Jho Low Dah Ubah Wajah Jadi Beruang Adoilaaaa



NEGARA lokasi Low Taek Jho atau Jho Low, 38, dipercayai bersembunyi enggan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangkap ahli perniagaan dalam buruan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sebaliknya pihak berkuasa negara terbabit memberi alasan tidak masuk akal, termasuk dakwaan Jho Low sudah membuat pembedahan wajah menyerupai beruang.

“Alasan yang diberikan kononnya dia (Jho Low) sekarang mengubah rupanya, alasan yang diberikan kepada saya dia mungkin sudah menjalani pembedahan mukanya dan menyerupai beruang.

“Muka dia sekarang sama dengan muka beruang, saya tak tahulah, tetapi kononnya dia dah mengubah rupa bentuk mukanya.

“Tetapi, dia terus berada di negara itu dan mendakwa kononnya dia susah nak dikesan, dia sekarang muka menyerupai beruang, dan ada kalanya apabila dia berjalan akan menyerupai tambadau (bahasa dialek Sabah bermaksud badak), jadi dari belakang bila kita lihat rupanya begitulah rupanya. Adakah logik alasan yang diberikan ini?” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Negara (tolak rasuah) di Batalion 24 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Abd Rahim Jaafar; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah dan Komander Briged Sabah (PGA), Senior Asisten Mancha Ata.

Mengulas lanjut mengenai laporan terbaharu Jho Low dikesan menggunakan pasport Cyprus, Abdul Hamid berkata, perkara itu bukan sesuatu yang baharu kerana ada negara tertentu yang menjual nilai kedaulatan dengan cara mudah termasuk menjual pasport.

“Ini kerana negara berkenaan memerlukan wang untuk ekonomi dan dia (Jho Low) ni perompak tegar telah mengambil kesempatan (eskploitasi).

“PDRM sedang menyiasat perkara ini dan sudah berhubung dengan pihak penguat kuasa antarabangsa dan saya tak perlu sebut siapa dia, untuk menjejaki sekiranya ada harta hasil rompakan wang negara kita dilaburkan atau digunakan untuk membeli apa-apa juga harta di sana,” katanya.

Katanya, polis sedang dalam operasi menjejak ke mana perginya wang dibelanjakan oleh perompak moden terbabit.

“Dia (Jho Low) memang berada di sana di tempat yang saya sebutkan tadi, dia memang dilindungi, satu pendekatan atau tindakan oleh negara berkenaan yang tidak bertanggungjawab, enggan memberikan kerjasama kepada kita.

“Dalam memerangi kes jenayah, sepatutnya kita dengan mana-mana negara pun kita harus bekerjasama dan bukan bertindak melindunginya sebab kes ada kaitan politik sebelumnya.

“Ini perbuatan jenayah, dia (Jho Low) merompak wang sebuah negara dan dia mendapat perlindungan di sebuah negara dan kita memohon kerjasama untuk menghantar dia balik ke sini.

“Tetapi, dia seolah-olah kebal pula dan mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa negara terbabit,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada PDRM sudah membuat permohonan ekstradisi terhadap Jho Low, beliau menjelaskan pihak polis sudah melakukan semua prosedur untuk membawa pulang ahli perniagaan yang menjadi buruan itu.

“Semuanya dah ada, semuanya dah kita buat tetapi kalau pihak itu tidak mahu menyerahkan kepada kita, kita tak boleh nak buat apa.

“Tetapi saya akan dedahkan satu ketika nanti apa yang mereka lakukan satu sifat, sikap, tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya bersangka baik dengan semua negara dalam hal-hal yang membabitkan jenayah, ini bukan ada kena mengena dengan politik, kaum atau agama sebaliknya membabitkan seorang perompak,” tegasnya lapor Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/11/jho-low-dah-ubah-wajah-jadi-beruang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajah Terbaru Jho Low Menyerupai Beruang Inikah Wajah Terbarunya

Wajah Terbaru Jho Low Menyerupai Beruang Inikah Wajah Terbarunya

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 419 hits
Wajah Terbaru Jho Low Menyerupai Beruang Inikah Wajah Terbarunya TAWAU Pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low 38 enggan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia ter...
Jho Low Didakwa Bedah Wajah Menyerupai Beruang Berjalan Macam Seladang

Jho Low Didakwa Bedah Wajah Menyerupai Beruang Berjalan Macam Seladang

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 300 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini mendedahkan pelbagai alasan yang tidak dapat diterima akal diberikan oleh pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian Low Taek Jho atau Jho Low Ini termasuklah men...
Jho Low Sudah Ubah Rupa

Jho Low Sudah Ubah Rupa

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 280 hits
NEGARA lokasi Low Taek Jho atau Jho Low 38 dipercayai bersembunyi enggan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia untuk menangkap ahli perniagaan dalam buruan itu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata sebaliknya pihak b...
1mdb Shahrol Akui Dirinya Antara Pemain Dalam Permainan Jho Low

1mdb Shahrol Akui Dirinya Antara Pemain Dalam Permainan Jho Low

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 410 hits
16 Oktober 2019 Saksi ke 9 perbicaraan 1Malaysia Development Berhad Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi kelihatan senada dengan saksi terdahulu tentang peranan licik yang dimainkan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low S...
Jho Low Gives Up Us 1bil In Assets To Settle 1mdb Suits

Jho Low Gives Up Us 1bil In Assets To Settle 1mdb Suits

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 277 hits
The U S Justice Department has struck a deal with fugitive financier Low Taek Jho in which it will recoup almost US 1bil of money looted from the Malaysian investment fund 1MDB in what would be the biggest recovery from an American anti cor...
Igp Impossible For Jho Low To Be In Uae

Igp Impossible For Jho Low To Be In Uae

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 305 hits
Claims that fugitive businessman Jho Low is in the United Arab Emirates are all lies says Inspector General of Police Tan Sri Abdul Hamid Bador He said it was illogical and impossible for a person who is wanted in several countries and wide...
Malaysia Tidak Putus Ada Jejaki Jho Low Kata Muhyiddin

Malaysia Tidak Putus Ada Jejaki Jho Low Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 337 hits
Malaysia tidak putus ada jejaki Jho Low kata Muhyiddin nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 4 Nov 2019 11 44P
Rakaman Kenyataan Media Shafee Uli Sharol Sampai Lumat Anjing Suruhan Jho Low Paling Berjaya

Rakaman Kenyataan Media Shafee Uli Sharol Sampai Lumat Anjing Suruhan Jho Low Paling Berjaya

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 391 hits
24 Oktober 2019 Sekitar perbicaraan 1MDB hari ke 25 Shahrol masih dipanggang dengan tanpa belas oleh TS Shafee TS Shafee mempertikaikan mengapa Shahrol tergesa gesa mahu membuat pembayaran kepada PSI sebanyak USD 1 billion Dia telah mengene...
Jho Low Dapat Suaka Kini Menetap Di Uae

Jho Low Dapat Suaka Kini Menetap Di Uae

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 363 hits
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low 38 dipercayai menetap di Emeriah Arab Bersatu walaupun memperoleh suaka daripada negara lain Menurut laporan sebuah portal berita beliau dilaporkan mendapat suaka itu atas alasan berdep...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Masjid 99 Kubah Asmaul Husna Makassar Sulawesi

Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024