Jentera Korek Pasir Punca Pencemaran Diesel Di Sg Slim


 
Lapisan minyak diesel yang nipis ditemukan di permukaan air kawasan muka sauk LRA Sungai Geliting, Slim, dalam daerah Muallim, Perak, semalam. (Gambar Facebook)IPOH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak akan menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden tumpahan diesel di Sungai Slim dan Sungai Bernam yang berpunca daripada kegiatan pengorekan pasir

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim berkata, lokasi kegiatan pengorekan pasir itu dianggarkan berada 3km di bahagian hulu Loji Rawatan Air Sungai Geliting, Slim, dalam daerah Muallim.
“JAS Perak akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan maklumat pengusaha pengorek pasir yang terlibat dengan merujuk perkara ini kepada Pejabat Tanah dan Daerah Muallim.

Selain itu, pemantauan dan rondaan akan dijalankan di kawasan ini bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut laporan JAS Perak, katanya, kejadian tumpahan minyak itu disedari penyelia loji air yang sedang bertugas pada 2 petang semalam.
Teh berkata, satu pasukan penyiasat JAS Perak yang mengunjungi lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan menemui lapisan minyak diesel yang nipis di permukaan air kawasan muka sauk loji.

Berdasarkan siasatan awal, dipercayai terdapat kerja-kerja pengalihan jentera pengorek pasir ke lokasi lain dan berlaku insiden kemalangan hingga menyebabkan minyak diesel di dalam jentera tersebut tertumpah ke sungai seterusnya mengalir ke kawasan loji, katanya.
Susulan itu, katanya, loji air terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi mengelakkan minyak memasuki kawasan rawatan air dan pihak operator loji telah memasang ‘oil boom’ di sekeliling muka sauk bagi mencegah kemasukan minyak.
Bagaimanapun, Teh berkata, loji air berkenaan beroperasi semula pada 8.10 malam selepas pihak JAS Perak mendapati tiada lagi kesan pencemaran minyak diesel di permukaan air sungai dan di kawasan muka sauk loji.
Terdahulu, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) telah menerima makluman berhubung insiden tumpahan minyak diesel di hulu Sungai Slim, Perak sekitar 8 malam semalam.
Menurut agensi itu, kawasan tadahan Sungai Slim adalah sebahagian daripada lembangan Sungai Bernam di Perak, justeru aliran berkenaan juga masuk ke Sungai Bernam, Selangor.
Pasukan Luas dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah membuat semakan di lokasi berkenaan selain mengaktifkan pemantauan statik di Sungai Slim dan keadaan kini terkawal. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/jentera-korek-pasir-punca-pencemaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaya Hidup Pencemaran Kesihatan Mental Punca Penyakit Jantung Meningkat Di Kalangan Belia

Gaya Hidup Pencemaran Kesihatan Mental Punca Penyakit Jantung Meningkat Di Kalangan Belia

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 307 hits
Penyakit kardiovaskular masih menjadi penyebab utama kematian di seluruh dunia Pada tahun 2021 statistik yang mencemaskan menunjukkan bahwa CVD merenggut 20 5 juta nyawa yang mencakup sekitar sepertiga dari semua kematian global Di India se...
Otak Penuh Pencemaran Lekeh

Otak Penuh Pencemaran Lekeh

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 140 hits
Mukhlis Eddie Fazrin Jamal kata omputih ada Artificial Intelligence kita ada Azhar Idrus
Kelewatan Pihak Berkuasa Tangani Isu Jalan Licin Dan Berminyak Jadi Punca Utama Kemalangan

Kelewatan Pihak Berkuasa Tangani Isu Jalan Licin Dan Berminyak Jadi Punca Utama Kemalangan

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 345 hits
MARAN Kemalangan yang yang berlaku di kilometer 34 Jalan Maran Bandar Jengka berhampiran Kilang Sawit Felda Jengka 3 dekat sini semalam boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa cepat bertindak terhadap aduan rakyat berkenaan jalan licin dan...
Hina Sangatkah Orang Islam Bergantung Punca Rezeki Kepada Judi

Hina Sangatkah Orang Islam Bergantung Punca Rezeki Kepada Judi

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 167 hits
harakahdaily netSeptember 17 2024Ahmad Fadhli dan Lee Chin Chen KUALA LUMPUR Umat Islam perlu berasa terhina dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin DAP yang menyatakan tutup kasino Genting jejaskan ekonomi mata pencarian um...
Punca Rakyat Malaysia Serbu Selatan Thailand Musim Cuti

Punca Rakyat Malaysia Serbu Selatan Thailand Musim Cuti

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 227 hits
bharian com myOleh Suasana kesesakan di Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam Kedah semalam yang menyaksikan ribuan pelancong Malaysia memasuki Thailand sejak Khamis sempena cuti sekolah dan Hari Malaysia Foto...
Ron97 Diesel Prices Down By 15 Sen

Ron97 Diesel Prices Down By 15 Sen

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 140 hits
PETALING JAYA The price of RON97 will be reduced by another 15 sen from RM3 40 to RM3 25 per litre nationwide from tomorrow the finance ministry announced today The price of RON97 was last week reduced by two sen from RM3 42 to RM3 40 per l...
Kurus Dengan Yogurt Rahsia Slim Tanpa Tahan Lapar

Kurus Dengan Yogurt Rahsia Slim Tanpa Tahan Lapar

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 366 hits
Yogurt si comel dalam peti sejuk yang selalu kita pandang sebelah mata Tapi tahukah korang yogurt ni boleh jadi kawan baik korang dalam misi nak kurus Nak kurus tapi malas nak tahan lapar Mari kita bongkar rahsia yogurt Sarapan ala ala mode...
Wanita Lemas Di Tasik Ydp Slim River

Wanita Lemas Di Tasik Ydp Slim River

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 162 hits
MEGAT LUTFI MEGAT RAHIMMANGSA yang lemas di Tasik YDP Slim River Tanjung Malim ditemui bomba pada pukul 7 05 malam tadi Foto IHSAN JBPMTANJUNG MALIM Seorang wanita berumur 54 tahun ditemui lemas di Tasik YDP Slim River di sini kira kira puk...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji