Doktor Jangka Tak Dapat Hidup Lama Bayi Tanpa Tempurung Kepala Masih Bertahan Hingga Ke Hari Ini
Kehadiran seorang anak tentunya sesuatu yang indah untuk setiap ibu bapa. Meskipun anak dalam kandungan disahkan bakal lahir dengan keadaan yang tidak sempurna dan pernah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak meneruskan kandungan kerana anak yang bakal dilahirkan mempunyai masalah pada bahagian kepala dan otak.
Omobola Gordon, 25 dari Houston, Texas menjalani kehamilan yang normal sehingga pada usia 20 minggu kehamilan, anak dalam kandungan disahkan mempunyai masalah bahagian kepala yang tidak sempurna.
Malah doktor juga menyatakan bahawa bayi yang lahir dengan keadaan tersebut mempunyai peluang hidup yang tipis dan tidak lama.
Omobola dan pasangannya, Checotah, 26 bagaimanapun menolak dan meneruskan kehamilan tersebut sehinggalah anak mereka yang diberi nama Ozzie Gordon Lahir.
Meskipun dijangka tidak mampu untuk meneruskan kehidupan, namun bayi ini masih bertahan sehingga ke hari ini.
Ozzie menghidap penyakit yang dikenali sebagai Anencephaly yang mana penyakit ini kebiaannya akan membuatkan bayi yang baru lahir tidak mempunyai bahagian kepala yang sempurna, bahkan mempunyai peluang yang tipis untuk hidup.
Walaupun terpaksa menjalani beberapa pembedahan, Ozzie masih hidup dan sempat menyambut kelahirannya yang pertama pada bulan Oktober tahun lalu.
Walaupun jelas kelihatan pembetukan kepalanya tidak sempurna hingga menampakkan tisu otaknya, Omobola dan Checotah tetap membesarkan dan memberika layanan kepada Ozzie seperti bayi yang sempurna.
Menurut pasangan ini juga, pembesaran Ozzie agak perlahan berbanding bayi lain dan juga mempunai risiko tidak boleh berjalan dan mengalami sawan, namun Ozzie sudah pandai berborak dan senyuman yang diukir padanya cukup untuk membuatkan ibu dan ayahnya rasa seronok dan gembira dengan perkembangan Ozzie sehingga kini.
Sumber: Borak Daily & The Sun
The post Doktor Jangka Tak Dapat Hidup Lama, Bayi Tanpa Tempurung Kepala Masih Bertahan Hingga Ke Hari Ini appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/doktor-jangka-tak-dapat-hidup-lama-bayi-tanpa-tempurung-kepala-masih-bertahan-hingga-ke-hari-ini/