Jika Benar Difitnah Sila Buat Laporan Dari Kpn Kepada Zahid Dan Anwar





Laporan ini disiarkan oleh AstroAwani pada 09 April 2021 jam 2:49pm setelah lebih dari 24 jam rakaman audio perbualan telefon yang didakwa sebagai perbualan Anwar dan Zahid tersebar...
Menurut Ketua Polis Negara beliau tidak dimaklumkan laporan Polis telah dibuat oleh Ahmad Zahid mahupun Anwar Ibrahim.. 
Perkara ini turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

MELAKA: Polis menasihati Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membuat laporan berhubung rakaman audio perbualan telefon yang tular, sekiranya benar diri mereka difitnah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima tujuh laporan daripada pelbagai pihak dan sehingga pagi Jumaat, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh dua pemimpin politik itu atau wakil mereka.
“Setakat ini tujuh laporan telah diterima dan kita lihat daripada tempoh, reaksi orang ramai terhadap audio tersebut. Sekiranya ia sampai ke tahap orang ramai sudah rasa bimbang dan gusar, kita akan jalankan siasatan.
“Saya tidak dimaklumkan (laporan dibuat Ahmad Zahid dan Anwar), kita tunggu sahaja lah, kalau betul mengatakan beliau difitnah, tampillah membuat laporan demi kebaikan juga,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Bersepadu Op Khazanah (OBK) Siri 7, di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir.
Mengulas lanjut ujarnya, analisis bagi menentukan ketulenan rakaman audio dan butiran perbualan yang tular juga akan dilakukan sejurus pihak polis menerima laporan daripada salah seorang individu yang didakwa terlibat.
“Itu tindakan susulan yang mana apabila laporan dibuat oleh seseorang yang mengatakan difitnah itu, kita akan terus membuka kertas siasatan.
“Hanya selepas itu pihak polis akan proses dan menganalisis rakaman audio itu untuk menilai bukti atau apa sahaja yang diperlukan,” tambahnya.
Pada Rabu, tular di laman sosial rakaman suara panggilan telefon berdurasi empat minit 17 saat mirip Anwar yang memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2020.
Bagaimanapun Ahmad Zahid menyangkal dakwaan penglibatannya di dalam rakaman suara tersebut.
Sumber: AstroAwani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/jika-benar-difitnah-sila-tampil-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Bimbang Perjanjian Sulit Zahid Anwar Benar Benar Wujud

Saya Bimbang Perjanjian Sulit Zahid Anwar Benar Benar Wujud

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 208 hits
SHAH ALAM Saya bimbang memang wujud satu perjanjian sulit perancangan politik antara Presiden UMNO dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya perbualan benar benar sahih Demikian luahan hati Ketua UMNO Bahagian Bakri Mohd Fuad Tukirin susulan d...
Igp Zahid Anwar Boleh Buat Aduan Jika Rasa Difitnah Teraniaya

Igp Zahid Anwar Boleh Buat Aduan Jika Rasa Difitnah Teraniaya

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 532 hits
malaysiakini comDiterbitkan 10 Apr 2021 1 28 pmAhmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim diminta tampil membuat aduan polis sekiranya merasakan diri mereka difitnah atau teraniaya berhubung dakwaan perbualan rakaman audio yang melibatkan mereka ...
Zahid Nafi Ada Perbualan Bersama Anwar Selepas Pau Laporan Polis Akan Dibuat

Zahid Nafi Ada Perbualan Bersama Anwar Selepas Pau Laporan Polis Akan Dibuat

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 316 hits
KENYATAAN MEDIA1 Saya amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim 2 Saya menafikan sekeras kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio raka...
Audio Presiden Umno Berkomplot Dengan Anwar Bocor Zahid Buat Laporan Polis

Audio Presiden Umno Berkomplot Dengan Anwar Bocor Zahid Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 311 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan presiden PKR Anwar Ibrahim yang tersebar Katanya dia telah mengarahkan agar laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan Saya...
Polis Akan Analisa Ketulenan Audio Sejurus Zahid Anwar Fail Laporan

Polis Akan Analisa Ketulenan Audio Sejurus Zahid Anwar Fail Laporan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 487 hits
malaysiakini comDiterbitkan 9 Apr 2021 3 42 pmPolis menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk tampil memfailkan laporan sekiranya mereka percaya klip audio yang dikatakan itu palsu Ketua Polis Negara Abd...
Rakaman Audio Mirip Suara Anwar Zahid Satu Konspirasi Tahap Tertinggi

Rakaman Audio Mirip Suara Anwar Zahid Satu Konspirasi Tahap Tertinggi

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 332 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONRakaman perbualan peribadi yang didakwa mirip Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dianggap sebagai hari hitam kepada demokrasi Malaysia Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk...
Lembaga Disiplin Umno Kena Siasat Audio Mirip Zahid Anwar

Lembaga Disiplin Umno Kena Siasat Audio Mirip Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 341 hits
SHAH ALAM Lembaga Disiplin UMNO perlu menyiasat kebenaran rakaman audio perbualan telefon di antara individu dikaitkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak ma...
Zahid Anwar Audio Proves Our Suspicion Of Umno Pkr Talks Mukhriz

Zahid Anwar Audio Proves Our Suspicion Of Umno Pkr Talks Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 373 hits
The purported audio recording between Umno president Ahmad Zahid Hamidi and PKR president Anwar Ibrahim has proven suspicion of a discussion between the two parties Parti Pejuang Tanahair president Mukhriz Mahathir said today According to M...
Rakaman Audio Tular Zahid Anwar Tak Gadai Semangat Reformasi Kata Ezam

Rakaman Audio Tular Zahid Anwar Tak Gadai Semangat Reformasi Kata Ezam

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 274 hits
April 10 2021 Rakaman audio didakwa melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Umno bukanlah satu isu yang boleh merosakkan semangat reformasi Bekas senator Ezam Mohd Nor yang kini memimpin gerakan longgar yang dijuluki nama Gerak 9...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Kkv Alamanda

Ramai Yang Skeptikal

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah Bebas Sahaja Tak Mencukupi