Pokok Timun Mula Berbunga Beza Bunga Jantan Dan Betina
Pokok timun mula berbunga uols! Seronok sangat pokok yang dibelek, belai dan disiram setiap hari akhirnya berbunga. Saya terus google dan baru tahu yang bunga pertama ni adalah bunga jantan.
Inilah kebun tepi rumah saya. Comel je sekangkang kera. Permulaan tanam biji benih, saya tutupkan dengan plastik ni.
Biasanya bunga jantan ni yang akan tarik perhatian serangga untuk proses pendebungaan. Dan memang ya, selepas beberapa bunga jantan timbul, tak lama lepas tu nampaklah bunga betina pulak.
Beza bunga jantan dan betina
Ini bunga betina, hujungnya sedikit berisi dan akan membesar menjadi buah timun. Gambar ni diambil pada 7/6/2020
Ini pula bunga jantan yang selalunya akan keluar terlebih dahulu berbanding bunga betina. Hujungnya kurus dan bila dah berkembang bunganya akan luruh. (7/6/2020)
Bunga jantan kurus di hujungnya, tapi bunga betina sedikit berisi kan? Tengok gambar kat atas tu berulang kali, nampak bezanya kan? Haishh seronok tak terkata pokok timun mula berbunga dan berbuah yeay!!
Bercucuk tanam ni satu aktiviti yang sangat best dan boleh ralit dibuatnya. Saya menanam dari awal PKP dan ada yang sudah pun dituai hasilnya. Contohnya bayam, kangkung, lepas tu bayam, kangkung lagi ahahha. Baru 2 tu jela sayur yang dapat merasa hasilnya.
Join group menanam di FB
Saya yakin korang pun bercucuk tanam juga kan? Tahniah atas kerajinan masing-masing. Kalau tak menjadi tanaman tu sila ulang lagi
. Usaha tangga kejayaan.
Saya join beberapa group bercucuk tanam di FB. Antaranya berkebun di rumah dan kebun bandar. Memang ramai yang share hasil bercucuk tanam. Kat situ pun boleh dapat belajar tips menanam juga.
Contohnya cara nak hapuskan siput babi, tips nak tanam pokok daun ketumbar, cara nak rimbunkan pokok cili padi dan macam-macam lagi. Benda ni semua memang kene aplikasi, dan bila dah tahu cara tak susah mana pun.
Pokok kacang botol dan timun
Kacang botol tu belum lagi berbunga nampaknya. Saya tanam serentak dengan timun ni. Tapi nampaknya si timun dah mula berbunga dan berputik.
Anak pokok timun pada usia 2 minggu – 2/5/2020.
Ini pula gambar yang diambil pada 9/5/2020.
Ini pula apabila usianya dah mula mencapai sebulan lebih dan gambar ni diambil pada 29/5/2020. Dah pun mula berbunga.
Pokoknya kecil je tapi dah mula berbunga (29/5/2020)
Nampak segar daun-daun kacang botol ni. Dan mula melingkar sana sini. Dan saya yang akan alih pucuk tu untuk melingkar ikut kayu dan buluh yang saya sediakan.
Boleh tengoklah proses pertumbuhan dan perkembangan si timun dari awal saya tanam. Dan sehingga ianya berbunga dan berputik. Memang kepuasan yang tak tergambar.
Walau pokok ni nampak kecik tapi dah berjaya berputik. Saya beli biji benih ni kat kedai hardware. Bila dah tanam tu dia akan ambil masa 7 hari untuk keluar dari tanah. Seterusnya membesar dan dalam masa sebulan lebih mula berbunga.
Terkini pada 12/6/2020. dah mula membesar nampaknya putik timun ni. tak sabar nak mengulam kamu
Yang penting memang kene rajin siram 2 kali sehari, dan rajin baja juga ya. Saya guna campuran baja AB yang boleh dibeli di nurseri jual bunga. Racun siput babi tu pun boleh beli kat sana juga.
Semoga entri ini bermanfaat buat semua dan selamat berkebun di rumah.
The post Pokok timun mula berbunga, beza bunga jantan dan betina appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2020/06/pokok-timun-mula-berbunga-beza-bunga-jantan-dan-betina.html