Jika Tidak Boleh Hidup Dalam Disiplin Organisasi Elok Jadi Petualang Di Luar Sahaja




Pemecatan keahlian Datuk Lokman Noor Adam dari UMNO yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) parti itu semalam, bukan perkara luar jangkaan.
Aktivis politik, Ab. Jalil Backer berkata, Ahli MT itu memang mahukan beliau dipecat berdasarkan serangan bersifat peribadi ke atas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan anggota majlis tertinggi yang lain.
Sebenarnya, kata beliau, tindak-tanduk Lokman itu lebih berat daripada kes pemecatan MT UMNO secara langsung sebelum ini.
“Pada 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dan keahlian MT setelah menentang keputusan Presiden menggugurkannya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan berkelakuan biadab dalam mesyuarat MT.
“Pada 2015, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana berucap bertentangan dengan hala tuju kerajaan dalam kes 1MDB dan Jho Low.
“Pada tahun yang sama, MT tidak membenarkan Muhyiddin merasmikan Perhimpunan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, yang mana akhirnya beliau bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat keahlian kerana secara berterusan mengkritik pentadbiran negara dan parti,” katanya dalam tulisan yang dipetik menerusi laman sosial beliau.
Menurut Ab. Jalil, apa yang dilakukan Lokman lebih teruk dari perlakuan Anwar dan Muhyiddin, malah, sejak 2018 lagi beliau menggunakan kedudukan sebagai Ahli MT berterusan mengkritik, mencerca dan menghina kepimpinan UMNO secara terbuka di media sosial.
Selain Ahmad Zahid, katanya, antara yang menjadi mangsa serangan terbuka Lokman ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
“Akhir tahun lalu beliau sekali lagi secara terbuka mempertikaikan keputusan Presiden membabitkan aduannya ke atas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Minggu ini, beliau menyunting ucapan Ahmad Zahid sehingga menimbulkan salah faham dan kemarahan umum bahawa Presiden akan membawa UMNO meninggalkan Muafakat Nasional menyertai Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Dua hari lepas, beliau melemparkan pelbagai tuduhan kepada Presiden dan MT menggunakan media sosial. Malah, tidak segan silu menghina MT sebagai tiada telur dan keberanian,” katanya.
Beliau berkata, Lokman juga membuat tuduhan di media sosial bahawa Presiden UMNO melakukan rasuah dalam pemilihan parti tahun 2018 dan Julai 2019 pula menyerang Mohamad dan Dr. Asyraf sebagai pemimpin kotor.
“Apakah MT harus bersabar dengan pelbagai tuduhan dilontarkan oleh seorang ahli MT ke atas Presiden dan kepimpinan UMNO?
“Lokman bukan sahaja tiada rasa hormat kepada Presiden dan kepimpinan parti, beliau juga menyerang peribadi setiap pemimpin UMNO yang berlainan pendapat dengannya.
“Hari ini, apabila MT bermesyuarat, beliau dengan penuh bangga memuatnaik gambar sedang bercuti di Jepun. Bahasa media sosial hari ini ialah seolah ‘menganjing MT’,” katanya.
Soal Ab. Jalil, selama mana lagi MT harus bersabar dan membenarkan Lokman bermaharajalela merosakkan parti hanya kerana beliau orang kanan Datuk Seri Najib Tun Razak?
Katanya, Lokman dalam keadaan menjadi ‘panglima’ Najib juga telah mengambil kesempatan tersebut untuk menjadi besar diri dan besar kepala.
“Beliau menggunakan penghormatan pemimpin UMNO kepada Najib untuk mengelak dari sebarang tindakan disiplin parti.
“Hari ini, jika benar dipecat, MT telah membuat keputusan yang wajar (saya tidak kata tepat) memecat beliau. Jika tidak boleh hidup dalam disiplin organisasi eloklah menjadi petualang di luar sahaja,” tegasnya. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/08/jika-tidak-boleh-hidup-dalam-disiplin-organisasi-elok-jadi-petualang-di-luar-sahaja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Ubah Hidup Nuh2020 Kita Mampu Menjadi Luar Biasa Itu Sudah Pasti

Nak Ubah Hidup Nuh2020 Kita Mampu Menjadi Luar Biasa Itu Sudah Pasti

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 490 hits
Hi Korang Tiada apa yang boleh di lakukan jika kita senantiasa bersikap malas berfikiran negatif dan saling menyalahkan di antara satu sama lain Dengan erti kata lain hendaklah kita mengubah sikap sikap negatif ini kepada positif so dengan ...
Amalan Luar Biasa Abam Mr Os Dan Pak Yus Ketika Hidup Ustaz Hanafi Bongkar Mengapa Ramai Ziarah Jenazah Mereka

Amalan Luar Biasa Abam Mr Os Dan Pak Yus Ketika Hidup Ustaz Hanafi Bongkar Mengapa Ramai Ziarah Jenazah Mereka

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 650 hits
BENARLAH seperti diperkatakan dalam banyak kuliah agama jika seseorang melakukan sesuatu amal dengan ikhlas kerana Allah SWT ganjaran pahala dan darjat seseorang manusia itu akan diangkat serta dikenang sehingga akhir hayatnya Demikianlah y...
Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Dr Azizan Osman Kata Boleh Boleh

Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Dr Azizan Osman Kata Boleh Boleh

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 507 hits
Assalammualaikum semua Ramai Nak Ubah Hidup 2020 Jom Ikut Cara Ruby Ini adalah artikel pengalaman Ruby ke NUH2020 yang berlansung pada 25 Jan 2020 hingga
Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 427 hits
Berita baik kepada pengguna Tabung Haji dimana sekarang korang dah boleh semak baki tabung haji dengan melalui internet sahaja Korang tak perlu lagi pergi ke kaunter Tabung Haji dan beratur untuk membuat urusan Segalanya disediakan di platf...
Tin Sardin Berulat Tiada Organisma Hidup Boleh Meneruskan Hidup Dalam Proses Sterillisasi Ayam Brand

Tin Sardin Berulat Tiada Organisma Hidup Boleh Meneruskan Hidup Dalam Proses Sterillisasi Ayam Brand

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 718 hits
The ReporterSusulan viral video dari seorang pengguna Facebook yang mendakwa menemui puluhan ulat dalam produk tin sardin tempatan Ayam Brand telah mengeluarkan kenyataan rasminya KAMI mengambil maklum tentang video yang tular di media sosi...
Boleh Ke Virus Covid Koronavirus Tersebar Melalui Barang Beli Dari Luar Negara

Boleh Ke Virus Covid Koronavirus Tersebar Melalui Barang Beli Dari Luar Negara

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 638 hits
Siapa suka beli di Shopee dan Lazada Kebanyakan barang import dari China Alamak virus banyak di sana Tak takut barang kena virus ke Tiada bukti menunjukkan virus korona terkini boleh merebak menerusi penghantaran barangan dari negara yang t...
Adakah Roh Orang Mati Boleh Mengganggu Dan Memudaratkan Orang Hidup

Adakah Roh Orang Mati Boleh Mengganggu Dan Memudaratkan Orang Hidup

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 272 hits
SOALAN Adakah roh orang mati yang tidak tenteram akan kembali dan menganggu dan memudaratkan orang yang masih hidup Sebab ada segelintir masyarakat kita yang percaya jika seseorang mati dan ada hajatnya yang belum tertunai ketika di dunia m...
Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup 2020 Sudah Boleh Dibuat

Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup 2020 Sudah Boleh Dibuat

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 874 hits
Haii assalamualaikum dan selamat petang korang Alhamdulilah bertemu lagi kita kali ini Sekejap je masa berlalu Februari datang lagi Dan semoga sinar keceriaan dan kebahgiaan akan turut menyinari hidup kita semua sepanjang bulan ini In Shaa ...
Doktor Jangka Tak Dapat Hidup Lama Bayi Tanpa Tempurung Kepala Masih Bertahan Hingga Ke Hari Ini

Doktor Jangka Tak Dapat Hidup Lama Bayi Tanpa Tempurung Kepala Masih Bertahan Hingga Ke Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 508 hits
Kehadiran seorang anak tentunya sesuatu yang indah untuk setiap ibu bapa Meskipun anak dalam kandungan disahkan bakal lahir dengan keadaan yang tidak sempurna dan pernah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak meneruskan kandungan kerana anak ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa