan dulu katanya serik nak datang sini lagi tapi Pak Inche kata, sini la yang paling murah, RM270 termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Yang lain semua RM350++


Ambil bilik deluxe, besar bilik tapi vibe hotel dulu-dulu la


Pintu almari pun tinggal sebelah, hahaha


Panel suis pun old skul tapi masih berfungsi dengan baik


Bilik air mungkin telah direnovasi. Dari pengalaman Sk, mana-mana hotel di Ipoh ni tekanan air dia tak laju. 

Semuanya lengkap


Berkurun lama dah agaknya peti sejuk ni



Bilik Iman Deluxe Twin.. bersambung dengan bilik Sk, Deluxe King. Okeylah dapat RM270 dengan sarapan. Kalau tanpa sarapan RM222 tak silap. Hari kedua, Iman ajak kawan dia sama poli dulu stay satu malam


Peti sejuk baru dan iron board baru tapi pintu almari dah lesap, hahahaha


Mula ingatkan nak stay sehari dengan sarapan dan sehari lagi tanpa sarapan sebab nak cari sarapan di kopitiam tapi kami dicadangkan untuk walk-in pada hari yang nak ambil sarapan tu. Harga berbeza iaitu RM37.90, eh.. macam rugi la pulak, jadi ambil sajalah sarapan kedua-dua hari


Masuk-masuk nampak kaunter mee. Ada pilihan Kuey Teow Soup dan Mee Bandung. Kuah mee bandung pekat likat


Seperti biasa la, mulakan dengan American Breakfast. Minta omelette di kaunter telur tapi sosej ke apa ke.. sampai ke sudah tak top up padahal masa ni baru dalam 9.30 pagi


Yey! Ada nasi lemak. Pak Inche senyap aje makan makna kata sedap la kan


Sk ambil nasi lemak jugalah, ternyata betul-betul sedap ya nasi lemaknya, bukan sedap biasa-biasa. Selain tu, ada tiga lauk disediakan untuk nasi lemak iaitu ayam goreng, ayam rendang dan daging masak hitam, semua lauk tu pun sedap, daging lembut sangat. Sk ambil mee goreng juga, pun sedap. Selain tu ada juga pulut kuning dan kari ayam


Suka penerapan warna di kafeteria ni, manis dan damai, cuma ruang dan kapasiti tak banyak. Tak boleh dibayangkan kalau waktu puncak/cuti macam mana


Balik bilik, housekeeping dah siap kemas bilik, sungguh efisyen


Siap dudukkan gajah Iman, hahahaha. Baby elephant ni memang bantal dak Iman usung sana sini 😆😆


Seperti dijangka, hari kedua (Ahad, hari ni), memang full house. Apa yang buat kami kecewa, tiada staf yang membantu sediakan meja, kena cari meja sendiri dan menunggu lama jugak untuk meja dibersihkan.. hurmmm


Hotel-hotel di Ipoh memang biasanya ada sediakan Hor Fun dalam menu sarapan. Cili padi potong tak ada, dah tengah makan baru diletak, mungkin masa Sk ambil hor fun tu staf tengah top up dan angkat dengan mangkuknya sekali, haha


Ada nasi goreng cina. Sk ambil lagi nasi lemak, sedap macam semalam. Lauk hari ini, sambal babat lembu, rendang ayam dan ayam goreng. Semua sedap


Ambil roti jer la.. kecewa sebab dorang tak top up set western


Orang dah tak ada, terajin nak ambil gambar di meja buffet


Ada nasi impit dan kuah lodeh. Iman kata, lodeh pekat sangat. Sk tak ambil lontong kali ni


Selain tu ada soto jugak tau. Jadi, nasi impit tadi boleh makan sebagai Soto Nasi jugak


Bubur dan condiments. Selain tu ada juga roti canai (frozen). Menu banyak cuma tu la.. set western tu diorang tak top up pun, sama macam semalam jugak. Nampak macam tak cukup staf, entahlah, nak komplen lebih-lebih pun kesian juga kannn.  
🥹

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/08/menginap-3h2m-di-hotel-impiana-ipoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menginap Di Tamu Hotel Suites Kuala Lumpur

Menginap Di Tamu Hotel Suites Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 276 hits
Assalamualaikum WBTSAJA demand dengan Pak Inche ajak menginap di Hotel Tamu Kuala Lumpur gara gara baca blog seorang blogger Tapi ya ampunnn maaf dipinta mensuci hening dosa Sk lupa betul blog mana yang Sk baca tu cuma Sk wishlist kalau dat...
Pertama Kali Menginap Di Geo Resort Hotel Genting Highland

Pertama Kali Menginap Di Geo Resort Hotel Genting Highland

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 148 hits
Korang nak tau tak rasanya ini kali pertama Juju plan cuti cuti Malaysia dalam bulan puasa Huh Agak mencabar juga ya travel dalam bulan puasa ni Tapi dah nama pun kali pertamakan jadi belum cuba belum tau Ha mehla baca pengalaman kali perta...
Menginap Di Movenpick Hotel Resort

Menginap Di Movenpick Hotel Resort

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 365 hits
Baru baru ini AlongMurni berpeluang menginap di MOVENPICK HOTEL RESORT yang terletak di Sepang Selangor Hotel ini juga dikenali sebagai HOTEL TABUNG HAJI Setiap kali musim haji jemaah dari jauh akan transit di sini sebelum berlepas ke tanah...
Merasai Penginapan Di Hotel Mewah Tapi Harga Murah Di Hotel Armada Petaling Jaya Selangor

Merasai Penginapan Di Hotel Mewah Tapi Harga Murah Di Hotel Armada Petaling Jaya Selangor

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 263 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Buat korang yang mencari penginapan hotel yang mewah tapi harga murah sekitar Selangor untuk stay atas tujuan berkerja atau sa...
Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam Di Hotel Armada Petaling Jaya

Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam Di Hotel Armada Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 284 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah baru baru ini aku sempat bercuti dua hari dan satu malam di sebuah hotel yang terletak di Petaling Jaya Selangor iaitu Hotel Armada Aku yakin ramai...
Setahun Sebelum Olimpik Paris Harga Hotel Naik Mendadak

Setahun Sebelum Olimpik Paris Harga Hotel Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 251 hits
SETAHUN sebelum bermulanya Sukan Olimpik di Paris Pusat Pengguna Eropah Jerman menasihatkan peminat supaya tidak menunggu terlalu lama untuk menempah hotel lapor Agensi Berita Jerman Harga sudah meningkat dengan mendadak kata seorang ju
Hotel Armada Syurga Makanan Tawarkan 3 Jenis Set Buffet

Hotel Armada Syurga Makanan Tawarkan 3 Jenis Set Buffet

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 348 hits
Sepanjang 2 hari 1 malam di HOTEL ARMADA PETALING JAYA AlongMurni berpeluang untuk mencuba menu sajian 3 jenis set buffet yang dikatakan sangat menarik dan eksklusif bertempat di Restoran Utara Lobi Hotel Armada Petaling Jaya AM dah cuba me...
Berbuka Puasa Dengan Buffet Ramadhan 2023 Di Gbw Hotel

Berbuka Puasa Dengan Buffet Ramadhan 2023 Di Gbw Hotel

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 151 hits
Haritu Juju sekerluarga berpeluang untuk berbuka puasa di GBW Hotel Johor Bahru Kemain lagi ya Baru puasa kedua dah berbuka di luar Memandangkan Johor cuti 4 hari jadi Juju pun ambil kesempatan ni untuk bawa keluarga kecil Juju makan di lua...
Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan Dan Perkhidmatan Terbaik

Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan Dan Perkhidmatan Terbaik

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 235 hits
Baru baru ini AlongMurni telah menginap di HOTEL ARMADA PETALING JAYA selama 2 hari 1 malam Lokasi HOTEL ARMADA ini sangat strategik kerana berhampiran dengan LRT Asia Jaya Malahan HOTEL ARMADA merupakan akses mudah untuk ke destinasi seper...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord