2 Jenis Whipping Cream Di Pasaran Kenali Perbezaan Dan Kegunaan


2 Jenis Whipping Cream Di Pasaran | Kenali  Perbezaan Dan Kegunaan | Sebut sahaja pasal bahan - bahan buat kek dan pastri, sis sendiri pun masih ada yang tak kenal dan tak tahu fungsi untuk apa. Kalau beli pun, tengok dulu nak buat untuk apa. Takut beli saja - saja, membazir pulak. Jarang juga nak beli whipping cream ni kalau untuk baking. Sebab whipping cream ni dia melibatkan untuk hias - hias kek dan kalau yang suka pemanis mulut sebelah barat. Sebab itu memang agak jarang juga nak sentuk whipping cream ni. 

Jadi, sis nak kongsi info tentang whipping cream bagi yang masih keliru whipping cream apa yang terdapat di pasaran. 

Whipping Cream atau krim putar, mudah didapati di kedai-kedai menjual bahan kek tapi tidak di pasaraya. Biasanya Krim putar tenusu Dairy Wipping Cream sahaja yang dijual di pasaraya kerana ia hanya perlu disimpan di tempat sejuk berbanding krim bukan tenusu Non Dairy Wipping Cream yang perlu disimpan di tempat beku untuk tahan lebih lama. Krim ini dijual di dalam kotak. Krim ini bewarna putih bersih dan lebih digemari. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak muak memakannya. Tapi jangan salah faham, kerana terdapat perbezaan antara kedua-dua bahan tersebut dari segi bahan dan fungsi kegunaan.
Mari kita lihat perbezaan antara kedua-dua bahan krim tersebut.

Perbezaan antara Non Dairy Whipping Cream dan Dairy Whipping Cream

1. Non-Dairy Whipping Cream adalah Krim Putar Bukan Tenusu
2. Non-Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai Fresh Cream atau Whip Topping For Cakes and Pastries atau Whipped Topping atau Whipped Cream


Apa Itu Non Dairy Whipping Cream Atau Krim Putar Bukan Tenusu ? 
Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3 hingga 4 kali ganda daripada kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda

Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. Biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja


Cara Guna Non Dairy Whipping Cream Atau Krim Putar Bukan Tenusu

Krim putar bukan tenusu hendaklah disimpan di tempat beku supaya tahan lebih lama. Oleh itu apabila kita hendak menggunakannya hendaklah dikeluarkan lebih awal untuk proses nyah beku. Tapi pastikan bukan pada suhu bilik ya. Ia hanya perlu dicairkan sahaja dan berada dalam kadar sejuk

Oleh itu adalah penting kita mengoncang dahulu kotak supaya ia sebati kerana kandungan krim dan air biasanya terpisah semasa proses pembekuan dalam freezer

Tuangkan hanya dalam sukatan yang diperlukan sahaja. Untuk 1 liter boleh digunakan untuk membuat 3 biji kek. Krim putar pula akan mengembang sehingga berkali ganda

Sebelum melakukan proses memutar, pastikan semua bahan seperti mangkuk mixer dan alat pemukul dalam keadaan sejuk ( boleh simpan sekejap peralatan dalam peti ais) ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengembangan krim.

Mulakan proses memukul krim pada kelajuan perlahan dan tambahkan kelajuan apabila melihat krim sudah mula menngental. Perlahan kelajuan bila krim sudah mula licin dan bertanduk. Kebiasannya masa yang diambil untuk memukul krim lebih kurang 2 minit. Krim yang diputar sempurna biasanya licin dan halus tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kaku. Untuk mendapatkan tekstur krim yang cantik putar pada satu arah sahaja

Krim putar bukan tenusu ini telah tersedia kemanisannya, tetapi jika inginkan rasa yang lebih manis bolehlah tambahkan sedikit gula halus

Krim putar ini boleh diwarnakan dengan pewarna masakkan gel. Letakkan pewarna sewaktu proses memutar. Jangan gunakan pewarna cecair kerana dibimbangi jika terlebih bahan cecair akan menganggu proses kekentalan krim.

Bagaimana Cara Untuk Menyimpan Lebihan Krim?

Krim yang lebih boleh diguna semula. Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais. Ia boleh digunakan semula bila diperlukan. Biasanya krim ini tidak tahan lama.

Krim ini tidak tahan panas. Untuk kek pertunangan dan perkahwinan, kek bersalut krim ini tidak sesuai diletakkan di luar. Ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak dihidangkan.

Di bawah ini adalah beberapa gambar produk Non Dairy Whipping Cream : 

Ini adalah yang biasa dan selalu digunakan juga oleh kebanyakan. Kita hanya perlu putar sahaja hingga ia kental, selepas itu boleh lah diguna pakai untuk hiasan kek.


Yang ini pun sama tapi perisa coklat. Boleh disalutkan di permukaan kek jika inginkan kek berkrim coklat


Sekiranya nak whipping cream ada perisa, boleh guna yang ini, Cara nak guna tu sama cuma ada kaedah yang berlainan sikit. Kaedah 2: 1. 2 cawan whip topping dan 1 cawan jus atau susu atau apa - apa cecair. 
Apa Itu Dairy Whipping Cream Atau Krim Putar Tenusu ? 

Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai Thick cream atau Double Cream. Ia juga merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.
Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.
Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.
Berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.

Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat) sebagai contoh untuk penyediaan Ganache. Ia boleh digantikan dengan bahan lain, namum tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair dalam masakan.

Cara Guna Dairy Whipping Cream 

Seperti Non Dairy Whipping , krim jenis ini perlu disimpan di dalam peti sejuk tapi tidak perlu disimpan ditempat beku. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, alat memukul dan krim putar di dalam peti sejuk

Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. Resepi yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini contoh: triffle atau tiramisu mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan dessert tersebut dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja

Cara memutarnya perlulah dalam kadar sederhana, tapi pastikan adunan tidak terlebih pukul   Mungkin ramai yang ada pengalaman kenapa whipping cream jadi cair ? Adunan whipping cream yang terlebih di pukul akan mencair semula, dan boleh 'seperate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan). 

Apa Perlu Buat Jika Whipping Cream Jadi Cair ? 
Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi seperti pancake, kek, biskut dan lain-lain. Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat.

Contoh Gambar Produk Dairy Whipping Cream 

Antara contoh produk Dairy Whipping Cream di pasaran. Pastikan tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli. 
Diharapkan info lengkap ini dapat membantu dari segi jenis whipping cream, perbezaan dan kegunaan di antara dairy whipping cream dan juga non dairy whipping cream. Kalau nak cari ke dua - dua jenis whipping cream ini, elok masuk kedai bakeri terus. Ada jual ikut saiz kotak kecik dan juga kotak besar. Kalau nak beli tu, tengok dulu jenama whipping cream yang halal maksudnya ada logo tanda halal ya. Walapun ada pelbagai jenama untuk kedua - dua jenis whipping cream ni. 
Kredit Info : masammanis


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/06/2-jenis-whipping-cream-di-pasaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Perbezaan Jenis Ikan Keli Makan Bahan Haram Vs Halal

6 Perbezaan Jenis Ikan Keli Makan Bahan Haram Vs Halal

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 722 hits
6 Perbezaan Jenis Ikan Keli Makan Bahan Haram vs Halal Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua IKAN KELIIII MY FAVOURITEEE Sedapp perghh lauk ni tak kisah lah hanya keli goreng makan dengan nasi campur kicap ataupun keli masak sambal ki...
Jenis Jenis Drill Dan Beza Kegunaan Setiap Satunya

Jenis Jenis Drill Dan Beza Kegunaan Setiap Satunya

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 1127 hits
JENIS JENIS DRILL DAN BEZA KEGUNAAN SETIAP SATUNYA Hi semua Awal awal saya menulis blog dulu saya jana pendapatan guna Nuffnang Sebulan dapat la rm100 Kadang kadang kumpul dapat lebih lagi Nak tahu apa barang yang saya beli hasil pertama da...
Perbezaan Migrain Dan Sakit Kepala Penyebab Jenis Dan Punca

Perbezaan Migrain Dan Sakit Kepala Penyebab Jenis Dan Punca

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 637 hits
Perbezaan Migrain dan Sakit Kepala Penyebab Jenis dan PuncaPerbezaan Migrain dan Sakit Kepala Penyebab Jenis dan Punca Migrain penyebab umum sakit kepala yang menyerang secara berulang Migrain biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sah...
Jenis Pokok Lidah Jin Di Pasaran Dan Cara Penjagaan

Jenis Pokok Lidah Jin Di Pasaran Dan Cara Penjagaan

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 2071 hits
Kenali Pokok Snake Plant Ketika penulis masih kecil dan masih menetap di kampung pokok ini terbiar sahaja di tepi tepi semak Dijadikan sebagai pagar kecil disekeliling rumah papan kampung penulis Kenali Jenis Lidah Jin Snake PlantWarnanya y...
Arab Saudi Hampir Memutuskan Bekalan Minyak Ke Pasaran As

Arab Saudi Hampir Memutuskan Bekalan Minyak Ke Pasaran As

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 324 hits
Menurut Bloomberg Arab Saudi telah mengeksport kira kira 133 000 tong sehari ke Amerika Syarikat pada Jun yang bersamaan dengan satu persepuluh dari 1 3 juta bbl setiap hari pada bulan April Sekiranya eksport pada separuh kedua bulan Jun te...
Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pasaran As Dan Covid 19 Pada 19 06 2020

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pasaran As Dan Covid 19 Pada 19 06 2020

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 466 hits
COVID 19 di dunia Terdapat peningkatan kes yang tinggi di India dan keadaan yang sangat sukar di Brazil Kekebalan kolektif secara beransur ansur berkembang di Amerika Syarikat Sebenarnya negara ini telah beralih ke jalan Sweden dari mana pe...
Plus Minus Pakai Hijab Instan Yang Sekarang Lagi Laris Manis Di Pasaran Wajib Tahu

Plus Minus Pakai Hijab Instan Yang Sekarang Lagi Laris Manis Di Pasaran Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 503 hits
Plus minus hijab instan Mbak mbak yang hobinya dasteran atau pakai piyama terus ke pasar pakai hijab instan tuh cantiknya emang beda ya
Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 16 Jun 2020 Kenyataan Fed Terkini Telah Menyokong Pasaran Kemas Kini

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 16 Jun 2020 Kenyataan Fed Terkini Telah Menyokong Pasaran Kemas Kini

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 411 hits
Ekonomi global sudah muncul dari krisis tetapi wabak itu masih belum dapat dihentikan Menurut data rakyat di Amerika Syarikat kecuali New York City yang telah terselamat dari wabak masih berisiko tinggi kerana tingginya kadar jangkitan di n...
Komputer Riba Produktiviti Nipis Dan Ringan Premium Asus Expertbook B9 Akan Memasuki Pasaran Tempatan Pada Harga Rm6299

Komputer Riba Produktiviti Nipis Dan Ringan Premium Asus Expertbook B9 Akan Memasuki Pasaran Tempatan Pada Harga Rm6299

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 367 hits
ASUS Malaysia hari ini mengumumkan bahawa komputer riba produktiviti terbaru mereka iaitu ASUS ExpertBook B9 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi ASUS ExpertBook B9 ini adalah siri komputer riba produktiviti nipis dan ringan terba...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game