Inspektor Polis Bebas Tuduhan Tukar Dadah Kepada Gula Batu


 
Juliana Shamsuddin didakwa menukar barang rampasan membabitkan 15 paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah kepada gula batu sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis, dengan niat melindungi seorang individu daripada hukuman. (Gambar Bernama)KLANG: Seorang pegawai polis wanita berpangkat inspektor dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada pertuduhan menukar barang rampasan disyaki dadah jenis methamphetamine dianggarkan seberat 201.2g kepada gula batu untuk dihantar ke Jabatan Kimia pada 2019.
Majistret P Sarulatha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Juliana Shamsuddin, 37, di akhir kes pendakwaan.
Sebelum ini, mahkamah mendengar keterangan sembilan saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan dikendalikan sejak dia dituduh kali pertama pada 12 Feb tahun lepas.
Juliana didakwa menukar barang rampasan membabitkan 15 paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 201.2g kepada gula batu sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis, dengan niat melindungi seorang individu daripada hukuman.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu sekitar 7.30 malam pada 4 Jan 2019 sehingga 11.31 pagi pada 10 Jan 2019 di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dekat sini, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan dengan tempoh penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Sarulatha dalam penghakimannya berkata terdapat beberapa kelompongan yang tidak dapat ditutup oleh pihak pendakwaan antaranya membabitkan kawalan kunci bilik penyiasat, sehingga menimbulkan tanda tanya.
Selain itu, beliau berkata pihak pendakwaan gagal memanggil seorang saksi penting yang juga seorang anggota polis, yang disebut ketika perbicaraan berlangsung.
“Pihak pendakwaan hanya bergantung pada keterangan mengikut keadaan. Pertuduhan juga cacat apabila hanya satu daripada 15 paket plastik lut sinar sahaja diuji membuatkan kandungan 14 paket lagi menjadi tanda tanya,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Evangelin Simon manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Naim Rafidi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/inspektor-polis-bebas-tuduhan-tukar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Siasat Rakyat Malaysia Ditahan Seludup Dadah Di Australia

Polis Siasat Rakyat Malaysia Ditahan Seludup Dadah Di Australia

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 394 hits
Oleh POLIS Diraja Malaysia menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tangkapan seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan ditahan pihak berkuasa Australia kerana cuba menyeludup dadah jenis heroin ke negara tersebut Pengarah Jabatan Siasa...
Tuduhan Pandu Melulu Sebab Kematian 8 Remaja Jurujual Kekal Bebas

Tuduhan Pandu Melulu Sebab Kematian 8 Remaja Jurujual Kekal Bebas

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 348 hits
Tuduhan pandu melulu sebab kematian 8 remaja jurujual kekal bebas Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini mengekalkan keputusan seorang jurujual wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemat...
Malaysia Boleh Untuk Kayangan Bebas Tuduhan Jenayah

Malaysia Boleh Untuk Kayangan Bebas Tuduhan Jenayah

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 298 hits
HAMZAH RIE NATakdirr Malaysia Boleh Tips mudah golongan kayangan lepas bebas kes jenayah di mahkamah kasi kawtim bayar balik juta juta jer Dah boleh bebas BN ke PN ke dua kali lima lima kali dua sama jer SR
Adakah Gula Batu Lebih Baik Dari Gula Pasir

Adakah Gula Batu Lebih Baik Dari Gula Pasir

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 413 hits
ADAKAH GULA BATU LEBIH BAIK DARI GULA PASIR 1 Gula batu dan gula pasir kerap digunakan sebagai pemanis baik untuk makanan atau minuman 2 Ramai orang menganggap bahawa gula batu lebih sihat daripada gula pasir Adakah ia benar 3 Pada amnya pe...
Inspektor Bahagian Narkotik Antara 5 Polis Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan

Inspektor Bahagian Narkotik Antara 5 Polis Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 309 hits
Salah seorang anggota polis dipercayai terlibat kes rasuah berada di kaunter pembayaran jaminan selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu hari ini Inspektor antara 5 anggota polis d...
Lelaki Dipercayai Pengedar Dadah Maut Selepas Cuba Melawan Dalam Serbuan Polis

Lelaki Dipercayai Pengedar Dadah Maut Selepas Cuba Melawan Dalam Serbuan Polis

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 558 hits
Lelaki dipercayai pengedar dadah meninggal dunia selepas polis menyerbu sebuah pangsapuri di Taman Dato Senu Sentul hari ini Dalam kejadian pada 5 petang itu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah S...
Pengedar Dadah Cuba Rempuh Polis Berjaya Diberkas Di Menggatal

Pengedar Dadah Cuba Rempuh Polis Berjaya Diberkas Di Menggatal

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 859 hits
SERBU Kenderaan suspek yang dirakam cuba merempuh anggota polis ketika cuba melarikan diri dalam serbuan terbabit Polis melepaskan tembakan ke arah kereta ketika suspek dadah yang dikehendaki cuba melarikan diri dengan rempuh Polis KOTA KIN...
Lelaki Mati Selepas Kediaman Diserbu Polis Dadah Dirampas

Lelaki Mati Selepas Kediaman Diserbu Polis Dadah Dirampas

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah tegar meninggal dunia selepas polis menyerbu pangsapurinya di Taman Dato Senu Sentul pada petang tadi
Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah Bernilai Lebih Rm563 000

Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah Bernilai Lebih Rm563 000

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 305 hits
KUANTAN Polis Pahang akan melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM563 000 iaitu barang kes melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Pahang bagi tempoh 2008 hingga 2021 Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoos...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu