Kelewatan Pihak Berkuasa Tangani Isu Jalan Licin Dan Berminyak Jadi Punca Utama Kemalangan




MARAN: Kemalangan yang yang berlaku di kilometer 34 Jalan Maran-Bandar Jengka berhampiran Kilang Sawit Felda Jengka 3 dekat sini semalam boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa cepat bertindak terhadap aduan rakyat berkenaan jalan licin dan berminyak sejak dua bulan lalu.
Ini ditegaskan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli yang sedih akibat kealpaan pihak tertentu dalam menangani isu tersebut, akhirnya orang awam yang tidak berdosa cedera dan kehilangan nyawa.


Tiga mangsa termasuk dua beranak maut manakala empat lagi mengalami kecederaan dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan itu.


Menurut Shukri, sebelum ini telah berlaku beberapa kemalangan di lokasi terbabit dan termasuk juga di simpang Kilang Sawit Felcra Simpang Jengka di Pekan Tajau dekat sini.


"Sudah ada mangsa yang cedera akibat kenderaan mereka terbabas gara-gara jalan licin dan berminyak di laluan keluar masuk di kedua-dua lokasi terbabit. Malah, isu juga ditularkan dalam media sosial membuktikan kejadian memang sudah lama berlaku.
"Orang ramai sudah bising dan saya sendiri menerima aduan tersebut. Kebimbangan itu timbul apabila beberapa buah kenderaan termasuk kereta dan lori tiba-tiba gagal dikawal ketika memalui jalan tersebut akibat licin dan berminyak." kata aktivis terbabit.
Malah kata Shukri, Ahli Dewan Negeri Kuala Sentul iaitu Dato' Jasri Jamaluddin juga ada membawa isu tersebut ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah (MJPD) Maran Bilangan 02/2024 pada 17 Julai lalu. 

https://www.facebook.com/jasri.jamaludin/posts/pfbid037vfEfcEZRxwLpwSg7ZYb3TpACgBHXXNM1j9pWve3dRzhTnENix63awZWKiWv5y6Vl
Difahamkan mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh   Pegawai Daerah Maran iaitu Dato' Khairun Nisa Aris. Turut hadir mewakili Menteri Besar Pahang ialah  Dato' Mohamad Nizar Najib yang merupakan exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang. 

Yang turut hadir ialah Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin (Ketua UMNO Bahagian Maran), Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau), Mohd Sofian Abd Jalil (ADU Luit), Ustaz Mujibur Rahman Ishak (ADUN Chenor) serta lain-lain ketua jabatan yang berkenaan

"Persoalannya apa fungsi Jawatankuasa Pembangunan Daerah (MJPD) Maran, jika isu rakyat yang penting seperti jalan licin dan berminyak yang mengakibatkan kemalangan itu gagal diambil tindakan segera untuk mengatasinya

"Sepatutnya semua yang terlibat turun padang buat pemantauan dan keluarkan arahan lisan serta bertulis kepada kilang sawit terbabit agar mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Lori keluar masuk ke kilang terbabit perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum berada di atas jalanraya, sama macam kes Baiksit di Kuantan

"Gunakan pekerja sembur tayar lori atau sediakan takungan air untuk laluan lori agar kesan minyak dapat dibersihkan terlebih dahulu. Kegagalan inilah menyebabkan jalan licin dan berminyak hingga menggangu keselesaan orang awam menggunakan jalanraya melalui simpang masuk ke kilang terbabit sebenarnya," dakwa Shukri. 
Beliau turut menegaskan, paling mengejutkan ketika berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori berkahmpiran Kilang Sawit Felcra, Pekan Tajau pada 27 Ogos lalu, ADUN Kuala Sentul juga telah memuat naik hantaran di facebooknya menyatakan beliau sudah mengangkat isu itu dan menyuarakan kebimbangan jika tindakan tidak dilakukan. 
https://www.facebook.com/jasri.jamaludin/posts/pfbid02Eeyeqvv91qbLASpiWKipRNLpD2MTTyN6F4w4uKXFwFgeJJKRdDtUypacgMzXv7jul

Bukti jelas memang jalan licin dan berminyak dapat dilihat pada tanda anak panah yang dipaparkan kata Shukri. 
"Cuba lihat jalan di sebelah kanan tidak licin dan berkeadaan elok. Inilah punca utama mengapa terjadinya kemelangan demi kemalangan di kedua-dua lokasi terbabit sebenarnya. Sudah sewajarnya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak kilang yang tidak mematuhi peraturan dengan membiarkan lori dengan tayar berminyak keluar masuk," tambah Shukri lagi

Beliau turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan menggeza mereka mmelantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang gagal melaksanakan tanggungjawab memastikan keselamatan orang awam ini

"Saya turut mendesak tindakan diambil oleh kerajaan terhadap kilang Felcra dan Felda yang cuai kepada tanggungjawab ini. Keuntungan yang lebih diutamakan, keselamatan pengguna jalanraya diabaikan," tambahnya. #cucumatkilau

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/09/kelewatan-pihak-berkuasa-tangani-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fahmi Fadzil Dakwaan Jenayah Libatkan Kerabat Pahang Kerajaan Serah Pada Pihak Berkuasa

Fahmi Fadzil Dakwaan Jenayah Libatkan Kerabat Pahang Kerajaan Serah Pada Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan seorang pekerja pembinaan jalan yang menjadi mangsa serangan berkumpulan kerabat diraja Pahang di Kuantan Jun lalu Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil be...
Mcmc Tangani Isu Berkaitan Pengalihan Dns Sekatan Akses Internet

Mcmc Tangani Isu Berkaitan Pengalihan Dns Sekatan Akses Internet

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 153 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengarahkan penyedia perkhidmatan internet untuk mengalihkan trafik perkhidmatan nama domain yang menggunakan pelayan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri MCMC dala
Kona Arah Lain Bila Isu Ekonomi Tak Terjawab

Kona Arah Lain Bila Isu Ekonomi Tak Terjawab

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 120 hits
Bila mereka tak dapat jawab bab ringgit pasaran saham KDNK pelaburan isu Palestine maka Mereka mula fitnah Faktanya harga beras walaupun import di Malaysia adalah lebih murah dari Pengeluar beras di Thailand dan Indonesia Keduanya kerajaan ...
Punca Rakyat Malaysia Serbu Selatan Thailand Musim Cuti

Punca Rakyat Malaysia Serbu Selatan Thailand Musim Cuti

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 157 hits
bharian com myOleh Suasana kesesakan di Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam Kedah semalam yang menyaksikan ribuan pelancong Malaysia memasuki Thailand sejak Khamis sempena cuti sekolah dan Hari Malaysia Foto...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Bn Akan Rebah Bersama Kandang Babi Di Ayer Kuning Sebelum Ini Isu Kuil Di Tapak Haram

Paris Based Iea To Support Malaysia In Exploring Nuclear Energy Policy Says Dpm Fadillah

Not All Flag Mistakes Are Equal

Nasi Lemak Is Popular Among Malaysians Over Other Local Meals Why

Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like

Tidak Dedah Aib Pasangan