Saya Bimbang Perjanjian Sulit Zahid Anwar Benar Benar Wujud



SHAH ALAM - "Saya bimbang memang wujud satu perjanjian sulit, perancangan politik antara Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden Parti Keadilan Rakyat) sekiranya perbualan (rakaman audio tular) benar-benar sahih."

Demikian luahan hati Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin susulan diminta mengulas mengenai satu rakaman video dan audio mirip suara Zahid Hamidi dan Anwar didedahkan di media sosial sejak malam Selasa.

Jelas beliau, sekiranya rakaman perbualan telefon itu benar-benar tulen, ia sangat menyedihkan kerana itu bukti jelas Ahmad Zahid seolah-olah telah menipu dan mengkhianati seluruh ahli UMNO.

"Jika isu itu benar, segala apa diperkatakan dan diputuskan sama ada dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mahu pun Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020) adalah sandiwara semata-mata.

"Presiden akan dilihat sanggup menggadaikan UMNO semata-mata diri sendiri dengan semua ahli diperkudakan demi kepentingan beliau. Ini juga akan dianggap bukti jelas ada perjanjian sulit dimeterai beliau dengan Datuk Seri Anwar," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Rakaman video dan audio berdurasi 4 minit dan 17 saat yang menjadi tular itu dimulakan dengan ucapan Ahmad Zahid ketika bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang menegaskan bahawa UMNO tidak akan menerima Anwar, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun, dalam video itu turut kedengaran suara yang mirip dengan Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO itu menerusi panggilan telefon.

Susulan itu, Ahmad Zahid menafikan adanya perbualan antara beliau dan Anwar sebagaimana terkandung dalam rakaman audio tular berkenaan.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa tiada sebarang perbualan beliau dengan ketua pembangkang itu selepas PAU lepas.

Zahid nafi perbualannya bersama Anwar

Dalam pada itu, Mohd Fuad menegaskan semua ahli UMNO perlu bertanggungjawab dalam memastikan sebarang bentuk politik kotor dan penuh muslihat dihentikan demi kelangsungan parti.

"Sekiranya rakaman audio perbualan telefon itu sahih, adakah Lembaga Disiplin dan MKT UMNO tutup mata dan tidak mengambil apa-apa tindakan semata-mata untuk menjaga nama baik institusi Presiden?

"Kalau ahli-ahli UMNO senang-senang digantung dan diambil tindakan disiplin sekiranya melakukan kesalahan, mengapa tidak Presiden (UMNO) sekiranya terbukti bersalah?" katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/saya-bimbang-perjanjian-sulit-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Benar Difitnah Sila Buat Laporan Dari Kpn Kepada Zahid Dan Anwar

Jika Benar Difitnah Sila Buat Laporan Dari Kpn Kepada Zahid Dan Anwar

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 284 hits
Laporan ini disiarkan oleh AstroAwani pada 09 April 2021 jam 2 49pm setelah lebih dari 24 jam rakaman audio perbualan telefon yang didakwa sebagai perbualan Anwar dan Zahid tersebar Menurut Ketua Polis Negara beliau tidak dimaklumkan lapora...
Anwar Downplays Zahid S No Bersatu No Anwar No Dap Call

Anwar Downplays Zahid S No Bersatu No Anwar No Dap Call

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 251 hits
PKR president Anwar Ibrahim today downplayed Umno president Ahmad Zahid Hamidi s dismissal of his previous claim of discussions between their parties ahead of the 15th general elections Asked for comments on Zahid s speech at the Umno Annua...
Kdn Akan Siasat Ketulenan Dakwaan Rakaman Audio Zahid Anwar

Kdn Akan Siasat Ketulenan Dakwaan Rakaman Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat ketulenan rakaman audio dan butiran perbualan yang didakwa antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar ...
Zahid Anwar Digesa Lafaz Sumpah Laknat

Zahid Anwar Digesa Lafaz Sumpah Laknat

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 228 hits
PUTRAJAYA Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa melafazkan sumpah laknat di masjid bagi menafikan rakaman audio mirip suara mereka yang tersebar di media sosial Gesaan...
Rakaman Suara Zahid Anwar Siapa Ketakutan

Rakaman Suara Zahid Anwar Siapa Ketakutan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 250 hits
Rakaman suara Zahid Anwar siapa ketakutan Oleh April 09 2021Askar PPBM malam tadi sibuk menyebarkan audio rakaman mirip Zahid dan Anwar FAKTASumber rakaman Mohon didedahkan sumber rakaman itu dari mana Adakah dari teknikal Cawangan Khas sep...
Reezal Merican Amat Terganggu Isu Audio Zahid Anwar

Reezal Merican Amat Terganggu Isu Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 555 hits
PERMATANG PAUH Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican secara peribadi mengakui amat terganggu dengan isu perbualan telefon antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri An...
Skmm Dan Cybersecurity Malaysia Akan Siasat Audio Zahid Anwar Jika Dilaporkan

Skmm Dan Cybersecurity Malaysia Akan Siasat Audio Zahid Anwar Jika Dilaporkan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 259 hits
ARAU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau CyberSecurity Malaysia masih belum menerima laporan berhubung rakaman audio yang didakwa perbualan antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden PKR Datuk Ser...
Saya Akan Sumpah Nama Allah Saya Tak Cipta Audio Zahid Anwar

Saya Akan Sumpah Nama Allah Saya Tak Cipta Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 249 hits
Malaysiakini Bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Tun Faisal Ismail Aziz berkata dia akan bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak mencipta rakaman audio yang didakwa melibatkan Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim Untuk menghentikan polemik...
Tian Chua Penularan Perbualan Anwar Zahid Sistematik Seperti Serangan Terancang

Tian Chua Penularan Perbualan Anwar Zahid Sistematik Seperti Serangan Terancang

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 233 hits
April 8 2021 PETALING JAYA Seorang pemimpin PKR menarik perhatian pengikutnya kepada cara rakaman dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tersebar Tian Chua berkata rakaman itu nampaknya di...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuktech Expands Product Line In Malaysia With Launch Of Three Innovative Power Products

Apa Yang Allah Jauhkan Mungkin Itu Yang Terbaik Untukmu Saat Ini

Perut Lembu Air Asam

Folder Custom Untuk Persaraan Pilihan Bijak Organisasi Profesional

Three Innovative Power Products By Cuktech

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal