Jerit Sampai Hilang Suara Pun Kerajaan Dap Akan Teruskan Pil
SuaraMerdeka
Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan kerajaan DAP Pulau Pinang tetap meneruskan projek lebuh raya PIL walaupun mendapat bantahan banyak pihak.
Najib dalam hantaran ke Facebook beliau menyoal: Tahukah anda bahawa pada Oktober 2019, PM7 bawah kerajaan PH pernah luluskan dana bagi projek lebuhraya PIL kerajaan DAP yang kosnya RM9.6 bilion untuk 19.5km yang akan menghubungkan projek hartanah mewah bernilai RM30 bilion milik 100% syarikat terowong ke airport Pulau Pinang?
Saya terbaca banyak laporan media yang memetik beberapa NGO yang membantah keputusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang meluluskan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk pembinaan Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) di negeri itu.
Mereka mengaku tidak faham bagaimana kerajaan pusat boleh meluluskan projek ini.
Tetapi saya jangka bantahan-bantahan NGO dan orang awam tidak akan berhasil dan kerajaan Pulau Pinang tidak akan hentikan PIL ini.
PIL ini adalah satu projek ketika Menteri Kewayangan kita memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kos lebuhraya yang panjangnya 19.5km pada mulanya diumumkan sebagai RM7.5 bilion.
Sekarang harga sudah naik ke RM9.6 bilion bersamaan dengan RM492 juta satu km – highway paling mahal dalam sejarah Malaysia.
RM492 juta untuk setiap kilometer.
Jika kita melihat peta lebuh raya PIL yang saya lampirkan, kawasan yang saya gariskan dengan warna oren di hujung lebuhraya ini ialah tapak projek pembangunan hartanah bernilai RM30 bilion yang telah dianugerahkan kepada syarikat konsesi terowong Pulau Pinang.
http://www.theedgemarkets.com/article/ewein-consortium-zenith-develop-rm15b-wellness-resort-city-penang
Erti kata lain, lebuhraya PIL ini dibina untuk menghubungkan projek pembangunan syarikat konsesi terowong dengan lapangan terbang Bayan Lepas.
Penerima manfaat terbesar highway ini adalah projek hartanah syarikat terowong.
Kalau kita panggil kroni, nanti ada orang marah.
Tanah untuk tapak ini telah diberi kepada syarikat konsesi ini oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai bayaran RM6.3 bilion untuk projek terowong yang sehingga kini iaitu 6 tahun selepas projek dianugerahkan, masih tidak dapat siapkan laporan-laporan yang bernilai RM305 juta yang juga dibayar oleh kerajaan PH.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/524991/laporan-kajian-terowong-dasar-laut-belum-siap
Oleh itu, mereka di Pulau Pinang yang kuat membantah lebuhraya PIL ini patut tahu bahawa projek ini tidak akan dihentikan.
Projek hartanah swasta yang bernilai RM30 bilion bukan main-main.
Lagipun kertas siasatan SPRM yang terbongkar baru-baru ini ada memetik beberapa pemimpin kanan DAP telah menerima wang rasuah untuk projek ini termasuk pemberian 10% dalam projek ini kepada sesuatu individu.
Jerit sampai hilang suara pun kerajaan DAP akan teruskan PIL. – SM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/jerit-sampai-hilang-suara-pun-kerajaan.html