Tak Berhati Perut Lelaki 40 An Ini Bunuh Emak Hanya Kerana Tak Goreng Telur
Apa agaknya difikir masa bertindak nak bunuh emak sendiri ni.
ARTIKEL BERKAITAN
Mengintip Seperti Seekor Anjing, 'Bbalbari' Si Pemandu Teksi Ini Rompak & Rogol Pelanggan Wanita
Kejadian ini berlaku di Donghong-dong, Seogwipo-si pada 17 Mei 2023.
Kronologi
Pihak polis tidak mendedahkan nama si pembunuh serta ibu dan hanya memberitahu umur mereka. Pembunuh merupakan anak mangsa yang berumur 41 tahun manakala mangsa pula merupakan ibu sendiri yang ketika itu berumur sekitar 60-an.
Ianya bermula apabila suspek meminta si ibu untuk menggoreng telur untuk dijadikan makanan tambahan namun mangsa enggan melakukan sedemikian. Disebabkan itu, suspek berasa marah dan hilang kawalan lalu memegang kolar ibunya dan menolaknya dengan perlahan. Suspek memberi kenyataan dia menepuk muka ibunya dengan tapak tangan, ketika inilah ibunya rebah dan ada berkata dia berasa pening. Tidak lama selepas itu dia mendapati ibunya sudah tidak bernyawa.
Selepas kejadian itu, suspek berasa panik dan memutuskan untuk melaporkannya kepada pihak polis. Dia hanya memberitahu polis bahawa ibunya itu tiba-tiba tidak sedarkan diri tetapi, apabila pihak polis sampai ke tempat kejadian mereka mendapati mangsa sudah meninggal dunia. Polis segera menahan si anak di tempat kejadian apabila mereka mengesahkan ini adalah satu pembunuhan kerana mendapati ada kesan trauma tumpul pada kepala ditemui pada mayat si ibu.
Perbicaraan
Lelaki 41 tahun itu dihadapkan ke perbicaraan atas tuduhan menyerang ibunya beberapa kali dan akhirnya membunuhnya ketika mabuk di sebuah apartmen di Donghong-dong, Seogwipo-si sekitar jam 7 malam pada 17 Mei.
Hakim mahkamah berkata, hasil bedah siasat punca kematian mangsa disahkan sebagai ‘occipital contusion’ yang bermaksud otak mangsa telah rosak kerana dia jatuh ke belakang dengan kelajuan yang sangat tinggi. Tambahnya lagi, ia tiada pilihan selain menganggap bahawa mangsa dolaknya dengan kuat dan satu-satunya orang yang bersamanya pada masa itu ialah defendan, serta tiada bukti yang menunjukkan bahawa terdapat pencerobohan dari orang luar.
Mahkamah meneruskan, pelbagai kesan lebam ditemui pada badan mangsa, penyangkut baju runtuh dan pinggan mangkuk yang pecah teruk ditemui di tempat kejadian di mana mangsa ditemui mati. Tambah pihak mahkamah, hal ini bertentangan dengan kenyataan defendan bahawa dia hanya menolak mangsa, menjadikannya sebuah tahap keganasan yang ketara telah digunakan.
Hukuman
Oleh itu, Bahagian Jenayah ke-2 Mahkamah Daerah Jeju menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun kepada anak lelaki 41 tahun. Dia telah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan kepada saudara sendiri dan menyebabkan kematian.
Hanya sebab tak goreng telur sanggup anak sendiri bertindak sampai bunuh ibu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Tak Berhati Perut, Lelaki 40-an Ini Bunuh Emak Hanya Kerana Tak Goreng Telur? first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/tak-berhati-perut-lelak-40-an-ini-bunuh-emak-hanya-kerana-tak-goreng-telur/