Jika Ibu Terkasar Maafkan Ibu Nak Anak Merajuk Tak Pulang Ke Rumah Selepas Ditegur Supaya Kemaskan Rumah


‘Jika Ibu Terkasar, Maafkan Ibu Nak..’ – Anak merajuk tak pulang ke rumah selepas ditegur supaya kemaskan rumah. “Ibu minta maaf jika terkasar,” demikian rayuan Hasanatul Khalikah Ali, 39, kepada anak sulungnya yang dilaporkan tidak pulang ke rumah semenjak Jumaat lalu.
Terdahulu, Hasanatul menyangka anaknya, Nur Ainin Sufiah Mohd Adam, 17, hanya keluar ke rumah kawannya. Tetapi sehingga kini remaja itu langsung tidak pulang ke rumah, malah tidak dapat dihubungi.
Menurut Hasanatul, pada hari kejadian, anaknya keluar dari rumah selepas dia menegur Ainin supaya mengemas rumah dengan nada suara yang agak tinggi.
“Selepas itu saya nampak dia keluar bawa beg, tapi taklah terfikir dia nak lari. Mungkin agaknya dia merajuk dengan saya,” katanya.
Hasanatul juga sudah mencuba beberapa kali menghubungi Ainin termasuk melalui WhatsApp, tetapi tiada sebarang respon yang diterima menyebabkan dia bimbang dan terus bertanya tentang Ainin di group WhatsApp sekolah.
“Kawan Ainin beritahu, anak saya selamat dan kini berada di rumah ibu tirinya di Port Dickson. Paling saya risau apabila dia cakap nak pergi ke Johor.
“Saya nak cari Ainin pun tak tahu alamat rumah ibu tirinya di mana. Saya betul-betul risau kerana dia perempuan dan berada di bawah tanggungjawab saya sebagai ibu kandung sejak ayahnya meninggal dunia Jun lalu.
“Sebagai seorang ibu, saya menegurnya demi kebaikan. Lagipun dia anak sulung dalam lima beradik dan menjadi harapan saya.
“Saya mohon kepada sesiapa yang ternampak Ainin supaya menghubungi 011-20701969 kerana saya terlalu risaukan keadaannya,” katanya.
Difahamkan, Hasanatul juga telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, kelmarin berhubung kehilangan anaknya itu.
Sumber: Sinar Harian
Artikel Lain
‘Bila check baki akaun, tinggal RM53!’ – Terkejut, wang simpanan dalam akaun bank lesap angkara scammer
Sudah kerap kes kehilangan wang dalam akaun bank, namun sehingga kini tiada sebarang penyelesaian yang baik ataupun suspek ditangkap oleh pihak berkuasa. Pengguna seperti dibiarkan bersendirian dan terpaksa menghadapi karenah birokrasi setiap pihak apabila mahu melaporkan kejadian yang tidak diingini itu.
Entah bagaimana penjenayah siber memperolehi data atau maklumat peribadi pengguna, sedangkan ada mangsa yang cermat dalam segala urusan pembankang secara online, tetap juga maklumat mereka bocor ke tangan penjenayah. Apakah ini ada kaitan dengan orang dalam?
Dalam kejadian terbaru, seorang wanita terkejut apabila mendapati akaun banknya hanya tinggal RM53 sahaja, sedangkan kali terakhir amaun dalam bank itu adalah ribuan ringgit.
BILA saya dapat mesej pada jam 12.29 tengah hari pada 11 November 2018 ( Yelah, hari shopping seMalaysia), saya tak balas mesej itu. Saya terus sekat dan tak bagi nombor TAC pun.
Pada jam 12.41 tengah hari, saya dapat SMS yang mengatakan beribu-ribu duit saya telah digunakan untuk membuat pembayaran bil. Saya terus menyemak akaun bank saya dan mendapati hanya tinggal baki RM53 sahaja. Sedih! Saya dah bangkrap!
Saya terus menghubungi call centre bank C***, namun mereka hanya mampu memadamkan akaun bank online saya.
Scammer ini telah membayar semua akaun bil yang saya telah tetapkan sebagai ‘favourite’ di mana ia tidak memerlukan nombor TAC untuk membuat pembayaran. Lebih jahanam, dia telah transfer ke pelbagai biller dan setiap satu biller ada birokrasinya.
Kejadian ini membuatkan hidup saya stress dua minggu di mana saya perlu membuat laporan polis, perlu faks laporan polis kepada pihak bank. Sudahlah jarang menggunakan faks di zaman serba maya ini, kemudian perlu berurusan pula dengan birokrasi biller-biller ini.
Ada satu bil itu adalah bil ibu saya. Saya tidak boleh selesaikan secara online semua ini. Saya terpaksa pergi ke cawangan ibu saya untuk membuka akaun, tulis surat dan lampir macam-macam, isi borang.
Saya betul-betul tak ada duit. Sudahlah begitu, bila hubungi call centre bank, mereka minta bermacam-macam bukti. Duit yang dibayar itu sudah dipotong untuk bayar bil. Nak bakinya pun kena tunggu 30 hari bekerja. Bila potong duit kita tak ada pula kena tunggu 30 hari bekerja?
Saya nak makan apa? Duit semua sudah dihabiskan oleh scammer tidak guna ini. Di mana polis dan pihak bank ketika saya menghadapi semua ini?
“Kami tak ada teknologi seperti CSI dalam TV. Nombor didaftarkan di atas nama Indon dan Bangla. Kami ada banyak lagi kes lain selain kecik cik ini,” itu jawapan polis.
Jadi, aduan saya ini bukan kerja tuan polis kah? Begitu bersahaja jawapannya. Saya menghubungi call centre bank, berkali-kali mereka kata masih dalam siasatan tetapi akhirnya kata ini adalah kes polis.

Dapatkan RM3000 setiap 60 minit dari komputer anda
Nampak tak di mana anda apabila menghadapi scammer ini? Anda bersendirian. Tiada akta dan tindakan undang-undang yang ambil tindakan terhadap scammer. Pernah dengar scammer ditangkap tak? Pernah dengar mangsa mendapat semula duitnya? Saya tak pernah dengar.
Pihak bank pun bukannya nak mencari siapa dalang scammer, tetapi mencari kecuaian kita kononnya memberi nombor TAC, penetapan password tidak kuat, dakwa pelanggan beri info kepada scammer agar mereka tidak dipertanggungjawabkan. Kemudian diajar
Call centre tak ada hati perut. Mangsa diminta pergi ke kaunter dan buat aduan dengan betul, InsyaAllah tak sampai tiga hari selesai masalah. Sudahlah kita serabut, diulang-ulang prosedur yang kita tidak mahu dengar. Lagi nak bergaduh dengan kita. Dalam masa seminggu ini saya stress dibuatnya.
Sehingga kini saya masih mendapat panggilan rambang yang adakalanya menghubungi saya jam 2-3 pagi. Saya trauma dengan teknologi big data, tapi saya perlu join juga sebab masyarakat kini dalam komuniti big data. Semua data kita boleh didapati dengan muda.
Berhati-hatilah semua. Saya bersyukur masih berjumpa jodoh dengan duit saya. Di kemudian hari pasti scammer akan lebih advance lagi taktiknya. Sampai bila kerajaan tak ada teknologi seperti CSI? Mungkin tunggu duit PM kena scam agaknya. – Normalina Jamaluddin
Sekian, jaga diri. Saya nervous dengan sales 12.12. Janganlah ia berlaku lagi.
Dalam perkembangan terkini, salah seorang pengguna juga mendakwa dia baru saja terkena di mana berlakunya pembayaran ke Paypal tanpa pengetahuannya dalam jumlah kecil tetapi kerap.
Meskipun ada segelintir netizen yang kata perkara ini mustahil berlaku kerana sebarang transaksi tidak akan berjaya dilakukan tanpa nombor TAC. Untuk makluman, kami sendiri pernah menghadapi kejadian ini di mana sebanyak RM100 telah ditolak dari akaun bank CIMB tanpa pengetahuan.
Semakan pada akaun bank secara online mendapati, berlaku pembayaran RM100 pada sebuah laman web menjual pakaian di luar negara. Apabila cuba mendapatkan penjelasan pihak bank, mereka juga tidak tahu bagaimana ianya boleh berlaku.
Justeru perkara ini menimbulkan persoalan, apakah selamat wang simpanan kita di dalam bank? CIMB perlu beri penjelasan, kejadian ini semakin kerap berlaku. Jangan sampai pelanggan hilang kepercayaan terhadap pihak bank.
Sumber: The Reporter
The post ‘Jika Ibu Terkasar, Maafkan Ibu Nak..’ – Anak merajuk tak pulang ke rumah selepas ditegur supaya kemaskan rumah appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/jika-ibu-terkasar-maafkan-ibu-nak-anak-merajuk-tak-pulang-ke-rumah-selepas-ditegur-supaya-kemaskan-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Rumah Di Balikpapan Dibakar Saudara Sendiri Ibu Dan Anak Tewas Terpanggang

Dua Rumah Di Balikpapan Dibakar Saudara Sendiri Ibu Dan Anak Tewas Terpanggang

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 274 hits
Peristiwa itu terjadi sekira pukul 03 30 WITA Api diduga berasal dari rumah Sumarji yang juga diduga dibakar saudaranya yang dikabarkan mengalami gangguan jiwa Ipung menggunakan bensin
Ibu Bapa Perlu Tahu Perkara Ini Jika Anak Ingin Tidur Di Rumah Kawan

Ibu Bapa Perlu Tahu Perkara Ini Jika Anak Ingin Tidur Di Rumah Kawan

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 456 hits
Setiap ibu bapa ingin melindungi anak dan memastikan mereka sentiasa selamat dan jauh daripada masalah Memastikan anak anda selamat di sekolah atau bersama pengasuh mungkin satu perkara yang sukar untuk dilakukan namun ia mungkin akan menja...
Anakku Maafkan Ibu Sungguh Semua Ini Salah Ibu Anak Saya Speech Delay Mengarah Ke Autis

Anakku Maafkan Ibu Sungguh Semua Ini Salah Ibu Anak Saya Speech Delay Mengarah Ke Autis

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 411 hits
Satu lagi cerita tentang pola asuh yang dianggap biasa namun sangat berbaya bagi anak anak Setelah kemarin balita 4 tahun jalani operasi mata akibat kecanduan HP pola asuh yang seperti ini juga sangat berbahaya bagi anak anak kita Berikut i...
Nak Tambah Anak 5 Faktor Ini Kena Fikir Dulu Salah Satunya Kesediaan Emosi Ibu Sangat Mustahak

Nak Tambah Anak 5 Faktor Ini Kena Fikir Dulu Salah Satunya Kesediaan Emosi Ibu Sangat Mustahak

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 416 hits
Setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan kehadiran anak untuk melengkapkan keluarga Namun perlu diketahui untuk memastikan semua pada tahap yang baik 5 faktor ini perlu ditahap yang baik sebelum hamil atau menambah bilangan anak Prof...
Anak Tidur Rumah Kawan Apa Ibu Bapa Kena Ingati

Anak Tidur Rumah Kawan Apa Ibu Bapa Kena Ingati

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 691 hits
Setiap ibu bapa ingin melindungi anak dan memastikan mereka sentiasa selamat dan jauh daripada masalah Memastikan anak anda selamat di sekolah atau bersama pengasuh mungkin satu perkara yang sukar untuk dilakukan namun ia mungkin akan menja...
Nak Bentuk Anak Lelaki Hebat 4 Perkara Ini Ibu Perlu Buat Sebab Itu Hubungan Kena Rapat

Nak Bentuk Anak Lelaki Hebat 4 Perkara Ini Ibu Perlu Buat Sebab Itu Hubungan Kena Rapat

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 531 hits
Anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu Benar karakternya berlainan berbanding anak perempuan Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat dengan si ibu anak lelaki boleh jadi insan yang hebat 4 sebab ...
8 Makanan Terbaik Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak

8 Makanan Terbaik Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 647 hits
Ibu yang menyusukan anak perlu pastikan makanan yang diambil mengandungi khasiat yang bukan sahaja baik untuk memulihkan kesihatan selepas bersalin tetapi juga untuk pastikan susu yang dihasilkan berkualiti untuk bayi Ini ada lapan makanan ...
Tolong Makcik Bawa Pulang Anak Makcik Dari Australia

Tolong Makcik Bawa Pulang Anak Makcik Dari Australia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 415 hits
Tolong Makcik Bawa Pulang Anak Makcik Dari Australia Demikian luahan hati seorang ibu Zakiah Ibrahim ibu kepada Mohamad Rafie Abdul Khadir Hatim 29 pemuda yang meninggal dunia di Coffs Harbour di New South Wales Australia malam semalam Menu...
Dasar Mewajibkan Buruh Asing Pulang Ke Negara Asal Selepas Permit Tamat Tempoh Sedang Diteliti Menteri Sumber Manusia

Dasar Mewajibkan Buruh Asing Pulang Ke Negara Asal Selepas Permit Tamat Tempoh Sedang Diteliti Menteri Sumber Manusia

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan sedang meneliti kemungkinan mengikut langkah Jepun Korea Selatan Taiwan dan Hong Kong yang menggubal dasar berkaitan kemasukan buruh asing di negara mereka Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran menjelaskan antara kandun...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba