Jinak Merpati Dari Anak Baru Menetas
Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Vedio anak burung merpati sejak menetas di belai manja
Vedio dari Smart Handpone. Abaikan tinja burungmerpati dalam rebannya.
Tidak berganjak walau didekati, burung menunggu masa untuk bertelur akan duduk diamberpasangan
Ke Rumah Kakak Ipar
Pada hujung tahun 2023 Etuza dan isteri datang ziarah kakak ipar di Kampung Lambanga Apin-Apin Keningau. Tempat tinggal mereka agak jauh dari simpang jalan besar menuju ke Pekan Apin-Apin. Kami datang disambut gembira dan dihidangkan buah pisang dan durian. Etuza hanya ambil buah pisang sahaja.
Dalam dua jam juga kami berbual, siap diberi makan dan paling gembira kami diberikan empat ekor burung merpati berbulu putih dan bulu grey.Tidak pernah memelihara burung merpati, melainkan hanya melihat burung merpati terbang di awan dan mendarat berkelompok di tanah untuk mencari makanan.
Belajar Jinakkan Burung Merpati Sebaik Menetas.
Etuza pelihara burung tersebut sehingglah tahun 2025 kini jumlah anak burung merpati sebanyak sepuluh ekor. Seekor mati sebaik menetas tinggal sembilan ekor. Berbeza dengan yang lain seekor anak burung begitu jinak dan tidak terbang ketakutan apabila disentuh, dibelai penuh kasih sayang.
Dalam vedio ringkas pembaca boleh lihat anak burung yang sudah lengkap sayap tidak beralih tempat atau tidak menggelupar ketakutan. Mungkin sejak menetas anak burung ini selalu disentuh dan menjadi biasa kepada manusia. Teringin melihat burung ini dekat dengan kami. Semua burung merpati adalah bebas keluar masuk reban yang Etuza sediakan. Cuma ada burung bertelur di tempat atas yang Etuza buat dan ada yang di dalam reban ini,seperti dalam gambar terlihat anak burung ini.
Rutin Penjagaan Burung Merpati
Baik lah kepada anda Etuza sertakan rutin Etuza memelihara bung merpati yang dilepaskan bebas tetapi disediakan sangkar sesuai dengan fizikan burung merpati.~ Diberi makan pagi dan petang ~ Menggunakan jagung gred A,B dan C serta baja ~ Mesti letakkan tempat air ( bekas air ) yang menampung air hingga petang.~ Sentiasa bersihkan tempat letak makanan dan tempat air.~ Meberi rawatan penyakit mata, vitamin dan penggalak bulu agar burung-burung sihat dan tidak melarikan diri.~ Buat bunyi seolah -olah bunyi burung agar burung biasa dan meluruh datang bila kita perdengarkan bunyi burung. Terutama memanggil burung datang di reban untuk makan.
Sebegitulah ilmu Etuza selama memelihara burung merpati sejak 2023 hingga 2025 dan sekarang. Kepada anda yang saya hargai,terima kasih kerana melihat paparan catatan ini dan jumpa lagi di cerita akan datang, semoga anda terhibur. Aamiin.
Burung merpati di Masjid Nabawi, di Madinah.Memang banyak menegerumi dataran dan yang hebatnya burung ini tidak mengotori halaman Masjid Nabawi, tetapi berterbangan di luar dan mendarat sejauh 1oo meter dari Masjid Nabawi. Keadaan begitu berlaku mungkin kerana di Masjid Nabawi, Madinah jemaah seperti semut yang begitu sesak dan ramai sekali, di luar dan dalam majid ini. Klik SINI untuk membaca tentang Aiysah isteri Nabi SAW.
Burung merpati betina yang bulu putih dan burung jantan yang bulu grey
Ibu burung merpatai bersungguh-sungguh menjagaanak burung yang baru menetas beberapa hari.
Dua sejoli ini hanya menunggu masauntu keluar telur baru..
Tempat burung merpati di atas kayu keras. Terdapat titian untuk ke reban utama.
Artikal bacaan yang masih baru, klik agar btiadka terlepas. SINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2025/07/jinak-merpati-dari-anak-baru-menetas.html