Ltte Adakah Sebab Mereka Dap Saya Tak Boleh Sentuh
 SUARA MERDEKA	 

KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay melahirkan kekesalan  berkaitan kes melibatkan kumpulan yang disyaki berkaitan pengganas  Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang ditahan sebelum ini.
Ketika itu Ayob Khan merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman.
Dalam satu wawancara bersama portal berita Malaysia Gazzate, Ayob  Khab mendedahkan tentang cubaan parti politik tertentu memberi tekanan  dalam proses siasatan terhadap sekumpulan individu yang ditahan atas  tuduhan memberi sokongan kepada LTTE.
“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan LTTE, ia  boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya,  ini apa cerita?
“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di  atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam  kerja-kerja polis.
“Kami hanya petugas awam yang akan pencen bila umur mencecah 60  tahun…kami tidak ‘bias’ dan berpihak, kalau sesuatu perkara itu salah  dari segi undang-undang, maka salahlah,” katanya seperti dipetik dari  laporan MalaysiaGazette, hari ini.
Ayob berkata demikian dalam temuramah khas dengan MalaysiaGazette di  Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru baru-baru ini.
Beliau turut menyuarakan kehairanan kerana tiada seorang pun yang  merungut apabila beratus-ratus anggota Jemaah Islamiah termasuk pengikut  Daesh ditahan semasa bertugas Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas  Bukit Aman dahulu.
Pada Oktober tahun lalu, Polis Diraja Malaysia berpuas hati dengan  siasatan kes berhubung 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka yang ditahan kerana  disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil  Eelam (LTTE).
Ayob Khan yang menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti  Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman berkata, kertas siasatan  terhadap suspek LTTE sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada Rabu  lalu.
Bagaimanapun pada 21 Februari lalu, Jabatan Peguam Negara di bawah  Pakatan Harapan membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang  terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong  kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, menegaskan keputusan  itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap  semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi  mereka.
Tommy berkata, beliau membuat keputusan itu  mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya  menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut  undang-undang
 Antara yang dituduh sebelum ini ialah anggota  DAP iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga Pengerusi  Jawatankuasa (EXCO) Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna  Melaka, G Saminathan, ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran.-SM
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/ltte-adakah-sebab-mereka-dap-saya-tak.html