Jika Skuad Elit Polis Masih Ada Sindiket Dadah Mampu Ditangani Ahmad Zahid


 Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
AHMAD ZAHID HAMIDIPETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya sekiranya tiga skuad elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih wujud, sudah pasti negara dapat membasmi kebanyakan sindiket dadah sekali gus mengelakkan anggota masyarakat daripada dipergunakan menjadi tokan akibat keinginan material atau atas desakan hidup.
Beliau berkata, tiga pasukan itu adalah Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) yang ditubuhkan semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada 2014.
Sebaliknya kata beliau, semua pasukan itu dibubarkan ketika era kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Alasan Menteri Dalam Negeri ‘Kerajaan 22 bulan’ membubarkan unit elit polis ketika itu bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan, mengelak pertindihan fungsi dalam jabatan dan mengelak rasa kurang harmoni antara anggota. Seperti saya pernah katakan alasan-alasan pembubaran itu dibuat tanpa mengambil kira indeks jenayah membabitkan aktiviti kumpulan jenayah terancang turun mendadak sejak penubuhan skuad elit terbabit.
“Tanpa mengambil kira keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka dan fungsi pasukan polis semakin bertambah. Tanpa mengambil kira kegerunan dan ketakutan kumpulan jenayah terancang terhadap ketiga-tiga pasukan elit polis itu,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, kenyataan beliau itu bukan untuk menafikan sumbangan dan kemampuan pegawai serta anggota polis lain, namun semua skuad ini untuk memperkasa lagi usaha melawan jenayah. 
“Mereka dianggap sebagai ‘doktor pakar’ dalam bidang tugas mereka menentang jenayah. Mereka terdiri daripada yang terlatih dan terpilih antara yang terbaik daripada yang terbaik dalam pasukan polis.
“Tetapi itulah antara yang telah berlaku selepas kerajaan BN ditewaskan angkara fitnah dan tipu daya. Insya Allah apabila BN menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan kembali sebagai teras pentadbiran kerajaan kita tubuhkan semula unit elit ini,” jelas beliau.
Terdahulu, Ahmad Zahid mengakui hatinya pilu setelah melihat rakaman video seorang ibu tunggal berusia 55 tahun menangis dan merintih selepas dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah atas kesalahan memiliki dan mengedar dadah syabu seberat 113.9 gram.
“Bukan mahu mempertikaikan keputusan mahkamah, tetapi membaca berita itu mengamit kekecewaan terhadap tindakan kerajaan 22 bulan membubarkan tiga skuad elit  PDRM selepas mengalahkan kerajaan BN dalam PRU-14,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/jika-skuad-elit-polis-masih-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Zahid Atur Pengubahan Wang Haram Rm7 5 Juta Pendakwaan

Ahmad Zahid Atur Pengubahan Wang Haram Rm7 5 Juta Pendakwaan

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 281 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 5 2021 7 45 PMMahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatur skim pengubahan wang haram berjumlah RM7 5 juta menggunakan perkhidmatan pengurup wan...
Lelaki Mati Selepas Kediaman Diserbu Polis Dadah Dirampas

Lelaki Mati Selepas Kediaman Diserbu Polis Dadah Dirampas

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah tegar meninggal dunia selepas polis menyerbu pangsapurinya di Taman Dato Senu Sentul pada petang tadi
Hiburan Ahmad Zahid Dan Isteri Guna Rm1 3 Juta Dana Yayasan Akal Budi Beli Hermes Giorgio Armani Louis Vuitton

Hiburan Ahmad Zahid Dan Isteri Guna Rm1 3 Juta Dana Yayasan Akal Budi Beli Hermes Giorgio Armani Louis Vuitton

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 187 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan bahawa bekas TImbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menggunakan dana daripada Yayasan Akal Budi lebih daripada RM1 3 juta bagi membayar bil kad kreditnya yang telah digunakan...
Marah Pun Masih Doakan Rezeki Mereka Halang Lalu Lintas Polis Eskot Kena Sound Balik Dengan Peniaga Jeruk

Marah Pun Masih Doakan Rezeki Mereka Halang Lalu Lintas Polis Eskot Kena Sound Balik Dengan Peniaga Jeruk

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 180 hits
Trend menjaja makanan berhampiran lampu lampu isyarat sekitar jalan raya bukanlah perkara baru Malah sejak pandemik melanda dunia semakin ramai yang mencari rezeki dengan cara sedemikian demi meneruskan kelangsungkan hidup Bermula dengan je...
Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah Bernilai Lebih Rm563 000

Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah Bernilai Lebih Rm563 000

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 172 hits
KUANTAN Polis Pahang akan melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM563 000 iaitu barang kes melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Pahang bagi tempoh 2008 hingga 2021 Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoos...
Mn Ahmad Zahid Terus Berkias Tak Kan Pas Tak Faham Faham Lagi

Mn Ahmad Zahid Terus Berkias Tak Kan Pas Tak Faham Faham Lagi

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 145 hits
PENULIS amat memahami usaha Pas untuk mewujudkan perpaduan ummah melibatkan tiga parti Melayu iaitu UMNO Pas dan Bersatu ia satu hasrat yang murni Lanjutan itu Pas menjadi anggota rasmi Perikatan Nasional dan pada masa sama menjalin hubunga...
Polis Siasat Rakyat Malaysia Ditahan Seludup Dadah Di Australia

Polis Siasat Rakyat Malaysia Ditahan Seludup Dadah Di Australia

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 211 hits
Oleh POLIS Diraja Malaysia menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tangkapan seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan ditahan pihak berkuasa Australia kerana cuba menyeludup dadah jenis heroin ke negara tersebut Pengarah Jabatan Siasa...
Inspektor Polis Bebas Tuduhan Tukar Dadah Kepada Gula Batu

Inspektor Polis Bebas Tuduhan Tukar Dadah Kepada Gula Batu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 172 hits
Juliana Shamsuddin didakwa menukar barang rampasan membabitkan 15 paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah kepada gula batu sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dengan niat melindungi seorang individu daripada hukuma...
Pengedar Dadah Cuba Rempuh Polis Berjaya Diberkas Di Menggatal

Pengedar Dadah Cuba Rempuh Polis Berjaya Diberkas Di Menggatal

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 564 hits
SERBU Kenderaan suspek yang dirakam cuba merempuh anggota polis ketika cuba melarikan diri dalam serbuan terbabit Polis melepaskan tembakan ke arah kereta ketika suspek dadah yang dikehendaki cuba melarikan diri dengan rempuh Polis KOTA KIN...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih