Jenis Jenis Drill Dan Beza Kegunaan Setiap Satunya


JENIS-JENIS DRILL DAN BEZA KEGUNAAN SETIAP SATUNYA Hi semua.. Awal-awal saya menulis blog dulu saya jana pendapatan guna Nuffnang. Sebulan dapat la rm100. Kadang- kadang kumpul dapat lebih lagi. Nak tahu apa barang yang saya beli hasil pertama dari blog ni?? Drill Driver. Harganya RM120.



Ini lah drill yang saya beli guna hasil pertama dari blog.  Dah 10 tahun drill ni masih elok , masih gagah dan sentiasa bersedia. Eceh!!

Brand DCA model J1Z-FF-10A. Sekarang ni saya tak tahu harganya berapa. Sekarang dah banyak model lain dan ada yang harga cecah rm200 lebih

Kalau orang lain mungkin akan beli baju dan belanja makan, Beza pulak dengan saya yang beli Drill. Drill dan perempuan tu jauh sangat untuk dipadan kan.Hahah



Bagi saya semua rumah patut ada satu drill. Drill adalah satu keperluan. Bukan barang yang "kalau tak de pun tak pe la". Drill ni banyak sangat membantu suami saya buat kerja-kerja baik pulih dalam rumah.

Pasang besi langsir, rak baju, rak tudung, baiki rak dapur, pasang tempat gantung tv, buat meja untuk rilek2 kat depan rumah dan banyak lagi la. Belum kira dengan bakti nya di kampung saya dan rumah jiran2 jugak.



Sebab tu kalau ada orang pinjam drill ni 10 kali saya tanya suami, "dia dah pulangkan ke belum?" dasar perempuan kedekut.Hahaha..

Nak beli drill ni just pergi kedai dan tanya je taukey tu..

"ini boleh tebuk dinding tak?? kayu boleh?? besi boleh??"

Cina tu kata boleh terus ambik bayar.Hahaahah.. Nampak tak perempuan membeli cemana?? Pantas tau.

Tapi kalau korang nak buat style membeli macam saya ni kena buat kat kedai hardware yang korang dah biasa pergi dan tahu cina tu tak auta korang la. Silap-silap balik rumah silap beli drill la jawab nya.

Drill ni bukan semua sama tau. Nampak je semua macam pistol, boleh pusing-pusing. tapi fungsinya lain-lain tau. Saya saran kan untuk korang beli kat kedai hardware. Senang nak tanya apa-apa yang tak faham pada penjual tu. Cari la penjual yang knowledgeable dan tak kisah kalau korang banyak tanya.



Kalau jenis malas nak menjawab pergi je cari kedai lain. Biasanya cina kedai hardware ni ramah tamah tau. Kedai hardware kat rumah saya ni kalau suami pi kedai dia bagi yougurt la, bunga la..hahaha

Kat sini saya share posting yang dikongsi oleh saudara Fateh Hakeem berkaitan Drill dan kegunaan nya yang berbeza supaya korang lebih jelas drill macam mana yang sebenarnya korang nak beli.




Drill vs Hammer Drill vs Impact Driver vs Rotary HammerApa beza keempat-empat alatan ini? Semuanya ada mata berputar, ada tuil, dan bentuk seperti pistol

Drill Driver
Ini adalah gerudi biasa kegunaan harian. Boleh tebuk lobang pada plastik, besi, dan kayu. Boleh juga digunakan untuk benam/buka skru. Kurang sesuai untuk melobangkan dinding batu. Antara keempat-empat alatan, drill biasa ini adalah yang paling murah dan paling ringan serta praktikal

Hammer/Impact Drill
Tambahan pada drill, gerudi jenis hammer drill ini ada satu lagi fungsi iaitu hammer, sesuai untuk menebuk lobang pada dinding batu. kepalanya berputar sambil ada aksi mengetuk seolah-olah ada tukul. Biasanya ada logo tukul pada body dia. Sebab tulah namanya hammer drill. Harganya sedikit mahal berbanding drill driver biasa

Impact Wrench
Ramai yang sangka impact wrench ini sama seperti drill kerana rupanya yang lebih kurang sama. Kekuatan impact driver ini adalah pada daya kilasnya (torque) kerana aksi 'mengetuknya adalah seiring arah putaran. Sesuai untuk membenam dan membuka skru/nut yang ketat atau berkarat. Namun, ia tidak sesuai untuk menebuk lobang. Jika kegunaan anda banyak pada membenam/membuka skru, ini adalah alatan yang sesuai dimiliki

Rotary Hammer
Rotary hammer ini adalah bapak segala gerudi. Sekeras mana dinding konkrit, ia mampu tebuk. Setebal mana dinding, ia mampu tembus. Rotary hammer ini kerjanya satu sahaja - tebuk dinding konkrit. Nak benam skru boleh guna adapter dan off hammer function. Drill bitnya pon jenis khas: SDS shank bit- lebih keras, besar, dan panjang. Korang sukalah kan?😁
Harga
Boleh usha dekat shopee / lazada / kedai hardware. Boleh dapat semurah RM40 dan semahal 4 angka. Apa-apa pun, tanya poket dan keperluan masing-masing. Macam saya yang amatur DIY ni, brand oem china pun sudah memadai. Yang penting buat research dahulu sebelum membeli




Corded vs cordless
Secara amnya, cordless lebih mahal berbanding corded. Untuk tools kecil seeloknya cari yang cordless sebab ia lebih praktikal. High power tools macam rotary hammer, saya prefer corded sebab lebih puas pakai dan harga lebih marhaen. Kalau cordless rotary hammer, memang harga yahudi mabuk todi 😝

Kesimpulan
Jika anda tiada mana-mana power tools dan masih pening nak pilih apa, hammer drill adalah kompromi terbaik antara keempat-empat alatan ini. Semua ia mampu buat, cuma bukan terbaik dalam mana-mana bidang kerja

Secara peribadi, saya ada cordless drill dan rotary hammer. Banyak gunakan cordless drill sebab praktikal. Bila nak melobangkan dinding batu, kita bawa keluar rotary hammer. Hamek kau, puas hati
Ada lagi yang saya tertinggal? Boleh kongsikan di bawah
Semoga bermanfaat! 
Sumber: Fb Fateh Hakeem



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2020/06/jenis-jenis-drill-dan-beza-kegunaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Jenis Whipping Cream Di Pasaran Kenali Perbezaan Dan Kegunaan

2 Jenis Whipping Cream Di Pasaran Kenali Perbezaan Dan Kegunaan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 1022 hits
2 Jenis Whipping Cream Di Pasaran Kenali Perbezaan Dan Kegunaan Sebut sahaja pasal bahan bahan buat kek dan pastri sis sendiri pun masih ada yang tak kenal dan tak tahu fungsi untuk apa Kalau beli pun tengok dulu nak buat untuk apa Takut be...
Ramai Puji Pasangan Pengantin Ini Bertukar Dulang Hantaran Barangan Kegunaan Rumah Bijak

Ramai Puji Pasangan Pengantin Ini Bertukar Dulang Hantaran Barangan Kegunaan Rumah Bijak

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 1612 hits
Bila bercakap tentang hadiah hantaran kita tahu barangan itu haruslah merupakan sesuatu yang boleh diguna pakai oleh pasangan pengantin dalam kehidupan harian Selalunya untuk pengantin lelaki akan diberikan barangan yang boleh dipakai seper...
Jalan Hidup Setiap Orang Itu Beda Jangan Cepat Pusing Kalau Lihat Orang Lain Sukses Duluan

Jalan Hidup Setiap Orang Itu Beda Jangan Cepat Pusing Kalau Lihat Orang Lain Sukses Duluan

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 318 hits
Nggak ada gunanya iri sama kesuksesan orang lain hidup itu bukan selalu tentang balapan kok
Tempat Menarik Di Setiap Negeri Di Seluruh Malaysia Yang Mesti Singgah

Tempat Menarik Di Setiap Negeri Di Seluruh Malaysia Yang Mesti Singgah

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 2321 hits
Assalamualaikum TAK LAMA lagi sesi persekolahan akan bermula Iman kata nanti budak dah naik sekolah bolehlah kita pergi bercuti Tak ramai orang hotel pun murah Iye ke murahhhh Hahaha Kalau ikutkan kami dah pergi ke semua negeri di seluruh M...
Gusi Saya Asyik Berdarah Bila Doktor Gigi Kongsi 4 Kebaikan Buat Scaling Setiap 6 Bulan

Gusi Saya Asyik Berdarah Bila Doktor Gigi Kongsi 4 Kebaikan Buat Scaling Setiap 6 Bulan

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 576 hits
Bukan hanya kesihatan tubuh badan kesihatan mulut dan gigi juga adalah sangat penting serta perlu dijaga oleh setiap orang Hal ini kerana gigi merupakan bahagian anggota badan yang pertama dilihat semasa bercakap Ia juga akan menentukan tah...
Hiburan Fattah Amin Akui Bersembang Dengan Anak Dalam Perut Setiap Hari

Hiburan Fattah Amin Akui Bersembang Dengan Anak Dalam Perut Setiap Hari

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 466 hits
Tidak mampu menyembunyikan keterujaan untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung dalam hidupnya pelakon tampan Fattah Amin mendedahkan dirinya dan isteri Fazura akan berkomunikasi dengan anak mereka dalam perut setiap hari Menurut Fattah ...
Dengan Petal Search Widget Memang Mudah Untuk Korang Cari Aplikasi Kegunaan Harian Pada Huawei Nova 7 Ni

Dengan Petal Search Widget Memang Mudah Untuk Korang Cari Aplikasi Kegunaan Harian Pada Huawei Nova 7 Ni

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 673 hits
Tak lama lagi HUAWEI nova 7 akan masuk ke pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan Petal Search widget dan kamera selfie smartphone 5G yang terbaik guys Korang boleh dapatkan software dan hardware terbaik pada HUAWEI nova 7 ni dengan membuat...
Pokok Timun Mula Berbunga Beza Bunga Jantan Dan Betina

Pokok Timun Mula Berbunga Beza Bunga Jantan Dan Betina

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 1125 hits
Pokok timun mula berbunga uols Seronok sangat pokok yang dibelek belai dan disiram setiap hari akhirnya berbunga Saya terus google dan baru tahu yang bunga pertama ni adalah bunga jantan Inilah kebun tepi rumah saya Comel je sekangkang kera...
Jenis Jenis Durian Yang Anda Patut Cuba Di Malaysia

Jenis Jenis Durian Yang Anda Patut Cuba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 798 hits
Durian Raja segala buahJenis Jenis Durian Di Malaysia Yang Patut Anda CubaHari ini illyz tertarik untuk berkongsi jenis jenis jenis durian di Malaysia yang anda patut cuba bila anda ada peluang Berikut adalah jenis jenis durian dimalaysia y...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi