Pengedar Dadah Cuba Rempuh Polis Berjaya Diberkas Di Menggatal


SERBU: Kenderaan suspek yang dirakam cuba merempuh anggota polis ketika cuba melarikan diri dalam serbuan terbabit. klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Polis melepaskan tembakan ke arah kereta ketika suspek dadah yang dikehendaki cuba melarikan diri dengan rempuh Polis KOTA KINABALU: Polis berjaya memberkas seorang lelaki warga asing dipercayai pengedar dadah yang cuba melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan berwarna merah dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi.


Suspek yang berumur 20-an itu turut dilaporkan bertindak agresif sehingga hampir merempuh anggota polis yang membuat serbuan ke atas kenderaan terbabit.

Suspek ditangkap polis kira-kira 120 meter dari tempat kejadian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, suspek berjaya ditangkap dalam serbuan Op Tapis yang dijalankan di Manggatal dekat sini.



Menurutnya, akibat tindakan agresif suspek, pasukan polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta yang dipandu suspek.

Katanya, tindakan anggota polis menembak tayar di bahagian hadapan kiri dan kanan kereta terbabit untuk mempertahankan diri berikutan suspek yang enggan memberi kerjasama.


"Walaupun pada awalnya suspek berjaya melarikan diri, namun kenderaannya hanya mampu bergerak sejauh kira-kira 120 meter dari tempat kejadian.

"Pasukan polis kemudiannya berjaya memberkas suspek dan hasil pemeriksaan lanjut menemukan dua paket plastik lutsinar setiap satu berisi ketulan hablur kristal disyaki dadah jenis syabu.


"Rampasan dadah terbabit dianggarkan seberat 100 gram dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya," katanya mengesahkan kejadian ketika dihubungi di sini hari ini.

Rampasan dadah jenis syabu yang diperoleh hasil pemeriksaan ke atas suspek.

DADAH: Rampasan 2 paket dadah jenis syabu yang diperoleh hasil pemeriksaan ke atas suspek.
Beliau berkata, maklumat awal mengenai suspek diperoleh selepas ada pihak mengesyaki terdapat kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

George berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Sebelum ini, video yang menyaksikan suspek bertindak agresif cuba merempuh anggota polis dalam operasi berkenaan turut tular di media sosial petang tadi.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/pengedar-dadah-cuba-rempuh-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Dipercayai Pengedar Dadah Maut Selepas Cuba Melawan Dalam Serbuan Polis

Lelaki Dipercayai Pengedar Dadah Maut Selepas Cuba Melawan Dalam Serbuan Polis

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 564 hits
Lelaki dipercayai pengedar dadah meninggal dunia selepas polis menyerbu sebuah pangsapuri di Taman Dato Senu Sentul hari ini Dalam kejadian pada 5 petang itu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah S...
Pegawai Polis Rakan Maut Kereta Terbabas Rempuh Pokok Di Jalan Lintas

Pegawai Polis Rakan Maut Kereta Terbabas Rempuh Pokok Di Jalan Lintas

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 611 hits
Kenderaan rosak teruk setelah terbabas rempuh pokok di pembahagi jalan di sepanjang Jalan Lintas dekat Metrotown pada Khamis Pegawai polis dan rakan maut kenderaan terbabas sendiri KOTA KINABALU Hilang kawalan ketika memandu hingga merempuh...
Pengarah Diberkas Kes Dadah

Pengarah Diberkas Kes Dadah

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 277 hits
Oleh KOSMO Gambar hiasanKAJANG Seorang pengarah di sebuah jabatan kerajaan ditahan polis berhubung kes dadah pada 27 Ogos lalu Difahamkan lelaki berkenaan ditahan kerana kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 12A Akta Dadah Berbahaya 6 dan...
Hiburan Cuba Nasib Masuk Kelantan Walau Tak Lengkap Vaksin Satu Keluarga Diarah Berpatah Balik Oleh Polis

Hiburan Cuba Nasib Masuk Kelantan Walau Tak Lengkap Vaksin Satu Keluarga Diarah Berpatah Balik Oleh Polis

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 328 hits
Semalam merupakan hari pertama pembukaan sempadan negeri lalu berpusu pusulah rakyat menggunakan peluang yang ada untuk pulang ke kampung dan juga melancong bersama keluarga ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementNamun begitu masih ada yang melangg...
Lelaki Mati Selepas Kediaman Diserbu Polis Dadah Dirampas

Lelaki Mati Selepas Kediaman Diserbu Polis Dadah Dirampas

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah tegar meninggal dunia selepas polis menyerbu pangsapurinya di Taman Dato Senu Sentul pada petang tadi
Inspektor Polis Bebas Tuduhan Tukar Dadah Kepada Gula Batu

Inspektor Polis Bebas Tuduhan Tukar Dadah Kepada Gula Batu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 306 hits
Juliana Shamsuddin didakwa menukar barang rampasan membabitkan 15 paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah kepada gula batu sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dengan niat melindungi seorang individu daripada hukuma...
Wanita Antara Tiga Pengedar Dadah Ditahan

Wanita Antara Tiga Pengedar Dadah Ditahan

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 273 hits
Seramai tiga suspek termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dalam serbuan berasingan di sekitar Jinjang di sini pada Ahad Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata kese...
Jika Skuad Elit Polis Masih Ada Sindiket Dadah Mampu Ditangani Ahmad Zahid

Jika Skuad Elit Polis Masih Ada Sindiket Dadah Mampu Ditangani Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 392 hits
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR AHMAD ZAHID HAMIDIPETALING JAYA Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya sekiranya tiga skuad elit Polis Diraja Malaysia masih wujud sudah pasti negara dapat membasmi kebanyakan sindiket dadah sekali...
Oolong Tea Kelebihan Benefit Untuk Kesihatan Kuruskan Badan

Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Pengalaman Ringkas Aku Beli Kripto

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara